Aku Tanpa Cintamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Aku Tanpa Cintamu[1]ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Emi Suffian, dibintangi oleh Zamarul Hisham, Bella Astillah, Malek Mccrone dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 15 September 2022 menggantikan Biarkan Ia Pergi.

Aku Tanpa Cintamu
GenreMelodrama
Cinta
Konflik
Drama
Ditulis olehOrked
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanMenahan Luka - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlin Rahim
PenerbitSaiful Bahri Alias
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 September 2022 – Kini
Kronologi
MengikutiBiarkan Ia Pergi

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?

Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan menyakinkan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.

Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Hazreen Amreena - Aura
  • Mazryn Maysa - Luka Cintamu
  • Jaclyn Victor - Perempuan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aku Tanpa Cintamu". Kepala Bergetar. Dicapai pada 24 September 2022.