Al-Hijab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Al-Hijab
Poster Al-Hijab01.jpg
Poster Al-Hijab
PengarahPierre Andre
PenerbitHisham A. Karim (Penerbit Bersama)
PenulisPierre Andre
Dibintangi olehPierre Andre
Fathia
Maimon Mutalib
Nor Albaniah
Disunting olehAhmad Mustadha Bin Samingon
Mula ditayangkan
6 Oktober 2011
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.62 juta[1]
Pecah panggungRM 2.24 juta

Al-Hijab merupakan sebuah filem seram lakonan Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib dan Nor Albaniah. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011 di Malaysia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pierre Andre menulis skrip, mengarah, dan memegang watak Rafael dalam filem ini.

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Pengambaran filem ini dilakukan disekitar daerah Kluang,Johor.

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan filem ini dipuji oleh pengkritik yang merasakan kesraman semasa menonton filem ini. Ternyata Pierre Andre belum hilang taringnya dalam mengarah filem-filem seram. Walaupun beliau berkarya bersama syarikat baru, beliau berjaya membuat penonton merasa setiap babak yang seram yang diterjemahkan dilayar perak. Lakonan pelakon veteran, Maimon Mutalib sebagai pawang berjaya menaikan mood seram dengan lontaran nada percakapan yang dilihat berya memberi imej sram watak yang dibawanya. Lakonan Pierre Andre dalam filem ini masih sama dengan lakonanya dalam filem-filem seram yang dilakonnya cuma ada sedikit perubahan. Lakonan Nur Fathia kelhatan sedikit kaku semasa melakonkan babak ketika dirasuk. Apa-apa pun, filem ini menjadi filem seram terbaik bagi Pierre Andre selepas filem Seru[2].

Pencalonan & Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat 2 pencalonan pada FFM 24 iaitu:

  • Skor Muzik Asal Terbaik - Norzaidi bin Abdul Rahman
  • Poster Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]