Al-Lāt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Lāt atau Al-Lātta (Arab: اللات) ialah berhala dewi yang disembah oleh orang-orang Arab Jahiliah dan dianggap sebagai salah satu daripada tiga dewi utama Makkah.

Al-Lāt mempunyai makna "Sang Dewi". Berhala ini disebut dalam al-Quran (An-Najm 53:19), yang menandakan bahawa orang Arab pra-Islam menganggapnya sebagai salah seorang anak perempuan Allah bersama dengan Manāt dan al-‘Uzzá.

(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza"... ((An-Najm 53:19)
Allāt
Allāt
Allāt-Minerwa

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Imam Ibnu Jarir Ath Tabari dalam penafsirannya menjelaskan bahawa ada 2 cara untuk membaca اللَّاتَ. Yang pertama ialah dengan cara men-takhfif huruf taa (tidak di-tasydid), adapun cara yang kedua ialah dengan men-tasydid huruf taa.

Al-Lātta[sunting | sunting sumber]

Menurut riwayat dari Ibn 'Abbas, Mujahid, Rabi' bin Anas mereka membaca (الاَّتَ) dengan men-tasydid huruf taa (تَّ) dan mereka menafsirkannya sebagai “Seseorang yang mengadoni gandum untuk para jemaah selama masa jahiliah. Ketika dia meninggal, mereka iqikaf di kuburnya dan kemudian menyembahnya[1] " Mujahid berkata: "Al Lātta adalah seorang yang dahulunya tukang mengaduk tepung (dengan air atau minyak) untuk dihidangkan kepada jemaah haji. Setelah dia meninggal dunia, mereka pun sentiasa mendatangi kuburnya".[1]

Imam Al-Bukhari berkata, telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas mengatakan tentang firman Allah "Al-Lātta dan Al-'Uzza.": "Al-Lātta adalah seseorang yang mengaduk tepung untuk para jemaah."[1]

Syaikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan berkata, Lātta dengan kata ganda "t" sebagai isim fa'il (Lātta) berasal dari kata kerja latta-yaluttu. Dia (Lātta) adalah orang saleh yang biasa mengaduk tepung untuk memberi makan kepada para jemaah haji. Ketika dia meninggal, orang membangun rumah di atas kuburnya, dan menutupnya dengan tirai. Akhirnya mereka menyembahnya sebagai sekutu selain Allah.[1]

Al-Lāt[sunting | sunting sumber]

Sementara itu, kata اللَّاتَ tanpa huruf ganda "t", ialah nama sebuah berhala di Ta'if. Berhala ini berupa batu yang dipahat, di mana sebuah rumah dibina di atasnya. Di dalamnya terdapat tirai yang sesuai dengan ka'bah. Di sekelilingnya ada halaman dan mempunyai pelayan (penjaga). Berhala ini tergolong dalam puak Tsaqif dan puak di sekitar mereka.

Berhala ini terbuat dari batu besar yang dianggap suci, diletakkan di dalam kotak kayu persegi dengan batu permata di dalamnya. Di sekitar patung itu terdapat banyak pokok yang tidak dapat ditebang. Para penyembah selalu meletakkan persembahan dalam bentuk pakaian, batu permata dan hadiah lain kepada berhala tersebut, sebagai upacara keagamaan.

Berhala ini juga dikenali oleh Herodotus sebagai "Alilat".[2]


Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Strong's Hebrew and Aramaic Dictionary of Bible Words
  • Georgii Wilhelmi Freytagii : Lexicon Arabico-Latinum. Librairie du Liban, Beirut, 1975.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d https://enjoyquran.org/tafsir-ibnukatsir/4803
  2. ^ Healey 2001, m/s. 112.
  • Ibn al-Kalbī (Translation and Commentary by Nabih Amin Faris) (1952). Book of Idols, Being a Translation from the Arabic of the Kitāb al-Asnām. Princeton University Press. Library of Congress #52006741.
  • Herodotus (Translated by David Grene) (1987). The History. Chicago University Press. ISBN 0-226-32770-1.
  • The Book of Idols (Kitāb al-Asnām) by Hishām Ibn al-Kalbī
  • Allah, the unique name of God
  • Herodotus 1:131 online
  • Herodotus 3:8 online
  • Sunni account from witness-pioneer.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]