Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-Muhtadee Billah)
Jump to navigation Jump to search
Al-Muhtadee Billah
Pengiran Muda Mahkota
Negara Brunei Darussalam
Pemerintahan 10 Ogos 1998 - sekarang
Pendahulu Sultan Hassanal Bolkiah
Pasangan Pengiran Anak Sarah
Rezuana Iwana
Anakanda
Pengiran Muda Abdul Muntaqim
Pengiran Anak Muneerah Madhul
Pengiran Muda Muhammad Aiman
Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raaihanul Bolkiah
Nama penuh
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Tempat persemayaman Istana Nurul Iman
Ayahanda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'Izzaddin Waddaulah
Bonda Raja Isteri Saleha
Keputeraan 17 Februari 1974
Bandar Seri Begawan, Brunei
Agama Islam Sunni

Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, rujukan kehormat "Duli Yang Teramat Mulia",[1] (diputerakan pada 17 Februari 1974)[1] merupakan Pengiran Muda Mahkota iaitu Putera Mahkota Brunei dan pewaris takhta Sultan Brunei. Duli Yang Teramat Mulia merupakan paduka anakanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri baginda, Raja Isteri Saleha.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Teramat Mulia melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada 1997 dalam jurusan pelajaran Islam.[petikan diperlukan]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 2004, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah telah diijabkabulkan dengan Pengiran Anak Sarah yang berusia 17 tahun di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei.[2] Perkahwinan ini dijalankan secara besar-besaran dengan jumlah pembelanjaan sekitar 5 juta Ringgit Brunei (B$5milion).

Hasil daripada perkongsian hidup Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Isteri, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu dua orang putera dan seorang puteri. Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.[petikan diperlukan]

Biografi[sunting | sunting sumber]

  • Tanda Kesyukuran Dari Rakyat, 20 Februari 1974.
  • Son and heir for Brunei Sultan (Paduka putera dan pewaris Sultan Brunei), oleh Bernard Long.
  • 'Curahan Kasih', bersempena perkahwinannnya pada 9 September 2004.

Terasul dan kurniaan[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Emblem of Brunei.svg
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Tuanku
Gaya pilihan Pengiran Muda Mahkota
  • 17 Februari 1974 – 10 Ogos 1998: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
  • 10 Ogos 1998 – 25 Mac 2004: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
  • 25 Mac 2004 – 24 Mei 2005: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Jeneral Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)
  • 24 Mei 2005 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Jeneral Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)

Nama penuh rasmi dengan terasul ialah "Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah".[1][3] Nama ini digunakan dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei.

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Teramat Mulia telah dikurniakan:[4]

Darjah kebesaran negara[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran asing[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri". www.jpm.gov.bn. Dicapai 5 Februari 2018. 
  2. ^ a b "His Royal Highness The Crown Prince of Brunei Darussalam". www.bruneiresources.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 5 Februari 2018. 
  3. ^ Pengiran Ahmad, Dayangku Siti Redzaimi (21 Februari 2017). "DYTM berkenan menerima mengadap". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai 5 Februari 2018. 
  4. ^ The Royal Ark, Brunei genealogical details
  5. ^ Heir Couple of Brunei, Photo with State decorations[pautan putus]
  6. ^ Annadellorusso

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Teramat Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Tarikh keputeraan: 17 Februari 1974
Kerabat diraja Brunei
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah
Pengiran Muda Mahkota Brunei
Pewaris Pertama Takhta Brunei

1998 - kini
Pemegang jawatan kini
Waris:
Pengiran Muda Abdul Muntaqim
Jawatan akademik
Didahului oleh
Jawatan Diwujudkan
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
2005 - kini
Pemegang jawatan kini