Alfred Saalwächter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alfred Saalwächter
Generaladmiral Alfred Saalwächter, 1940
Kelahiran(1883-01-10)10 Januari 1883
Neusalz an der Oder
Meninggal dunia6 Disember 1945(1945-12-06) (umur 62)
Moscow
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1901–45
PangkatGeneraladmiral
UnitSMS Moltke
SMS Hertha
SMS Hessen
SMS Friedrich der Grosse
SMS Braunschweig
SMS Gneisenau
ArahanU-25
U-46
U-94
SMS Schlesien
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Alfred Saalwächter (10 Januari 1883 – 6 Disember 1945) adalah seorang komander U-boot Jerman semasa Perang Dunia I dan Laksamana Jeneral (Generaladmiral) semasa Perang Dunia II.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Saalwächter telah dilahirkan di Neusalz an der Oder, Provinsi Silesia, anak kepada seorang pengurus kilang. Beliau memasuki Kaiserliche Marine sebagai seorang Seekadett pada 10 April 1901, dan berlatih di atas kapal korvet SMS Moltke dan kapal kruiser SMS Hertha. Pada 29 September 1904 beliau telah dinaikkan pangkat ke Leutnant zur See.

Saalwächter kemudian bertugas dengan unit Bordkommando, mula-mula dengan 2. Matrosen-Division, kemudian di atas kapal tempur SMS Hessen dengan 2. Werft-Division. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Oberleutnant zur See pada 10 Mac 1906; sehingga tahun 1908, beliau bertugas dengan 2. Torpedo-Division sebagai ajutan ke I. Abteilung. Saalwächter juga bertugas di atas kapal kruiser SMS Gneisenau.

Saalwächter berkhidmat di atas kapal tempur SMS Hannover pada tahun 1910 dan kemudian di atas kapal tempur SMS Westfalen sebagai Flaggleutnant kepada Laksamana Madya Hugo von Pohl, Panglima I. Marine-Geschwader. Saalwächter dinaikkan pangkat ke Kapitänleutnant pada 10 April 1911 dan menyertai admiralti di Berlin. Beliau kekal di admiralti sehingga tahun 1915, dengan jawatan terakhirnya disana sebagai ketua bahagian operasi. Pada tahun 1912 beliau menerima pingat Order of the Red Eagle.

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 1915 semasa Perang Dunia I, Saalwächter menjadi Flaggleutnant di atas kapal tempur SMS Friedrich der Grosse, iaitu kapal pemerintah Armada Laut Lepas. Pada Februari 1916 beliau ditukarkan ke perkhidmatan U-boot. Selepas tamat pengajian dari maktab kapal selam, beliau memerintah kapal selam U-25, U-46, dan U-94 dari September 1916 hingga Mac 1918.[1] Beliau telah dikurniakan pingat Iron Cross Kelas Pertama dan Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern.

Zaman antara perang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1920, Saalwächter telah dinaikkan pangkat Korvettenkapitän dalam Reichsmarine Sementara. Beliau juga bertugas di atas kapal tempur SMS Braunschweig sebagai pegawai admiralti. Selepas mengambil cuti, Saalwächter menyertai Marineleitung di Jabatan Perkhidmatan Anggota pada 17 Mei 1920. Dari 15 Oktober 1923 hingga 31 Mac 1925 beliau bertugas sebagai 1. Asto dalam staf Panglima Tentera Laut. Pada 24 September 1926 beliau mengambil alih pemerintahan kapal kruiser ringan SMS Amazone, dan, setahun kemudian, dengan pangkat Fregattenkapitän bertugas pula di atas kapal tempur SMS Schlesien. Pada 2 Oktober 1933 Saalwächter dilantik inspektor pendidikan tentera laut. Sepanjang lima tahun berikutnya beliau mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan kumpulan pegawai muda. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral pada 1 April 1935 dan Admiral pada 1 Jun 1937. Saalwächter dinamakan Panglima Pangkalan Laut Utara di Wilhelmshaven, salah satu jawatan tertinggi dalam Kriegsmarine ketika itu, pada 28 Oktober 1938.[1]

Pada 2 Mac 1939, Saalwächter menghantar laporan kepada Markas Besar Tentera Laut di mana beliau secara terbuka membincangkan pemerolehan pangkalan di Norway. Laporan itu menekankan kepada Jerman akan bahayanya penguasaan British di perairan Norway dan perubahan yang menggalakkan dalam kedudukan geo-strategik agar pendudukan Jerman ke atas Norway akan berjaya.[2]

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Dengan meletusnya Perang Dunia II pada September 1939, Saalwächter menerima pemerintahan Marine-Gruppenkommando West dan bertanggungjawab bagi operasi di Laut Utara, yang menyebabkan pertikaian antara dirinya dan panglima armada, Laksamana Madya Hermann Boehm, Wilhelm Marschall, dan Günther Lütjens.[1]

Pada 1 Januari 1940 Saalwächter telah dinaikkan pangkat ke Generaladmiral. Bersama dengan Laksamana Rolf Carls, Saalwächter mendapat pemerintahan taktikal Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Norway. Beliau telah diiktiraf dengan pingat Knight Cross of the Iron Cross pada 9 Mei 1940.[1] Permulaan musim panas 1940, Saalwächter memimpin operasi permukaan laut Jerman di Atlantik Utara dan Selat Inggeris. Pada tahun 1940, beliau mengarah pasukan E-Boat menentang perkapalan British semasa fasa Kanalkampf dalam Pertempuran Britain untuk menyokong Luftwaffe. Kemudian, beliau menyelia pergerakan tentera laut seperti Operasi Cerberus pada Februari 1942. Pada 20 September tahun itu, beliau telah digantikan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Laut Barat oleh Marschall, yang kemudian digantikan oleh Theodor Krancke pada April 1944. Saalwächter bersara dari perkhidmatan aktif pada 30 November 1942.[1]

Saalwächter telah dipenjarakan oleh pihak Soviet Union pada 21 Jun 1945.[1] Beliau telah disabitkan dengan jenayah perang oleh sebuah tribunal tentera Soviet pada 17 Oktober dan dihukum mati oleh skuad penembak di Moscow pada 6 Disember. Pada tahun 1994, selepas pembubaran Kesatuan Soviet, Saalwächter secara rasminya dibebaskan oleh mahkamah Rusia.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Hildebrand 1989, m/s. 172–173.
  2. ^ Lunde, Henrik O (2010). Hitler's Pre-Emptive War: The Battle for Norway, 1940. Casemate Publishers. m/s. 47. ISBN 978-1-935149-33-0.
  3. ^ Fellgiebel 2000, p. 369.
  4. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 393.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Hildebrand, Hans (1989). P–Z. Deutschlands Admirale 1849–1945. Die militärischen Werdegänge der See-, Ingenieur-, Sanitäts-, Waffen- und Verwaltungsoffiziere im Admiralsrang (dalam bahasa German). 3. Osnabrück: Biblio. m/s. 172–173. ISBN 3764814993.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Markas Kumpulan Kriegsmarine Barat
Ogos 1939 – November 1942
Diikuti oleh:
Laksamana Wilhelm Marschall