Lam takrif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-)
Al- bukanlah komponen kekal suatu perkataan, seperti ditunjukkan di sini dengan 'Al-Baḥrain', perkataan Arab untuk Bahrain.

Lam takrif (Arab: لام التعريف) atau alif lam makrifah adalah dua huruf al- (Arab: الـ) yang ditambah pada pangkal kata nama bahasa Arab yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi.

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Huruf syamsiah dan qamariah[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah (ء), ba' (ب), jim (ج), ha' (ح), kha' (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa' (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' () dan ya' (ي). Ini diambil sempena perkataan al-qamar (ﺍﻟﻘﻤﺮ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya.

Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' (ت), tha' (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah (ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]