Ala Dondang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ala Dondang
Album studio oleh Noraniza Idris
Dikeluarkan pada28 Julai 1997 [1]
GenreIrama Malaysia
Masa44:34
SyarikatSuria Records
PenerbitPak Ngah • S. Atan
Kronologi Noraniza Idris
Noraniza Idris
(1992)
Ala Dondang
(1997)
Masyhur
(1998)
Single daripada album Ala Dondang
  1. "Awallah Dondang"
    Dikeluarkan pada: 1 Julai 1997 (1997-07-01)
  2. "Rindu"
    Dikeluarkan pada: 12 September 1997 (1997-09-12)
  3. "Semalu Rimba"
    Dikeluarkan pada: 2 November 1997 (1997-11-02)
  4. "Embun Setitik"
    Dikeluarkan pada: 16 Januari 1998 (1998-01-16)
  5. "Mahligai Asli"
    Dikeluarkan pada: 4 Mac 1998 (1998-03-04)

Ala Dondang merupakan album studio ketujuh oleh penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 28 Julai 1997. Album ini mencipta sejarah tersendiri apabila mempelopori irama tradisional secara kontemporari sehingga mencetus fenomena pada ketika itu, sesuatu genre yang sebelum ini disampaikan secara konservatif sejak era 50-an.

Untuk penerbitan album ini, Noraniza bekerjasama bersama Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit yang menerbitkan album ini secara eksperimental dan akhirnya berjaya terjual sebanyak 200,000 ribu unit. Ala Dondang mempertaruhkan lagu Awallah Dondang sebagai single pertama untuk album ini. Noraniza telah membuka mata masyarakat pada ketika itu, Orang ramai bukan sahaja tertumpu dengan lagu-lagu bergenre pop, rock, R&B dan sebagainya tetapi mereka juga tertarik dengan lagu-lagu bercorak tradisional selepas sahaja album ini dilancarkan. Oleh kerana sambutan terhadap album ini memberangsangkan. Ala Dondang telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998) dan turut tercalon untuk kategori utama, Album Terbaik.

Ringkasan album[sunting | sunting sumber]

Ala Dondang diilhamkan dengan hasrat agar dapat mengembalikan khazanah muzik tradisional yang menjadi warisan pusaka turun temurun untuk generasi masa kini menikmatnya menerusi album ini. Penghasilan album ini adalah merupakan koleksi lagu-lagu tradisional yang sering mengingatkan kita betapa kayanya keaslian budaya dan pusaka yang tiada ternilai. Melalui sentuhan dan gubahan muzik yang diberikan nafas baru bersesuaian dengan peredaran masa kini serta ilham rasa oleh penulis lirik dan pencipta maka lahirlah album Ala Dondang ini. Noraniza telah bekerjasama dengan ramai komposer untuk penghasilan lagu-lagu di dalam album ini antaranya Anak Sarawak, Khalil Sharif, Pak Ngah, Rahim Jantan dan Hairul Anuar Harun.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  1. "Awallah Dondang" (Anak Sarawak / Hairul Anuar Harun)
  2. "Semalu Rimba" (Khalil Sharif / Hairul Anuar Harun)
  3. "Joget Orang Berkasih" (S. Atan / Siso)
  4. "Rindu" (Fandi / Siso)
  5. "Mustika Hati" (Atan Ahmad)
  6. "Purnama" (Rahim Jantan)
  7. "Mahligai Asli" (Pak Ngah / Lokgha)
  8. "Padamu Jua" (Jamal Abdillah / Habsah Hassan)
  9. "Embun Setitik" (Arid / Hairul Anuar Harun)
  10. "Inang Merindu" (Pak Ngah / Lokgha)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik 1998

  • (Dicalonkan) Album Terbaik - Ala Dondang
  • (Menang) Album Pop Etnik Terbaik - Ala Dondang

Anugerah Juara Lagu ke-12

  • Finalis Kategori Irama Malaysia - Awallah Dondang
  • Peringkat separuh akhir Muzik Muzik 13 - Rindu

Rujukan[sunting | sunting sumber]