Alfred Nobel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Alfred Bernhard Nobel)
Alfred Nobel
Kelahiran
Alfred Bernhard Nobel

(1833-10-21)21 Oktober 1833
Meninggal dunia10 Disember 1896(1896-12-10) (umur 63)
DikebumikanNorra begravningsplatsen, Stockholm
59°21′24.52″N 18°1′9.43″E / 59.3568111°N 18.0192861°E / 59.3568111; 18.0192861Koordinat: 59°21′24.52″N 18°1′9.43″E / 59.3568111°N 18.0192861°E / 59.3568111; 18.0192861
PekerjaanAhli kimia, jurutera, inovator, pembuat senjata dan pencipta dinamit

Alfred Bernhard Nobel Mengenai audio inidengarkan  (21 Oktober 1833 – 10 Disember 1896) ialah seorang ahli kimia, jurutera, pereka baru, pembuat senjata Sweden dan juga pencipta bahan letupan dinamit. Beliau pernah memiliki Bofors, sebuah pengilang senjata utama yang ditukarkan beliau dari peranan terdahulunya sebagai kilang besi dan keluli. Dalam wasiat terakhirnya, beliau menghabiskan harta bendanya untuk menubuhkan Hadiah Nobel. Unsur sintetik "nobelium" dinamakan sempena beliau.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nobel ialah anak lelaki ketiga kepada Immanuel Nobel (1801-1872) dan Andriette Ahlsell Nobel (1805-1889). Beliau lahir di bandar Stockholm pada 21 Oktober 1833. Beliau berpindah ke kota Saint Petersburg bersama keluarganya pada tahun 1842, di mana bapanya (iaitu pencipta papan lapis moden) membuka kilang periuk api laut. Alfred mengkaji bidang kimia bersama Profesor Nikolay Nikolaevich Zinin. Pada tahun 1859, kilang bapanya diturunkan kepada anak kedua, Ludvig Nobel (1831-1888), yang seterusnya meluaskan perniagaan itu. Setelah perniagaan itu muflis, Alfred kembali ke Sweden bersama bapanya, dan menghabiskan masanya mengkaji bahan letupan, khususnya mencari pengilangan dan kegunaan nitrogliserin secara selamat (yang ditemui pada tahun 1847 oleh Ascanio Sobrero, salah seorang rakan sekelasnya di Théophile-Jules Pelouze di Universiti Torino). Di kilang milik keluarga Nobel di Heleneborg berlakunya beberapa insiden letupan; salah satunya meragut nyawa adik lelaki Alfred iaitu Emil bersama beberapa orang buruh pada tahun 1864.

Asas-asas Hadiah Nobel disediakan pada tahun 1895 ketika Alfred Nobel mengarang wasiat terakhirnya, yang memperuntukkan kebanyakan hartanya kepada penubuhan Hadiah-hadiah tersebut. Semenjak tahun 1901, anugerah ini telah memberi penghargaan kepada ramai tokoh atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang fizik, kimia, perubatan, kesusasteraan, dan usaha damai.

Meskipun Nobel tidak pernah berkahwin sekalipun, namun pengarang-pengarang biografinya pernah menyebut beliau pernah bercinta dengan sekurang-kurangnya tiga orang wanita. Cinta pertama Nobel berputik di Rusia dengan gadis bernama Alexandra yang menolak lamarannya. Pada tahun 1876, Bertha Kinsky menjadi setiausaha Alfred Nobel tetapi dia cepat meninggalkan untuk mengahwini seorang kenalan lama bernama Baron Arthur Gundaccar von Suttner. Begitupun singkat hubungannya dengan Alfred Nobel, mereka tetap saling surat-menyurat sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1896, lebih-lebih lagi dipercayai bahawa dialah yang banyak mempengaruhi beliau menyertakan hadiah keamanan di kalangan hadiah-hadiah ini dalam wasiatnya. Bertha von Suttner dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel 1905 'kerana usaha-usaha damainya yang tulus ikhlas'.

Cinta ketiga Nobel pula lebih berpanjangan dengan seorang gadis bunga bernama Sofie Hess dari Vienna. Hubungan ini bertahan selama 18 tahun dan dalam kebanyakan surat yang saling dihantar mereka, Nobel memanggil temannya 'Madame Sofie Nobel'. Selepas kematian beliau, menurut penulis biografinya lagi - Evlanoff dan Flour, dan Fant - surat-surat Nobel dikunci dalam bangunan Institut Nobel di Stockholm dan dijadikan rahsia yang disimpan paling lama ketika itu. Pada tahun 1955 barulah surat-surat tersebut didedahkan, disertakan dengan data-data biografi Nobel.

Sri Kantha pernah menyatakan bahawa 'satu sifat keperibadian Nobel yang membantu beliau mengasah kreativitinya termasuklah kebolehan mencapai maklumat melalui kefasihan berbilang bahasa. Meskipun tidak menerima pendidikan menengah dan tinggi secara formal, namun Nobel petah berbahasa Sweden, Perancis, Rusia, Inggeris, Jerman dan Itali. Beliau juga mengembangkan kemahiran bertulisnya untuk mengarang puisi berbahasa Inggeris.' Prosa pementasan tragedi Nemesis karya beliau yang mengisahkah Beatrice Cenci, yang menerima sedikit ilham dari The Cenci karya Percy Bysshe Shelley, dicetak sewaktu beliau menghampiri ajalnya. Seluruh bekalan cetakan karya itu dimusnahkan serta-merta selepas pemergian beliau kecuali tiga salinan, kerana didapati bersifat melampau dan kufur. Edisi terawal yang masih ada (versi dwibahasa Sweden-Esperanto) diterbitkan di Sweden pada tahun 2003. Pementasan ini telah diterjemah ke bahasa Slovenia melalui versi bahasa Esperantonya.


Dinamit[sunting | sunting sumber]

Nobel mendapati bahawa nitrogliserin menjadi lebih selamat dan mudah dibawa apabila dimasukkan dalam bahan lengai penyerap seperti kieselguhr (tanah berdiatom), dan campuran inilah yang dipatenkannya pada tahun 1867 sebagai dinamit. Nobel mendemonstrasi letupan ciptaannya buat julung kalinya pada tahun yang sama, di sebuah kuari di Redhill, Surrey, England.

Kemudian, Nobel menggabungkan nitrogliserin dengan sejenis bahan letupan yang lain, iaitu nitroselolusa, dan menghasilkan suatu bahan berupa jeli lutsinar yang jauh lebih kuat berbanding dinamit, bernama gelignit atau "gelatin meledak," lalu dipatenkan pada tahun 1876, disusuli banyak lagi gabungan seumpamanya, diubahsuai dengan penambahan kalium nitrat dan banyak lagi bahan lain.

Hadiah Nobel[sunting | sunting sumber]

Topeng maut Alfred Nobel di kediamannya Bjorkborn di Karlskoga, Sweden.
Tugu Alfred Bernhard Nobel di Wagga Wagga, Australia

Pada tahun 1888, sebuah akhbar Perancis menerbitkan suatu "belasungkawa awal" bertajuk Le marchand de la mort est mort ("Saudagar maut sudah mati") yang mengutuk rasa cintanya terhadap dinamit yang berkata:

Le Dr Alfred Nobel, qui fit fortune en trouvant le moyen de tuer plus de personnes plus rapidement que jamais auparavant...
("Dr. Alfred Nobel yang menjadi kaya dengan menemui cara-cara membunuh banyak orang dengan lebih cepat berbanding dahulu...")[1]

Kritikan ini dikatakan mempengaruhi azam beliau untuk meninggalkan pusaka yang lebih menyenangkan selepas pemergiannya.[2] Pada 27 November 1895, di Kelab Sweden-Norway di Paris, Nobel menandatangani wasiatnya dan memperuntukkan kebanyakan estetnya kepada pembentukan Hadiah Nobel yang dianugerahkan setiap tahun tanpa mengenal bangsa.

Pada tanggal 10 Disember 1896, Alfred meninggal dunia akibat angin ahmar angin ahmar[3] dalam vila persaraannya di San Remo, Itali menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya.[4][5][6] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Utara di Solna dekat pusat kota Stockholm.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Golden, F.: "The worst and the brightest" Diarkibkan 2020-11-11 di Wayback Machine, TIME, 16 Oktober 2000.
  2. ^ The History Channel, Modern Marvels, episode 038 (originally aired 21 June 1999)
  3. ^ "Alfred Nobel (1833 - 1896) - Find A Grave Memorial". Findagrave.com. Dicapai pada 2010-01-15.
  4. ^ "Si-Facts_FS15b_ENG.bak" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-09-08. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  5. ^ AFP, "Alfred Nobel's last will and testament" Error in Webarchive template: Empty url., The Local(5 Oktober 2009): accessed 14 Januari 2009.
  6. ^ "History - Historic Figures: Alfred Nobel (1833-1896)". BBC. Dicapai pada 15 Januari 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Nobel, Alfred Bernhard di 1911 Encyclopædia Britannica
  • Schück, H, and Sohlman, R., (1929). The Life of Alfred Nobel. London: William Heineman Ltd.
  • Alfred Nobel US Patent No 78,317, tarikh 26 Mei 1868
  • Evlanoff, M. and Fluor, M. Alfred Nobel - The Loneliest Millionaire. Los Angeles, Ward Ritchie Press, 1969.
  • Sohlman, R. The Legacy of Alfred Nobel, transl. Schubert E. London: The Bodley Head, 1983 (Swedish original, Ett Testamente, published in 1950).
  • Fant, K. Alfred Nobel - A Biography, transl. Ruuth M. New York: Arcade Publishing, 1993.
  • Jorpes, J.E. Alfred Nobel. British Medical Journal, Jan.3, 1959, 1(5113): 1-6.
  • Sri Kantha, S. Alfred Nobel's unusual creativity; an analysis. Medical Hypotheses, April 1999; 53(4): 338-344.
  • Sri Kantha, S. Could nitroglycerine poisoning be the cause of Alfred Nobel's anginal pains and premature death? Medical Hypotheses, 1997; 49: 303-306.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]