Alfredo Palacio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alfredo Palacio

Dr. Luis Alfredo Palacio González (lahir 22 Januari 1939) ialah Presiden Ecuador terkini. Dari 15 Januari 2003 hingga 20 April 2005 dia berkhidmat sebagai naib presiden dan dilantik menjadi presiden apabila Kongres Ecuador menyingkirkan Presiden Lucio Gutiérrez daripada tampuk pemerintahan selepas berminggu-minggu kekacuan politik.

Dilahirkan di Guayaquil, Palacio ialah seorang doktor pakar dalam bidang kardiologi. Dia menuntut pelajaran di tempat asalnya dan kemudian ke Cleveland, Ohio, membuat residensi di Universiti Case Western Reserve, dan St. Louis, Missouri, di Amerika Syarikat. Dia kemudian menjadi pensyarah dalam bidang kardiologi dan kesihatan awam di fakulti perubatan Universiti Guayaquil.

Palacio dipilih sebagai rakan politik oleh Lucio Gutiérrez semasa pilihan raya tahun 2002. Ia adalah sesuatu yang biasa untuk melihat Gutiérrez, berpakaian ala-tentera dan ditemani oleh Palacios, yang memakai baju doktor. Palacio sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan semasa pentadbiran Sixto Durán Ballén. Kebanyakan menteri-menteri politik yang dipilihnya adalah daripada Parti Demokratik.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Lucio Gutiérrez
Presiden Ecuador
2005–present
Diikuti oleh:
Presiden tekini