Alex Strangelove

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alex Strangelove
PengarahCraig Johnson
PenulisCraig Johnson
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHilary Spera
Disunting olehJennifer Lee
Muzik olehNathan Larson
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
  • 14 April 2018 (2018-04-14) (SFF)
  • 8 Jun 2018 (2018-06-08) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
99 minit
NegaraAS
BahasaEnglish

Alex Strangelove merupakan sebuah filem komedi Amerika Syarikat tahun 2018 yang ditulis dan diarahkan oleh Craig Johnson serta dibintangi oleh Daniel Doheny, Antonio Marziale dan Madeline Weinstein.

Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa San Francisco pada 14 April 2018. Ia telah ditayangkan menerusi Netflix 8 Jun 2018.

Plot[sunting | sunting sumber]

Alex Truelove merupakan seorang pelajar sekolah tinggi yang telah lama bersahabat dengan Claire. Mereka mula berpacaran selepas mengetahui ibu Claire menjalani ujian kanser apabila mereka berciuman. Selepas lapan bulan, mereka masih tidak mengadakan hubungan seks bersama dan Alex sering menolak. Mereka akhirnya merancang untuk menempah sebuah bilik hotel. Alex kemdiannya bertemu dengan Elliott, seorang remaja lelaki gay, dan mula mempunyai perasaan terhadap Elliott. Alex mempersoalkan seksualitinya.

Alex mengakui kepada Claire bahawa dia mempunyai perasaan terhadap seseorang. Alex mengelak dari Elliott dan pergi ke parti di mana dia mabuk serta akhirnya meniduri seorang gadis yang baru dikenali. Claire menangkap mereka berdua dan Alex melela berkecenderungan gay. Mereka membuat keputusan untuk ke majlis prom bersama-sama. Di majlis prom, Claire memberitahu dia menjemput Elliott untuk menjadi teman prom Alex.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2016, Craig Johnson diumumkan untuk menulis dan mengarahkan filem ini dengan Jared Goldman, Ben Stiller dan Nicholas Weinstock bertindak sebagai penerbit, di bawah Red Hour Films. STX Entertainment pula sebagai pengedar.[1] Pada April 2017, Netflix memperoleh filem tersebut dengan STX Entertainment masih dalam pembikinan filem ini.[2][3] That same month, Daniel Doheny joined the cast of the film.[4] Pada Jun 2017, Nik Dodani dan Antonio Marziale dipilih menjadi pelakon filem ini.[5][6]

Pengambaran[sunting | sunting sumber]

Pengambaran filem bermula pada Mei 2017.[7]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah mula ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa San Francisco pada 14 April 2018[8] sebelum ia disiarkan menerusi [Netflix]] pada 8 Jun 2018.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McNary, Dave (May 9, 2016). "STX Partners With Ben Stiller for 'Alex Strangelove' Comedy". Variety. Dicapai pada April 17, 2018.
  2. ^ Kroll, Justin (April 13, 2017). "Netflix Lands 'Alex Strangelove' From 'Wilson' Director Craig Johnson (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada April 17, 2018.
  3. ^ Uhlich, Keith (May 2, 2018). "'Alex Strangelove' Film Review". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 8, 2018.
  4. ^ Kroll, Justin (April 20, 2017). "'Alex Strangelove' to Star Newcomer Daniel Doheny (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada April 17, 2018.
  5. ^ N'Duka, Amanda (June 15, 2017). "Caitlin Mehner Joins 'Best Of Enemies'; Priyanka Bose Cast In 'Mortal'; Nik Dodani Boards 'Alex Strangelove'". Deadline Hollywood. Dicapai pada April 17, 2018.
  6. ^ N'Duka, Amanda (June 27, 2017). "Hannah Emily Anderson & Brittany Allen To Star In 'What Keeps You Alive'; Antonio Marziale Cast In 'Alex Strangelove'". Deadline Hollywood. Dicapai pada April 17, 2018.
  7. ^ Miller, Carly (June 16, 2017). "'Alex Strangelove' Filming In Ditmas Park This Week". Bklyner.com. Dicapai pada April 17, 2018.
  8. ^ "Alex Strangelove". San Francisco International Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada April 17, 2018.
  9. ^ Tracer, Dan (April 10, 2018). "Netfliz has another super gay announcement". Queerty.com. Dicapai pada April 17, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Alex Strangelove di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)