Alejandro González Iñárritu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alejandro González Iñárritu
Iñárritu pada tahun 2014
Kelahiran (1963-08-15) 15 Ogos 1963 (umur 60)
Nama lainAlejandro G. Iñárritu
PekerjaanPengarah filem, penulis skrip, penerbit filem, komposer
Tahun aktif1984–sekarang
PasanganMaria Eladia Hagerman
Anak-anak3

Alejandro González Iñárritu (Sebutan Sepanyol: [aleˈxandɾo gonˈsales iˈɲaritu]; dikredit sejak tahun 2014 sebagai Alejandro G. Iñárritu; lahir Ogos 15, 1963) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem dan bekas komposer Mexico. Enam filem beliau—Amores perros (2000), 21 Grams (2003), Babel (2006), Biutiful (2010), Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) (2014) dan The Revenant (2015) menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah. Iñárritu memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik Terbaik dan Filem Terbaik untuk filem Birdman. Pada tahun 2016, beliau memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk The Revenant di Anugerah Akademi ke-88.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Iñárritu memulakan kerjaya beliau pada tahun 1984 sebagai seorang pengacara radio di WFM. Beliau kemudiannya menjadi penerbit termuda untuk Televisa. Dari tahun 1987 sehingga 1989, beliau mencipta muzik untuk enam filem Mexico. Semasa tempoh ini, Iñárritu mengenali penulis Mexico, Guillermo Arriaga sekaligus memulakan kerjasama penulisan skrip.

Pada awal era 1990an, Iñárritu mencipta Z films, sebuah syarikat produksi bersama Raul Olvera di Mexico.[1] Di bawah Z Films, beliau mula menulis, menerbit dan mengarah filem pendek serta iklan. Pada tahun 1995, Iñárritu menulis dan mengarah rancangan TV pertamanya untuk Z Films, bertajuk Detras del dinero atau Behind the Money, dibintangi Miguel Bosé.[1] Z Films kemudiannya menjadi salah satu syarikat produksi filem terbesar di Mexico.

2000–2006: Amores perros, 21 Grams, Babel[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Iñárritu mengarah filem pertamanya, Amores perros, menulis skrip bersama Guillermo Arriaga. Pada tahun 2000, Amores perros ditayangkan di Festival Filem Cannes dan memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik.[2] Ia merupakan penampilan filem sulung untuk pelakon, Gael García Bernal yang kemudiannya muncul dalam Babel dan Rudo y Cursi. Amores perros dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.[3]

Selepas kejayaan Amores Perros, Iñárritu mengarah filem keduanya, 21 Grams (2003). Filem ini dibintangi Benicio del Toro, Naomi Watts dan Sean Penn. Di Anugerah Akademi ke-76, Del Toro dan Watts menerima pencalonan untuk lakonan mereka.[4]

Iñárritu mengarah filem ketiganya, Babel (2006), menulis skrip bersama Arriaga.[5][6] Filem ini dibintangi Brad Pitt, Cate Blanchett, Adriana Barraza, Gael Garcia Bernal, Rinko Kikuchi dan Kōji Yakusho.[7] Filem ini bertanding di Festival Filem Cannes 2006 dimana Iñárritu menerima Anugerah Pengarah Terbaik (Prix de la mise en scène),[8] menjadikan beliau pengarah kelahiran Mexico pertama untuk memenangi anugerah ini.[9]

Babel menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-79 termasuk untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Komposer filem ini, Gustavo Santaolalla, memenangi kategori Muzik Asal Terbaik.[10] Filem ini memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Filem Terbaik – Drama pada tahun 2007.[11] Iñárritu menjadi pengarah Mexico pertama untuk dicalonkan Anugerah Akademi bagi kategori Pengarah Terbaik.[12][13]

2010–2014: Biutiful, Birdman[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Iñárritu mengarah dan menerbit Biutiful, dibintangi Javier Bardem, ditulis oleh Iñárritu, Armando Bó, Jr. dan Nicolás Giacobone.[14] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Cannes pada bulan Mei 2010.[15] Bardem memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (berkongsi bersama Elio Germano untuk filem La nostra vita) di Cannes.[16] Filem ini dicalonkan di Anugerah Golden Globe 2011 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dan di Anugerah BAFTA bagi kategori Filem Terbaik bukan dalam Bahasa Inggeris dan Pelakon Lelaki Terbaik.[17][18]

Pada tahun 2014, Iñárritu mengarah, menerbit dan menulis filem komedi pertamanya, Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dibintangi Michael Keaton, Edward Norton, Emma Stone, Naomi Watts, Zach Galifianakis dan Andrea Riseborough. Filem ini dan Iñárritu memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Skrip Terbaik serta Anugerah Akademi bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Skrip Asal Terbaik.[19][20]

2015–sekarang: The Revenant[sunting | sunting sumber]

Filem Iñárritu seterusnya sebagai seorang pengarah adalah The Revenant, dimana beliau dan Mark L. Smith mengadaptasi dari novel Michael Punke dengan nama yang sama.[21][22] Filem ini dibintangi Leonardo DiCaprio, Tom Hardy, Domhnall Gleeson dan Will Poulter.[23] Filem ini menerima ulasan positif[24] dan dicalonkan untuk 12 Anugerah Akademi termasuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.[25] Ia juga dicalonkan untuk empat Anugerah Golden Globe, memenangi tiga[26] dan menerima sembilan pencalonan Anugerah Filem Pilihan Pengkritik.[27]

Filem pendek dan iklan[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 2001 sehingga 2011, Iñárritu mengarah beberapa filem pendek. Pada tahun 2001, beliau mengarah segmen filem 11 minit untuk 11'09"01 September 11. Pada tahun 2007, beliau mengarahkan ANNA, sebahagian daripada filem antologi Perancis, Chacun son cinéma yang ditayangkan di Festival Filem Cannes 2007. Pada tahun 2012, Iñárritu mengarahkan filem pendek, Naran Ja: One Act Orange Dance[28]

Pada tahun 2002, Iñárritu mengarahkan "Powder Keg", sebuah episod untuk siri filem pendek BMW, The Hire, dibintangi Clive Owen dan Stellan Skarsgård. Pada tahun 2010, Alejandro G. Iñárritu mengarahkan "Write the Future", sebuah iklan bertemakan bola sepak untuk Nike menjelang Piala Dunia FIFA 2010.[29] Pada tahun 2012, beliau mengarahkan komersial Procter & Gamble "Best Job" untuk pembukaan Sukan Olimpik 2012.

Pada Oktober 4, 2012, Facebook mengeluarkan filem arahan Iñárritu bertajuk "The Things That Connect Us" untuk meraikan pencapaian laman sosial itu yang mencapai satu bilion pengguna.[30]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Pengarah Penerbit Penulis Nota
1996 El Timbre Ya Filem pendek
2000 Amores perros Ya Ya Ya
2001 Powder Keg Ya Tidak Ya Filem pendek; siri The Hire untuk BMW
2002 Mexico Ya Filem pendek; 11'09"01 September 11
2003 21 Grams Ya Ya Ya
2006 Babel Ya Ya Ya
2007 ANNA Ya Filem pendek; Chacun son cinema
2008 Rudo y Cursi Tidak Ya Tidak
2010 Biutiful Ya Ya Ya
2012 Naran Ja Ya Filem pendek[31]
2014 Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) Ya Ya Ya
2015 The Revenant Ya Ya Ya

Anugerah utama[sunting | sunting sumber]

Pencalonan dan anugerah
Anugerah
Menang
Pencalonan
Akademi
4 9
BAFTA
3 9
AACTA
3 3
Golden Globe
3 8
DGA
3 4
PGA
1 3
Independent Spirit
2 4
Tahun Filem Kategori Keputusan
Anugerah AACTA
2015 Birdman Filem Terbaik Menang
Arahan Terbaik Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Anugerah Akademi
2000 Amores perros Filem Bahasa Asing Terbaik Tercalon
2006 Babel Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
2010 Biutiful Filem Bahasa Asing Terbaik Tercalon
2015 Birdman Filem Terbaik Menang
Pengarah Terbaik Menang
Lakon Layar Asal Terbaik Menang
2016 The Revenant Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Menang
Institut Filem Amerika
2000 Amores perros Anugerah Penonton Festival AFI – Filem Terbaik Menang
2015 Birdman Filem Tahunan Menang
Anugerah BAFTA
2000 Amores perros Filem Terbaik bukan dalam Bahasa Inggeris Menang
2006 Babel Filem Terbaik Tercalon
Arahan Terbaik Tercalon
2010 Biutiful Filem Terbaik bukan dalam Bahasa Inggeris Tercalon
2015 Birdman Filem Terbaik Tercalon
Arahan Terbaik Tercalon
Lakon Layar Asal Terbaik Tercalon
2016 The Revenant Filem Terbaik Menang
Arahan Terbaik Menang
Anugerah Directors Guild of America
2006 Babel Arahan Luar Biasa – Filem Tercalon
2012 Best Job Pencapaian Arahan Luar Biasa dalam Komersial Menang
2015 Birdman Arahan Luar Biasa – Filem Menang
2016 The Revenant Arahan Luar Biasa – Filem Menang
Anugerah Golden Globe
2000 Amores perros Filem Bahasa Asing Terbaik Tercalon
2006 Babel Pengarah Terbaik Tercalon
2010 Biutiful Filem Bahasa Asing Terbaik Tercalon
2015 Birdman Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik Menang
2016 The Revenant Filem Terbaik – Drama Menang
Pengarah Terbaik Menang
Anugerah Independent Spirit
2000 Amores perros Filem Asing Terbaik Tercalon
2003 21 Grams Anugerah Kecemerlangan Khas Menang
2015 Birdman Filem Terbaik Menang
Pengarah Terbaik Tercalon
National Board of Review
2000 Amores perros Filem Bahasa Asing Terbaik Menang
Filem Bahasa Asing 5 Teratas Menang
2003 21 Grams Filem 10 Teratas Menang
2006 Babel Filem 10 Teratas Menang
2015 Birdman Filem 10 Teratas Menang
Anugerah Producers Guild of America
2006 Babel Penerbit Luar Biasa Filem Teater Tercalon
2015 Birdman Penerbit Luar Biasa Filem Teater Menang
2016 The Revenant Penerbit Luar Biasa Filem Teater Tercalon
Anugerah Satelit
2015 Birdman Filem Terbaik Menang
Pengarah Terbaik Tercalon
Lakon Layar Asal Terbaik Tercalon
2016 The Revenant Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
Lakon Layar Adaptasi Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Alejandro González Iñárritu y sus emblemáticos 3 Premios Oscar". CinePremiere.com.mx. February 26, 2015. Dicapai pada March 8, 2015.
  2. ^ "Cannes Prospects: 'Foxcatcher,' Inarritu's 'Birdman' Likely Headed to the Croisette". Variety. March 26, 2014. Dicapai pada October 21, 2015.
  3. ^ "THE 73RD ACADEMY AWARDS - 2001". Oscars.org. Dicapai pada 19 March 2015.
  4. ^ "Oscars 2004: The winners". BBC Online. March 1, 2004. Dicapai pada March 8, 2015.
  5. ^ Foundas, Scott (August 27, 2014). "Interview: 'Birdman' Director Alejandro Gonzalez Inarritu on His First Comedy". Variety. Dicapai pada July 19, 2015.
  6. ^ "Who Is Alejandro González Iñárritu? 5 Fast Facts About The 'Birdman' Director After Academy Award Win". International Business Times. February 23, 2015. Dicapai pada October 27, 2015.
  7. ^ "Iñárritu's Babel To Be Honored By 18th Annual Palm Springs International Film Festival Awards Gala". Palm Springs International Film Festival. November 30, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada March 8, 2015.
  8. ^ "Alejandro González Iñárritu to Receive Sundance Institute's Vanguard Leadership Award". Indiewire. January 14, 2015. Dicapai pada March 8, 2015.
  9. ^ "Alejandro Gonzalez Inarritu to Receive Sundance Institute's Vanguard Leadership Award". The Hollywood Reporter. January 14, 2015. Dicapai pada March 5, 2015.
  10. ^ "Film Composer Gustavo Santaolalla's Oscar-Worthy Music Studio". Variety. June 28, 2013. Dicapai pada March 8, 2015.
  11. ^ "Babel, Dreamgirls take top Golden Globe Awards". CBC.ca. January 15, 2007. Dicapai pada March 8, 2015.
  12. ^ Mitchell, Elvis (2014). "Alejandro González Iñárritu". Interview. Dicapai pada July 18, 2015.
  13. ^ "BIRDMAN's Alejandro Gonzalez Inarritu Wins Oscar for Best Director". BroadwayWorld.com. February 22, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-15. Dicapai pada October 27, 2015.
  14. ^ A.O. Scott (December 28, 2010). "The Mob Work Is Tough; Then He Has to Go Home". The New York Times. Dicapai pada May 22, 2015.
  15. ^ "Cannes Premiere: Javier Bardem Stars in Alejandro Inarritu's Biutiful". The Huffington Post. May 19, 2010. Dicapai pada March 8, 2015.
  16. ^ "Javier Bardem Wins Best Actor Award at Cannes Film Festival". Latin American Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada March 8, 2015.
  17. ^ "2011 Golden Globe Nominations Announced". Deadline.com. December 14, 2010. Dicapai pada March 8, 2015.
  18. ^ "Baftas nominations 2011: full list". The Guardian. January 18, 2011. Dicapai pada March 8, 2015.
  19. ^ "Golden Globes: 'Birdman's' Alejandro González Inarritu, Nicolas Giacobone, Alexander Dinelaris Jr., and Armando Bo Win for Best Screenplay". The Hollywood Reporter. January 11, 2015. Dicapai pada March 8, 2015.
  20. ^ "Oscars: Alejandro Gonzalez Inarritu Wins Best Director for 'Birdman'". Variety. February 22, 2015. Dicapai pada March 8, 2015.
  21. ^ Fleming Jr., Mike (April 15, 2014). "Leonardo DiCaprio, Alejandro González Iñárritu Commit To September Start For New Regency's 'The Revenant'". Deadline. Dicapai pada July 29, 2014.
  22. ^ "Leonardo DiCaprio will make his return in The Revenant". The Guardian. Dicapai pada June 27, 2014.
  23. ^ "Leonardo DiCaprio's Survival Drama 'The Revenant' Attracts Megan Ellison's Annapurna". Variety. July 11, 2014. Dicapai pada January 20, 2016.
  24. ^ "The Revenant". Metacritic. Dicapai pada December 28, 2015.
  25. ^ "Oscar Nominations: The Complete List". The Hollywood Reporter. January 14, 2016. Dicapai pada January 29, 2016.
  26. ^ "The Revenant Wins Best Dramatic Film at the Golden Globes". The New York Times. January 10, 2016. Dicapai pada January 11, 2016.
  27. ^ "Critics' Choice Award Nominations Led by 'Mad Max,' 'Fargo'". Variety. December 14, 2015. Dicapai pada December 14, 2015.
  28. ^ "Watch: 'Trash Humpers'-Esque Experimental Dance Short Film 'Naran Ja' Directed By Alejandro González Iñárritu". Indiewire. October 26, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada March 8, 2015.
  29. ^ "ANATOMY OF A CANNES WINNER: NIKE "WRITE THE FUTURE"". Fast Company. June 28, 2011. Dicapai pada March 8, 2015.
  30. ^ "Facebook runs first ad as it reaches 1 billion users". Creative Review. October 4, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-06. Dicapai pada January 6, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ Naran Ja. YouTube.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]