Al Birch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Al Birch seorang jurutera eletrik kerajaan Johor membawa set radio pertama di Malaysia pada 1921. Al Birch turut menubuhkan Persatuan Wireless Johor, yang kemudian berkembang di Pulau Pinang dan Singapura sebelum tertubuhnya Persatuan Wireless Malaysia.

Pada 11 Mac 1937 studio Perbadanan Penyiaran Britain dilancarkan di Singapura. Pada awal 1950-an, penyiaran Tanah Melayu ('Malaya') beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 1956. Ketika pembentukan Malaysia 16 September 1963, slogan Inilah Radio Malaysia digunakan sebagai pengenalan oleh juruhebah bertugas.