Alex Meret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alex Meret
Meret FC Salzburg versus SSC Napoli.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhAlex Meret
Tarikh lahir (1997-03-22) 22 Mac 1997 (umur 22)
Tempat lahirUdine, Itali[1]
Ketinggian1.93 m[2]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor1
Kerjaya remaja
2007–2012Donatello Calcio[3]
2012–2015Udinese
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2015–2018Udinese0(0)
2016–2018SPAL (pinjam)43(0)
2018–Napoli17(0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013Itali B164(0)
2013–2014Itali B1713(0)
2014Itali B182(0)
2014–2016Itali B1919(0)
2018–Itali B215(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 08:32, 18 September 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Jun 2019

Alex Meret (sebutan bahasa Itali: [ˈaleks meˈret]; lahir 22 Mac 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Napoli.

Meret telah memulakan kariernya pada usia yang muda bersama kelab amatur Donatello Calcio sebelum berpindah ke akademi Udinese pada tahun 2012. Beliau akhirnya diberi peluang melakukan penampilan sulung untuk pasukan senior pada tahun 2015. Beliau seterusnya dipinjam ke SPAL dan membantu pasukannya merangkul kejuaraan Serie B pada tahun 2017. Beliau kemudiannya berpindah ke Napoli pada tahun 2018.

Meret telah mewakili pasukan kebangsaan Itali sejak dari peringkat bawah-16 tahun. Beliau turut mewakili pasukan tanah airnya di peringkat bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Bahkan, beliau turut pernah dipanggil oleh pasukan senior Itali untuk menghadapi beberapa perlawanan antarabangsa.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Seorang ubi daripada akademi Udinese, Meret telah ditawarkan ke pasukan senior dengan menjadi penjaga gol kedua pasukan di belakang Orestis Karnezis semasa musim 2015–16. Beliau telah melakukan penampilan sulungnya pada 2 Disember 2015 dalam perlawanan Coppa Italia menentang Atalanta.[4]

Pada Julai 2016, Meret telah berpindah ke kelab Serie B, SPAL secara pinjaman.[5] Beliau seterusnya kembali semula ke SPAL untuk tempoh pinjaman kali kedua bagi menghadapi musim 2017–18.[6]

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2018, Meret berpindah ke Napoli dan menandatangani kontrak bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2023. Rundingan perpindahan yang telah disetujui oleh Udinese dilaporkan bernilai €35 juta.[7][8] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Eropah pada 14 Februari 2019 ketika perlawanan pertama pusingan ke-32 Liga Europa menentang FC Zürich.[9][10]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Meret merupakan tonggak utama bagi pasukan bawah-19 Itali yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2016. Beliau telah diletakkan ke dalam Pasukan Terbaik Kejohanan.[11][12]

Pada Mac 2017, selepas mempamerkan aksi yang cemerlang bersama SPAL di Serie B, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Albania dan perlawanan persahabatan menentang Belanda.[13]

Pada 22 Mac 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali menentang Norway dalam satu perlawanan persahabatan.[14] Beliau telah mewakili pasukan itu ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2019[15] sebagai penjaga gol Itali yang utama.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 September 2019[16][17]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Udinese 2015–16 0 0 2 0 2 0
Itali S.P.A.L. 2016–17 30 0 2 0 32 0
2017–18 13 0 0 0 13 0
Jumlah 43 0 2 0 45 0
Itali Napoli 2018–19 14 0 1 0 6 0 21 0
2019–20 3 0 0 0 1 0 4 0
Jumlah 17 0 1 0 7 0 25 0
Jumlah kerjaya 60 0 5 0 7 0 72 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

S.P.A.L

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La Juventus segue da vicino Alex Meret: sarà lui l'erede di Buffon?" (dalam bahasa Italian). Eurosport. Dicapai 10 March 2017. 
  2. ^ "player summary:alex meret" (dalam bahasa English). Worldfootball. Dicapai 10 March 2017. 
  3. ^ "Alex Meret(In Italian)". calcionapoli24. Dicapai 6 March 2017. 
  4. ^ "Udinese vs. Atalanta - 2 December 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai 2015-06-01. 
  5. ^ Stefano Manfredini (6 July 2016). "Meret loaned to Spal" (dalam bahasa Italian). Il Resto del Carlino. Dicapai 22 March 2017. 
  6. ^ "Meret return to Ferrara". goal.com. 1 August 2017. Dicapai 1 August 2017. 
  7. ^ Gladwell, Ben (5 July 2018). "Napoli sign Fabian Ruiz from Real Betis and Alex Meret from Udinese". ESPN FC. Dicapai 5 July 2018. 
  8. ^ "Meret arrives for Napoli". Football Italia. Dicapai 5 July 2018. 
  9. ^ "EL: Napoli dominate in Zurich". Football Italia. 14 February 2019. Dicapai 15 February 2019. 
  10. ^ Nicita, Maurizio (15 February 2019). "Napoli, Meret: parate europee. Un debutto che vale oro" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai 15 February 2019. 
  11. ^ "France cruise past Italy to win European Under-19 final". ESPN. Dicapai 24 July 2016. 
  12. ^ "The UEFA technical team Team of the Tournament". UEFA.com. Dicapai 29 June 2018. 
  13. ^ "Italy: New faces for Albania and Holland". Football Italia. 18 March 2017. Dicapai 29 June 2018. 
  14. ^ "A piece of magic from Vido as Norway friendly ends 1-1". Federazione Italiana Giuoco Calcio. Diarkibkan daripada asal pada 24 July 2018. Dicapai 29 June 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  15. ^ https://www.figc.it/it/nazionali/news/nazionale-under-21-parte-avventura-europea-di-biagio-ufficializza-la-lista-dei-23-azzurrini/
  16. ^ "Alex Meret » Club matches". worldfootball.net. Dicapai 29 June 2018. 
  17. ^ "A. Meret". Soccerway. Dicapai 15 February 2019. 
  18. ^ "SPAL promoted to Serie A". Football Italia (dalam bahasa Inggeris). 13 May 2017. Dicapai 25 March 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]