Akuatlon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Akuatlon (gusti air).

Sukan akuatlon atau juga dikenali sebagai akuaton terdiri daripada perlumbaan dua peringkat berterusan yang melibatkan renang dan diikuti dengan lari. Persatuan Triatlon Antarabangsa (ITU) dan organisasi pertubuhan persekutuannya membenarkan dan mengendalikan sukan ini.

Mengikut sejarah, akuatlon telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak awal abad ke-20 dalam pertandingan penyelamat lautan. National Surf Lifesaving Association of America, yang ditubuhkan pada tahun 1965, telah mengadakan persaingan kebangsaan pertamanya pada tahun tersebut dan acara-acara termasuk lari-renang-lari. Jarak standard antarabangsa moden adalah 400 meter berlari - 400 meter berenang - 200 meter berlari.