Alaf 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Alaf 21
Logo Alaf 21

Alaf 21 Sdn. Bhd. ialah syarikat penerbitan yang merupakan anak syarikat kepada Karangkraf, salah satu kumpulan syarikat penerbitan, percetakan, dan pengedaran yang utama di Malaysia.

Alaf 21 diasaskan pada Mac 1996. Secara harfiah, "alaf" dalam bahasa Melayu membawa pengertian "zaman", manakala 21 menandakan abad ke-21. Nama itu dipilih kerana ia membayangkan konsep proaktif. Operasi syarikat bermula pada April 1996 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Dengan penerbitan biografi Raihan sebagai buku sulungnya, Alaf 21 kini menerbitkan pelbagai jenis buku, termasuklah buku akademik, buku fesyen, buku kraf, buku kreatif, dan buku am. Melebihi 70% daripada untungnya kini datang daripada jualan novel.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Alaf 21: Profil Alaf". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2011-07-27.