Pelangi (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Album Pelangi)
Pelangi
Album studio oleh
Dilancarkan pada30 Julai 2004
Dirakamkan pada2003–2004
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, balada, elektronik
Panjang44:09
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatFantasia Music City
Kronologi Siti Nordiana
Bingkisan Kasih
(2002)
Pelangi
(2004)
Semakin Jelas
(2011)
Single daripada Pelangi
  1. "Pelangi Jiwa"
    Dikeluarkan: Mei 2004
  2. "Selamanya Cinta"
    Dikeluarkan: Ogos 2004
  3. "Seribu Janji"
    Dikeluarkan: Oktober 2004
  4. "Sendiri"
    Dikeluarkan: Disember 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelangi ialah album studio keempat oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada 30 Julai 2004 oleh Fantasia Music City (FMC).[1][2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan album Pelangi menyaksikan Siti Nordiana menunjukkan bakat mencipta dan menulis lirik dengan menyumbangkan sebuah lagu nukilan sendiri, iaitu "Seribu Janji".[3] Antara komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam penerbitan album ini ialah Adnan Abu Hassan, Azmeer, Aidit Alfian dan Helen Yap.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Selamanya Cinta"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:59
2."Perlukanmu"Seri BatrisyaZizie4:23
3."Dengar Bicaramu"PacaiAidit Alfian4:00
4."Pelangi Jiwa" (Duet bersama Achik Spin) Patrick KamisPatrick Kamis4:19
5."Seribu Janji"Siti NordianaSiti Nordiana4:19
6."Rimbunan Kasih"Abie AbdullahAjai4:17
7."Bila Kau Tak Kembali"BaiduriLY4:00
8."Sendiri"Haslan HussainHelen Yap4:19
9."Di Pesisir Hati"Lukhman SAzmeer4:52
10."Bukan Kisah Cinta"Sham WanBelle4:13
Jumlah masa: 44:09


Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pelangi dikeluarkan pada 30 Julai 2004.[4] Sebuah album MTV karaoke juga telah diterbitkan bagi mempromosikan album ini yang mana kesemua 10 lagu dalam album Pelangi telah dijadikan sebagai muzik video.[5][6]

Haryani Ismail, menulis untuk CyBerita berpendapat album ini "sesuai untuk golongan dilamun 'sakit angau'" dan mengatakan: "Mereka yang dibuai cinta, yang mabuk asmara mahupun yang dibelenggu cinta tak kesampaian - tiga kategori orang yang dilamun 'sakit angau' ini pastinya terpaut dengan album terbaru Siti Nordiana, Pelangi".[7] Suzan Ahmad, menulis untuk Berita Minggu menyifatkan Pelangi "tidak menonjolkan muzik yang serasi dengan jiwa dan vokal Nana secara keseluruhannya".[8] Zul Husni Abdul Hamid dari akhbar sama berpendapat album ini "sebagai album yang menceritakan perjalanan kehidupannya. Tujuh warna itu pula menggambarkan situasi yang sering berubah-ubah, sarat dengan keceriaan dan emosi".[9]

Meskipun menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik muzik, kulit album Pelangi turut menerima ulasan negatif.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (3 Julai 2018). "Nana tak ralat kurang rehat". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  2. ^ Pelangi (catatan media). Siti Nordiana. Fantasia Music City. 2004.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Oktober 2004). "Nana harap Pelangi beri impak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (5 Oktober 2004). "Siti Nordiana - Bosan dengan gosip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2018.[pautan mati kekal]
  5. ^ (2005) Catatan Video CD untuk Siti Nordiana: Pelangi oleh Siti Nordiana. FMC Music.
  6. ^ "(Selepas tujuh bulan album...)". Berita Harian. 18 Mac 2005. Dicapai pada 20 September 2020.
  7. ^ Haryani Ismail (20 November 2004). "Sesuai untuk golongan dilamun 'sakit angau'". CyBerita. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2004. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  8. ^ Suzan Ahmad (12 September 2004). "Muzik tidak serasi jiwa". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  9. ^ Zul Husni Abdul Hamid (30 September 2004). "(Secara peribadi, Siti Nordiana ... )". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  10. ^ Kita Orang (23 Januari 2005). "Cover album paling buruk". Berita Minggu. Dicapai pada 20 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]