Albert Kesselring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Albert Kesselring
Bundesarchiv Bild 183-R93434, Albert Kesselring.jpg
Jeneral Albert Kesselring memakai Knight Cross, 1940
Nama samaran Smiling Albert ("Albert Tersenyum")
Uncle Albert ("Pak Albert")
Kelahiran (1885-11-30)30 November 1885
Marktsteft, Kingdom of Bavaria, German Empire
Meninggal dunia 16 Julai 1960(1960-07-16) (umur 74)
Bad Nauheim, West Germany
Kesetiaan  Empayar Jerman (to 1918)
 Republik Weimar (to 1933)
 Jerman Nazi (to 1945)
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial (1904–1922)
Reichswehr (1922–1933)
Luftwaffe (1933–1945)
Tahun perkhidmatan 1904–1945
Pangkat Generalfeldmarschall
Arahan Luftflotte 1
Luftflotte 2
Kumpulan Tentera Darat C
Angkatan Tentera Selatan
Angkatan Tentera Barat
Pertempuran

Perang Dunia I

Perang Dunia II

Anugerah Darjah Mahkota Itali
Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian

Albert Kesselring (30 November 188516 Julai 1960) merupakan salah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua. Dalam kerjaya tentera yang menjangkau kedua-dua Perang Dunia, Kesselring adalah salah seorang komander pertahanan Jerman Nazi yang paling mahir, menjadi salah satu daripada 27 orang pegawai yang dianugerahkan Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian. Di gelar "Albert Tersenyum" oleh pihak Bersekutu dan "Pak Albert" oleh askarnya[Nota 1], beliau merupakan antara panglima Perang Dunia II yang paling popular.[1] Kesselring adalah seorang yang perseptif, fleksibel, setia dan tegas, menjadikan beliau pakar strategi dalam peperangan darat dan udara; serangan berterusan beliau keatas lapangan-lapangan terbang hampir memaksa RAF (Tentera Udara Diraja British) tunduk kepada Jerman.

Kesselring memasuki Tentera Darat Bavaria sebagai seorang pegawai kadet pada tahun 1904 dan berkhidmat dalam cawangan artileri. Beliau menamatkan latihan sebagai seorang pemerhati dalam kenderaan belon udara pada tahun 1912. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dikedua-dua barisan Barat dan Timur dan telah ditugaskan ke Staf Am, walaupun tidak pernah belajar di Akademi Perang. Kesselring kekal didalam Tentera Darat selepas perang tetapi telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1933 untuk menjadi ketua Jabatan Pentadbiran di Kementerian Udara Jerman, dimana beliau telah terlibat dalam pembangunan semula industri penerbangan dan menyediakan asas-asas penubuhan Luftwaffe, berkerja sebagai Ketua Stafnya dari tahun 1936 hingga 1938.

Sewaktu Perang Dunia II beliau memerintah armada udara dalam Penjajahan Poland, Pertempuran Perancis, Pertempuran Britain, dan Operasi Barbarossa. Selaku Panglima Tertinggi Selatan (Oberbefehlshaber Sud), beliau adalah pemimpin keseluruhan tentera Jerman dan Itali di kancah Mediterranean, termasuk sekali operasi-operasi di Afrika Utara. Kesselring mengendalikan satu kempen pertahanan yang tiada kompromi terhadap tentera Bersekutu di Itali sehinggalah beliau tercedera dalam satu kemalangan pada Oktober 1944. Dalam kempen peperangan yang terakhir, beliau selaku Oberbefehlshaber West memerintah angkatan bersenjata Jerman di Barisan Barat. Beliau sangat dihormati oleh lawannya dari pihak Bersekutu kerana kejayaan-kejayaan militarinya, tetapi rekod beliau telah dicemari oleh pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera bawahannya di Itali.

Selepas perang, Kesselring dibicarakan bagi jenayah perang dan telah dijatuhi hukuman mati. Hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Kempen politik dan media menyebabkan beliau dibebaskan pada tahun 1952, kononnya atas alasan kesihatan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga Generalfeldmarschall yang dapat menerbitkan memoir, bertajuk Soldat bis zum letzten Tag (Dari Seorang Perajurit Hingga Ke Akhir).

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The nickname "Smiling Albert" was bestowed on Kesselring by the Allies. It is not used by German writers. It was used during the war; see "Up the Boot". Time. 19 April 1944. Dicapai 4 April 2009. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ von Lingen, Kesselring's Last Battle, p. 16

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Generalleutnant Walther Wever
Ketua Staf Am Luftwaffe
3 Jun 1936 – 31 Mei 1937
Diikuti oleh:
General der Flieger Hans-Jürgen Stumpff
Didahului oleh
none
Panglima Luftflotte 1
1 Februari 1939 – 11 Januari 1940
Diikuti oleh:
Generaloberst Hans-Jürgen Stumpff
Didahului oleh
General der Flieger Hellmuth Felmy
Panglima Luftflotte 2
12 Januari 1940 – 11 Jun 1943
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Wolfram Freiherr von Richthofen
Didahului oleh
tiada
Oberbefehlshaber Sud
2 Disember 1941 – 10 Mac 1945
Diikuti oleh:
Generaloberst Heinrich von Vietinghoff
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt
Oberbefehlshaber West
11 Mac 1945 – 22 April 1945
Diikuti oleh:
tiada