Teka-Teki (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Album Teka Teki)
Jump to navigation Jump to search
 Teka-Teki
Album studio oleh Maya Karin
Dikeluarkan pada4 Mac 2014
GenrePop
SyarikatWarner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
PenerbitOmar K, Kimberly Chin & Mike Chan
Kronologi Maya Karin
Album Bukan Qalamaya  Teka-Teki
Kulit album alternatif

 Teka-Teki merupakan sebuah album yang dihasilkan oleh Maya Karin pada tahun 2014. Album ini merupakan album seterusnya selepas album penuh iaitu Bukan Qalamaya sekitar tahun 2004. Pelancaran album Maya Karin ini berlangsung pada 18 April di No Black Tie, Kuala Lumpur.[1]

Dalam album Teka-Teki ini, Maya Karin membawa genre Pop dan penerbit eksekutifnya adalah Darren Choy & Audi Mok. Penerbitnya pula adalah Omar K, Kimberly Chin & Mike Chan. [2]

Album Teka-Teki ini dikeluarkan oleh P & C : 2014, Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd., dan diedarkan oleh Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dalam album ini, Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawaan lagu dengan mood yang segar dan ceria di dalam album ini. Album ini memuatkan 7 buah lagu seperti Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan juga Hanya Sebentar.

Kandungan Lagu[sunting | sunting sumber]

Muka Satu
No. TajukPenulis Masa
1. "Bintang Syurga"     
2. "Logika"     
3. "Tersenyum"     
4. "Teka-Teki"     
5. "Titi Rahsia"     
6. "Selamat Tinggal Cinta"     
7. "Hanya Sebentar"     

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]