Alat perkusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahagian perkusi orkestra dengan timpani, alat perkusi sampingan tidak berpic dan loceng tiub berpic

Alat perkusi ialah alat muzik yang dibunyikan dengan pemukulan atau geseran dengan pemukul.[1]

Alat perkusi bukan sahaja memainkan rentak, bahkan juga melodi dan harmoni. Muzik untuk alat perkusi berpic boleh ditulis dalam notasi staf dengan klef trebel dan bes yang sama seperti alat muzik bukan perkusi lain, ataupun ditulis dengan klef neutral. Alat perkusi digolongkan berdasarkan pelbagai ciri yang kadang-kadang bergantung pada pembinaan, asal-usul bangsa, fungsi berdasarkan teori dan penyusunan orkestra atau kekerapan relatif berdasarkan pengetahuan am. Contoh alat perkusi tidak berpic: dram, simbal, kerincing, loceng, djembe, tamborin, kabasa dan gong. Contoh alat perkusi berpic: glockenspiel, xilofon, timpani, marimba, gamelan, piano dan harpsichord.

Rujukan[sunting | sunting sumber]