Alexandre Dumas (anak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alexandre Dumas fils
Alexandre Dumas fils pada usia tuanya.
Info kelahiranAlexandre Dumas
(1824-07-27)27 Julai 1824
Paris, Perancis
Kematian27 November 1895(1895-11-27) (umur 71)
Marly-le-Roi, Yvelines, Perancis
PekerjaanPenulis novel, penulis teater
TempohRomantisisme
GenreNovel sejarah, novel romantik

Alexandre Dumas fils (27 Julai 1824 – 27 November 1895) merupakan seorang penulis dan pengarah pementasan kelahiran Perancis, Beliau dikenali atas karya utamanya, La Dame aux Camélias, sebuah novel romantik tahun 1848 yang diadaptasikan oleh Giuseppe Verdi dalam bentuk opera menjadi La traviata.

Beliau merupakan anak kepada Alexandre Dumas, seorang penulis tersohor Perancis; maka gelaran fils ("anak lelaki" dalam bahasa Perancis) sering diapit pada nama beliau untuk membezakan dengan ayahnya (yang kadangkalanya diberi jolokan Alexandre Dumas père - 'si ayah').

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau anak luar nikah kepada Alexandre Dumas dan seorang tukang jahit bernama Catherine Laure Labay (1793-1868); datuknyaThomas-Alexandre Dumas merupakan seorang berdarah kacukan hamba abdi dari Haiti yang berkhidmat sebagai seorang jeneral dalam Tentera Darat Perancis ketika Revolusi Perancis tercetus.[1] Pada usia 7 tahun, Alexandre père mengiktiraf kelahirannya secara rasmi di mana keadaan tersebut membolehkannya mendapatkan pendidikan terbaik untuk anaknya - Alexandre fils dihantar ke Institution Goubaux dan Collège Bourbon.

Beliau sering diejek kerana status kelahirannya sepanjang pendidikannya di sekolah-sekolah asrama itu, keadaan tersebut sungguh mempengaruhi pemikiran dan penulisannya serta tema yang dibawa dalam sasteranya.

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1844, Dumas berpindah ke Saint-Germain-en-Laye, berdekatan Paris, untuk hidup bersama ayahnya. Di sana, beliau berkenalan dengan seorang gadis sunti bernama Marie Duplessis. Hubungan yang dijalin antara mereka menjadi inspirasi kepada novel La Dame aux camélias. Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi suatu pementasan bertajuk Camille,and became the basis for Verdi's 1853 opera, La traviata, Duplessis undergoing yet another name change, this time to Violetta Valéry.

Beliau dimasukkan sebagai seorang anggota dalam Académie française pada tahun 1874.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 27 hari bulan November 1895 di Marly-le-Roi, Yvelines' mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Montmartre di Paris.

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Aventures de quatre femmes et d’un perroquet (1847)
  • Césarine (1848)
  • La Dame aux camélias (1848)
  • Le Docteur Servan (1849)
  • Antonine (1849)
  • Le Roman d’une femme (1849)
  • Les Quatre Restaurations. - siri novel cereka sejarah dalam akhbar La Gazette de France dari tahun-tahun 1849 sehingga 1851
    • Tristan le Roux
    • Henri de Navarre
    • Les Deux Frondes
  • Tristan le Roux (1850)
  • Trois Hommes forts (1850)
  • Diane de Lys (1851)
  • Le Régent Mustel (1852)
  • Contes et Nouvelles (1853)
  • La Dame aux perles (1854)
  • L'Affaire Clemenceau, Mémoire de l'accusé (1866)

Karangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reiss, Tom (2012). The Black Count: Glory, Revolution, Betrayal, and the Real Count of Monte Cristo. New York: Crown Publishers. m/s. 190–204. ISBN 978-0307382467. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]