Al-Qabisi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abu al-Saqr Abd al-Aziz Ibn Uthman Ibn Ali al-Qabisi l-Mawsili, secara umumnya dikenali sebagai Al-Qabisi, (diLatinkan sebagai Alchabitius atau Alcabitius), dan kadang-kala dikenali sebagai Alchabiz, Abdelazys, Abdilaziz (bahasa Arab: 'Abd al-Azîz, عبدالعزيز), (meninggal dunia pada 967) ialah seorang ahli nujum dan ahli matematik Arab.

Hayat[sunting | sunting sumber]

Al-Qabisi tinggal di Aleppo. Beliau berkhidmat dengan Sayf al-Dawlah. Beliau meninggal dunia pada tahun 967.[1]

Karya[sunting | sunting sumber]

Al-Qabisi paling dikenali dengan karyanya mengenai ilmu nujum kehakiman, Introduction to the Art of Judgments of the Stars.[1] Karya ini didekikasikan kepada Amir Aleppo, Sayf al-Dawlah,[2] dan dapat bertahan dalam sekurang-kurangnya 25 buah manuskrip berbahasa Arab, dan lebih daripada 200 buah manuskrip terjemahan dalam bahasa Latin, dengan 12 buah edisi cetakan Latin antara 1473 dan 1521.[2]:1 Teks berbahasa Arabnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sekurang-kurangnya tiga kali yang mengundang beberapa ulasan dan kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Pada kurun ke-12 ia diterjemahkan oleh Johannes Hispalensis. Pada 1512 ia diterbitkan oleh Melchiorre Sessa di Venice.[1] Salinan tahun 1473 dan lain-lain sehingga tahun 1521, menonjolkan penulisan tentang al-Qabisi oleh John dari Saxony.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Introduction to the Art of Judgments of the Stars". World Digital Library. 1512. Dicapai pada 2013-07-14. 
  2. ^ a b Charles Burnett; Keiji Yamamoto; Michio Yano, ed. (2004). Al-Qabisi (Alcabitius): The Introduction to Astrology. London: The Warburg Institute. m/s. 2. ISBN 085481132X. 
  3. ^ Lynn Thorndike, A History of Magic and Experimental Science, vol. 3, (New York: Columbia University Press, 1934), pp. 262-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic astronomy


Templat:MEast-bio-stub