Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-Muqaddasi)
Lompat ke: pandu arah, cari
al-Muqaddasi (al-Maqdisi)
Lahir c. 945/946 M
Baitulmuqaddis
Meninggal dunia 991 M
Era Zaman Kegemilangan Islam
Wilayah peradaban Islam
Bidang utama Geografi Islam
Karya utama كتاب احسن التقسيم فى معرفة الاقاليم, Kitab Aḥsan al-taqāsim fī maʿrifat al-aqālīm ("Kitab Pembahagian Terbaik buat Pengetahuan tentang Wilayah-wilayah")

Muhammad bin Aḥmad Shamsuddin al-Muqaddasi ataupun al-Maqdisi (Bahasa Arab: محمد بن أحمد شمس الدين المقدسي‎, transliterasi: Muḥammad ibn Aḥmad Shams al-Dīn al-Muqaddasī/al-Maqdisī ), juga ditranslitersikan sebagai el-Mukaddasi, (c. 945/946 – 991 M) ialah seorang ahli geografi dalam Zaman Pertengahan berbangsa Arab. Beliau menghasilkan karya berjudul Kitab Aḥsan al-taqāsim fī maʿrifat al-aqālīm (كتاب احسن التقسيم فى معرفة الاقاليم) ("Kitab Pembahagian Terbaik buat Pengetahuan tentang Wilayah-wilayah").

Biografi[sunting | sunting sumber]

Al-Muqaddasi dilahirkan di Baitulmuqaddis (Jerusalem) dalam tahun 946 M. Beliau mendapat pendidikan yang amat baik dan selepas menunaikan Haji di Makkah semasa berumur 20 tahun, berazam untuk mengkaji geografi. Beliau membuat beberpa siri penjelajahan yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk mengumpul maklumat; jelajah ini membawa beliau ke semua negara-negara Islam. Beliau hanya menulis buku beliau dalam tahun 985 M. Karya beliau memberikan maklumat teratur tentang kesemua tempat dan wilayah yang dilawatinya. Le Strange mengulas tentang karya Al-Muqaddasi: "Pemerian beliau tentang Palestin, dan khusunya Baitumuqaddis, banda kelahirannya, merupakan bahagian yang paling terbaik karyanya. Apa yang beliau catat adalah hasil pemerhatian beliau sendiri, dan pemerian beliau tentang adab dan amalan di pelbagai negara menunjukkan minda yang bijak dan memerhati, yang diperkukuhkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang kedua-dua buku dan manusia". (Daripada: Guy le Strange, 1890.)[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Guy le Strange, Palestine Under The Muslims p.5 - p.6

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Templat:EB1911 poster

Sumber[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]



Templat:Geoscience-bio-stub