Al-Syatibi
Penampilan
![]() |
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Apr 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Nama | al-Syāṭibī الشاطبي |
---|---|
Wafat | 1388 Granada |
Wilayah | Al-Andalus |
Denominasi | Sunni |
Mazhab Fiqh | Maliki |
Templat:Infobox Arabic name |
Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Syatibi al-Gharnati atau nama ringkasnya Abu Ishaq al-Syatibi (538-23 Jamadilawal 590 H[1]/22 Mei 1194) ialah seorang ulama Sunni bermazhab Maliki dari Andalusiah.[2]
Keluarga beliau berketurunan Bani Lakhm. Kunyah beliau ialah "Abu Ishaq", dan nisbah beliau ialah "Al-Lakhmi", "Al-Gharnati", "Al-Maliki" dan "As-Shatibi". Beliau lahir pada 538 Masihi di Syatibah (Xàtiva) sekalgius memberi salah satu nisbat beliau.[1]
Beliau meninggal dunia di Gharnatah (Granada) pada tahun 1194.
Buku-buku
[sunting | sunting sumber]Beliau belajar dengan ramai ulama terkemuka pada zamannya. Beliau menguasai ilmu bahasa Arab dan ijtihad pada usia yang sangat muda. Beliau berbincang tentang pelbagai topik dengan guru-gurunya sebelum mencapai sebarang kesimpulan.
- Al-Iʻtiṣām (كتاب الاعتصام), 794696261 Buku terkenal ini ialah ensiklopedia muktamad tentang topik menentukan inovasi agama. Ia terdiri daripada 10 bab. Buku ini diterbitkan oleh Dar al-Kutub Al-Arabiyah pada 1931 di Kaherah, Mesir.
- Al-Muwafaqaat fi Usul al-Shariah (الموافقات في اصول الشريعة), 37140768 Ini juga antara buku beliau yang terkenal. Ia berkenaan usul fiqh dan maqasid al-shariah. Ia diterbitkan oleh Dawlat Al-Tunisia (Tunisia) dalam empat jilid.
- Sharh ala al-Khutasah. Buku ini berkenaan tatabahasa Arab.
- Al-Itifaq fi Ilm al-Ishtiqaq. Buku ini berkenaan ilmu saraf, tetapi ia hilang semasa hayat beliau.
- Kitab al-Majalis. Buku ini membabitkan ulasan terhadap Sahih Bukhari.
- Kitab Al-ifidaat wa Al-inshadaat. Buku dua jilid ini berkenaan sastera.
Guru-guru
[sunting | sunting sumber]- Imam ibn al-Fakhar al-Abiri
- Abu al-Qasim Al-Satti
- Imam Abu Abdullah al-tilmasani
- Imam Abu Abdullah al-Maqri
- Shaikh Abu Said bin Lab
- Imam Jalil bin Marzuq
- Abu Ali Mansur bin Muhammad al-Zidawi
- Abu Abdullah al-Bilnasi
- Abu Jafar al-Shoquri
- Abu Al-Abbas al-Qabbab
- Abu Adullah al-Hafaar
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Muhammad Lukman Ibrahim (29 Oktober 2020). "Ketokohan Imam Alsyatibi Dan Imam Ibn Aljazari Serta Perbezaan Keduanya Dalam Riwayat Hafs Dari ‘Asim". Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia. m/s. 441. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6970.
- ^ Dr. Ahmad Raysuni, Imam Shatibi's Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law translated by Nancy Roberts, publisher IIIT. p.74.
![]() |
Wikisumber bahasa Arab mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Muhammad Khalid Masud, Islamic Legal Philosophy: A Study of Abu Ishaq al-Shatibi's Life and Thought, McGill University 1977
- Dr. Ahmad Raysuni, Imam Shatibi's Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law translated by Nancy Roberts, publisher IIIT.
- Wael B. Hallaq, A History of Islamic Legal Theories, Cambridge 1997, Ch. 5.
- The Shatibi Center, The Life of Al-Imam Ash-Shatibi, shatibionline.com
Kategori:
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari April 2024
- Rencana untuk dikembangkan dari Apr 2024
- Ulama hadis
- Asyairah
- Penulis Moor
- Ahli nahu Arab zaman pertengahan
- Sarjana Amiriah Granada
- Kematian 1194
- Sarjana tafsir Quran
- Sarjana fiqah Maliki dari Al-Andalus
- Sarjana tajwid Quran
- Sarjana Islam Muslim abad ke-14