Al-Khujandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abu Mahmud Hamid ibn Khidr Khojandi (dikenali sebagai Abu Mahmood Khojandi, Alkhujandi atau al-Khujandi, bahasa Parsi: ابومحمود خجندی, c. 940 - 1000) ialah seorang ahli falak dan ahli matematik Asia Tengah yang hidup pada lewat kurun ke-10 dan membantu membangunkan sebuah balai cerap, berhampiran kota Ray (berhampiran Tehran hari ini), Parsi. Beliau dilahirkan di Khujand, Tajikistan.[1]

Astronomi[sunting | sunting sumber]

Khujandi berkhidmat bawah naungan amir-amir Bani Buwayhiyyah di balai cerap berhampiran Ray, Iran, tempat beliau diketahui membina sekstan dinding yang besar pertama pada tahun 994, yang bertujuan untuk menentukan kecondongan paksi ("kemiringan ekliptik") bumi dengan ketepatan yang tinggi.

Beliau mendapati kecondongan paksi adalah 23°32'19" bagi tahun 994. Beliau mencatatkan bahawa pengukuran oleh ahli-ahli falak terdahulu mendapati nilai yang lebih tinggi (orang India: 24°; Ptolemy 23° 51') dan oleh itu menemui bahawa kecondongan paksi adalah tidak tetap tetapi pada hakikatnya (kini) sedang menurun. Pengukuran kecondongan paksi oleh beliau bagaimana pun sekitar 2 minit sangat kecil, mungkin disebabkan penetapan peralatannya yang berat sepanjang pencerapan.[2][3]

Matematik[sunting | sunting sumber]

Khojandi menyebutkan kes khas teorem Fermat terakhir bagi n = 3, namun bukti cubaan beliau bagi teorem itu tidak betul. Hukum sinus sfera mungkin juga ditemui al-Khujandi, tetapi tidak dapat dipastikan samada beliau orang pertama yang menemuinya, atau samada Abu Nasr Mansur, Abul Wafa atau Nasir al-Din al-Tusi yang menjadi orang pertama.[4][5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:MacTutor
  2. ^ Al-Khujandī, Abū Maḥmūd Ḥāmid Ibn Al-Khiḍr, Complete Dictionary of Scientific Biography, 2008
  3. ^ Templat:MacTutor
  4. ^ Also the 'sine law' (of geometry and trigonometry, applicable to spherical trigonometry) is attributed, among others, to Alkhujandi. (The three others are Abul Wafa Bozjani, Nasiruddin Tusi and Abu Nasr Mansur). Razvi, Syed Abbas Hasan (1991) A history of science, technology, and culture in Central Asia, Volume 1 University of Peshawar, Peshawar, Pakistan, page 358, OCLC 26317600
  5. ^ Bijli suggests that three mathematicians are in contention for the honor, Alkhujandi, Abdul-Wafa and Mansur, leaving out Nasiruddin Tusi. Bijli, Shah Muhammad and Delli, Idarah-i Adabiyāt-i (2004) Early Muslims and their contribution to science: ninth to fourteenth century Idarah-i Adabiyat-i Delli, Delhi, India, page 44, OCLC 66527483

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic astronomy Templat:Islamic mathematics Templat:Scholars of Khorasan