Surah al-Baqarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-Baqarah)
  Surah 2 dalam al-Quranul Karim  
البقرة
Al-Baqarah
The Heifer
Arabic Holy Quran (14mb).pdf
---- Teks Arab · Terjemahan bahasa Melayu
PengklasifikasianMedinan
Kedudukan surahJuz 1–3
BahagianSurah
Struktur40 rukuk, 286 ayat
Muqatta'āt pembukaanAlif Lam Mim

Surah al-Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada haji widak (haji Nabi Muhammad SAW yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai al-Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif lam mim kerana surah ini dimulai dengan Alif lam mim.[1]

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum mengubah kitab-kitab Allah; hukum haid, idah, talak, khuluk, ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.

Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinah serta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.

Ayat lazim[sunting | sunting sumber]

Surah al-Baqarah

5 ayat pertama sering dijadikan bacaan malah dijadikan hafalan pelajar sekolah. Ayat ini menceritakan akan sifat orang yang beriman:

  1. Alif, Lam, Mim.
  2. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; [
  3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
  4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
  5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Surah ini juga mengandungi ayat kursi iaitu ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredaan Allah SWT.


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Fatihah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Ali ‘Imran
Surah 2
  1. ^ "Al-Qur'an Surat Al-Baqarah (Terjemahan Indonesia)". SINDOnews Kalam (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-02-29.