Alecia Testarossa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alecia Testarossa
Watak Magical Girl Lyrical Nanoha
Kemunculan pertama

Nanoha Episode 12 +
Nanoha The MOVIE 1st
Disuarakan oleh

Nana Mizuki (Japanese/Bahasa Jepun)
Jennifer Alyx (English/Bahasa Inggeris)
Profil
Home world / Dunia Asal

Garden of Time / Taman Waktu
Affiliations

Precia Testarossa
Informasi
Magic system / sistem magis

Sistem Mid Childa
Familiar / penjaga

Linith Testarossa
Intelligent Device / senjata

Bardiche Assault / Bardiche Zanber

Alecia Testarossa @ (アリシア テスタロッサ Arishia Tesutarossa) ialah watak fiksyen dalam siri animasi Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Alecia ialah seorang kanak kanak dari Garden Of Time @ Taman Waktu, yang hidup bahagia bersama ibunya, Precia Testarossa. Alecia mempunyai seekor Familiar @ haiwan penjaga yang boleh menjelma sebagai manusia, bernama Linith Testarossa. Pada musim kedua, Alecia muncul dalam mimpi Fate testarossa yang seiras dengannya. Seperti Fate, Alecia juga disuarakan oleh Nana Mizuki.

Alecia di musim pertama[sunting | sunting sumber]

Alecia ialah anak kandung Precia Testarossa. Mereka hidup bahagia sehingga Alecia meninggal dunia pada usia lima tahun, berpunca daripada letupan bom di tempat siasatan ibunya. Precia amat sibuk dengan tugasnya sebagai Alchemist @ Ahli Kimia. Kadangkala, Precia terpaksa mengabaikan Alecia kerana terpaksa menyiapkan projeknya, menyebabkan Alecia amat kesunyian. Kematian Alecia yang tragis menyebabkan Precia yang tidak dapat menerima kenyataan dan telah menjadi gila. Precia mengawet tubuh Alecia dalam balang kaca dan mengabdikan hidupnya untuk mendapatkan Jewel Seed, yang boleh membawanya ke Al Hazard, iaitu sebuah tempat legenda yang dapat membangkitkan kembali Alecia.

Precia menggunakan DNA Alecia untuk mencipta klon yang disebut sebagai Projek Fate untuk mengumpul Jewel Seed. Fate testarossa telah diterapkan dengan memori Alecia. Oleh itu, Fate mengganggap Precia sebagai ibu kandungnya. Fate telah disalahgunakan untuk kepentingan Precia. Fate diseksa sekiranya gagal mengumpulkan Jewel Seed. Namun, Fate tetap setia dan sayang akan ibunya. Pada episod akhir musim pertama, Fate dikejutkan dengan kewujudan Alecia di dalam balang kaca. Detik itu, Fate telah tahu, akan hal yang sebenarnya. Oleh itu, Fate memutuskan untuk memulakan hidup baru. Alecia merupakan Mage @ Ahli sihir yang berada di tahap average @ sederhana, berbanding Fate yang berada di tahap S+ ranked yang tinggi.

Alecia di musim kedua[sunting | sunting sumber]

Kenangan silam Fate terusik kembali apabila Book Of Darkness @ Buku Kezaliman memerangkap Fate dan membuka mimpi silam. Alecia, Linith, Arf dan Precia hidup bahagia dalam mimpi itu. Fate bagaikan tidak percaya apa yang dialaminya. Kebahagiaan yang layak diterimanya dahulu, berlaku di hadapan matanya. Alecia hidup dan bahagia di samping keluarga Testarossa. Namun, Fate sedar bahawa itu semua hanyalah mimpi. Fate memutuskan untuk kembali ke dunia asal, dan Alecia menyerahkan Bardiche kepada Fate. Fate memecahkan penghadang Book Of Darkness dengan menggunakan form Sprite Zanber. Alecia tidak muncul di musim ketiga, dan hanya gambarnya sahaja masih disimpan oleh Fate.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris