Cindai (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Album Cindai)
Cindai
Album studio oleh
Dilancarkan pada17 November 1997[1]
Dirakamkan padaMac - Oktober 1997
GenreIrama Malaysia
Panjang45:02
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
PenerbitPak Ngah, Rahim Jantan, S. Atan
Kronologi Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
(1997)
Cindai
(1997)
Adiwarna
(1998)
Single daripada Cindai
  1. "Cindai"
    Dikeluarkan: 29 Oktober 1997
  2. "Joget Pahang"
    Dikeluarkan: 2 Disember 1997
  3. "Joget Berhibur"
    Dikeluarkan: 29 Disember 1997
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang[2]

Cindai[3] merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza, dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. Cindai juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru, iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur", yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit.[4] Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada April 1996 dan Januari 1997, Siti Nurhaliza merakamkan dua albumnya, yang kedua-duanya menggunakan namanya sebagai judul album dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada umum, pengulas dan pengkritik muzik. Semasa masih mempromosikan album keduanya dan muncul dengan lagu tradisional sulungnya, Sri Mersing yang dimuatkan dalam album keduanya, Siti telah membuat persiapan untuk merakamkan album tradisional pertamanya dengan apa yang dikenali sebagai Cindai.[4] Mengetengahkan genre muzik tradisional, pop etnik, dan Irama Malaysia, Cindai memuatkan 10 lagu dengan dua daripadanya adalah lagu baru dan lapan lagi ialah lagu lama yang diberikan nafas baru dan merupakan Hakcipta Terpelihara.[4]

Album Cindai merupakan album pertama Siti yang mana beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album, bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pemuzik lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih. Lagu “Cindai” telah dikeluarkan sebagai single pertama, sebelum pelancaran album ini pada 17 November 1997.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Cindai"Hairul Anuar HarunPak Ngah4:56
2."Laksamana Mati Dibunuh"Copyright ControlledCopyright Controlled5:20
3."Janji"Elya KhadamCopyright Controlled3:20
4."Lela Manja"Copyright ControlledCopyright Controlled4:14
5."Kaparinyo"Copyright ControlledCopyright Controlled4:23
6."Es Lilin"Ibu MursihCopyright Controlled3:56
7."Damak"Copyright ControlledCopyright Controlled4:28
8."Joget Pahang"Copyright ControlledCopyright Controlled3:51
9."Patah Hati"Copyright ControlledCopyright Controlled5:11
10."Joget Berhibur"Siso KopratasaRahim Jantan4:35
Jumlah masa: 45:02


Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Cindai menggabungkan instrumen muzik kontemporari seperti gitar, keyboard dan tradisional seperti rebana, akordion, marwas serta pelbagai bentuk gaya muzik termasuk zapin.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Album Cindai dikeluarkan pada 17 November 1997,[1] 11 bulan selepas Siti melancarkan album keduanya, dengan "Cindai" dipilih sebagai single pertama. "Joget Berhibur" dan "Joget Pahang" dikeluarkan sebagai single seterusnya. Album ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum. Muzik video telah dikeluarkan untuk lagu "Cindai", "Es Lilin", "Janji" dan "Laksamana Mati Dibunuh".

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit album diperoleh daripada sisipan buku kecil album Cindai.[6]

  • Ariffin - unit promosi
  • S. Atan - penerbit, adunan, akordion, gitar, keyboard
  • Bard - unit promosi
  • Hairul Anuar Harun - penulis lirik
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R
  • Rizalman Ibrahim - busana
  • Hana Creative Image - imej
  • Rahim Jantan - penerbit
  • Joe - unit promosi
  • Joey - jurusolek
  • Azizul Khamis - vokal
  • Khairul Khamis - vokal
  • Mazlina Khamis - vokal
  • Weng Kong - fotografi

  • Lau - jurutera
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Mohar - seruling
  • Mustafa Musa - rebana
  • Nieta - unit promosi
  • Andy Pok - mastering
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Syed Indera Syed Omar (Siso) - penulis lirik, vokal
  • Rosnan - marwas, tabla
  • Tina - unit promosi
  • Vincent - jurutera, adunan
  • Wong - jurutera, adunan
  • Zainuddin Mohd Yunos - marwas, rebana, vocals
  • Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) - penerbit, adunan, akordion, gitar, keyboard, marwas, rebana, vokal

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Album

Carta (1997) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[7]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1997

Cindai

1 - - 1
1998

Joget Pahang

- - - -

Joget Berhibur

4 - - 3

Pensijilan[sunting | sunting sumber]

Negara Pensijilan Jualan/penghantaran
Malaysia
(RIM)
5× Platinum[4] 120,000[8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Carta Radio 3 Shah Alam[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Cindai" Persembahan Terbaik (Solo) Tercalon

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Cindai" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Menang
Pemenang Keseluruhan Menang
2005 Lagu Pilihan Penonton Menang
2015 Qu Puteh Diva Menang

Anugerah MACP 2007[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2007 "Cindai" Top 90's Favourite Menang

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Sesetengah rakyat Malaysia mendakwa bahawa setiap kali mereka menyanyi lagu ini pada waktu malam ia memberi seram sejuk dan perasaan menyeramkan.
  • Lain mendakwa melihat roh-roh banshee sambil menyanyi lagu.Lagu ini mendapat sambutan yang positif dari seluruh negara untuk lirik puitis dan cukup difahami
  • Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan Cindai sebagai sebahagian daripada medley lagu Zapin daripada bersama-sama dengan Mahligai Permata dan Ya Maulai pada akhir Irama Malaysia segmen konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London.
  • Cindai telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) dinyanyikan oleh Chien Bai Hui China dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui mendakwa bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Cindai oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  2. ^ Cindai. Discogs.
  3. ^ Siti Nurhaliza – Cindai Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com.
  4. ^ a b c d Cindai Diarkibkan 2009-12-15 di Wayback Machine SitiZone. Diperoleh pada 18 Disember 2009.
  5. ^ Ooi Keat Gin (2010). "The A to Z of Malaysia". Scarecrow Press. Books.google.com. Dicapai pada 2016-01-03.
  6. ^ Cindai (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1997.CS1 maint: others (link)
  7. ^ Hits Of The World - Malaysia Raul Carlo, Allison Smith, and Menno Visser (10 January 1998). Billboard. Books.google.com. Retrieved on 25 February 2011.
  8. ^ Bintang Cemerlang dari Kampung Awah Kompas (17 Jun 2002). Diperoleh pada 18 Disember 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]