Al-Hakam II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Patung Al-Hakam II di Cordoba

Al-Hakam II (al-Ḥakam II ibn ʿAbd al-Raḥmān III; Bahasa Arab: الحكم الثاني‎; 13 Januari 915 - 16 Oktober 976) adalah khalifah kerajaan Umaiyah yang kedua di al-Andalus dan merupakan putera kepada Abd-ar-Rahman III. Baginda memerintah dari tahun 961 M. hingga 976 M.

Awal Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Dinar Al-Hakam II pada 969 M

Al-Hakam II menjadi khalifah setelah kemangkatan ayahandanya Abd-ar-Rahman III pada tahun 961 M. Dia berdamai dengan kerajaan Katolik di utara Iberia, dan menggunakan kestabilan untuk mengembangkan pertanian melalui pembinaan sistem pengairan. Pembangunan ekonomi juga didorong oleh pelebaran jalan dan pembinaan pasar.

Penaung Ilmu Pengetahuan[sunting | sunting sumber]

Al-Hakam sangat mahir dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dia memiliki buku yang dibeli dari Damsyik, Baghdad, Constantinople, Kaherah, Mekah, Madinah, Kufah, dan Basra. Status Al- Hakam II sebagai pelindung ilmu pengetahuan telah membuat namanya terkenal di seluruh dunia Islam dan buku-buku yang ditulis di Parsi, yang berada di bawah pemerintahan Abbasiyah, telah ditujukan kepadanya. Semasa pemerintahannya, usaha terjemahan telah dilakukan secara besar-besaran, dan banyak buku telah diterjemahkan dari bahasa Latin dan Yunani ke bahasa Arab. Dia membentuk sebuah jawatankuasa bersama orang Islam Muladi dan orang Katolik Mozarab untuk tugas ini.

Perpustakaan peribadinya mempunyai beberapa bahagian. Beberapa intelektual menyatakan bahawa dia mempunyai lebih dari 600 000 buku. Katalog buku perpustakaan telah berjumlah 44 jilid. Yang sangat penting bagi Al-Hakam adalah sejarah, dan dia sendiri menulis sejarah al-Andalus. Setelah kematiannya, Hajib Almanzor telah menghancurkan semua buku "sains kuno".

Ahli matematik Córdoba, Lubna bekerja sebagai setiausaha peribadi Al-Hakam. Dia dikatakan mahir dalam sains yang tulen.

Doktor, ahli sains dan pakar bedah yang terkenal, Abu al-Qasim al-Zahrawi (Abulcasis) juga aktif di istana Al-Hakam semasa pemerintahannya.

Projek Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Al-Hakam II juga telah melakukan kerja-kerja pembinaan. Beliau telah menaik taraf masjid utama di Cordoba iaitu Mezquita. Kerja pembinaan Istana Diraja Medina Azahara yang dimulakan oleh Abd-ar-Rahman III telah siap sepenuhnya pada tahun 976 M..

Konflik ketenteraan di Afrika Utara[sunting | sunting sumber]

Apabila kuasa pentadbiran negara diserahkan kepada wazir al-Mushafi, Jeneral Ghalib telah dilantik sebagai panglima tentera. Beliau telah ditugaskan untuk mematahkan serangan orang-orang Norman (966 M., 971 M.) serta berperang dengan kerajaan Zirid dan Fatimiyah di utara Afrika. Tentera kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan pada 974 M. dan Al-Hakam II berjaya mengukuhkan pengaruh Khilafah ke atas wilayah-wilayah Kristian iaitu Navarre, Castile serta Leon.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Pada akhir pemerintahannya, Al-Hakam II telah diserang penyakit strok. Baginda mangkat pada 976 M. ketika berusia 61 tahun dan digantikan oleh puteranya Hisham II al-Mua'yyad.


Al-Hakam II
Didahului oleh
Abd ar-Rahman III
Khalifah Cordoba
961 – 976
Diikuti oleh:
Hisham II