Ali Abd Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ali Abd Jalil
Kelahiran (1985-04-08) 8 April 1985 (umur 39)
PekerjaanAktivis
Denda jenayahAkta Hasutan 1948

Ali bin Abd Jalil (lahir 8 April 1985) merupakan aktivis[1] Malaysia. Beliau ditahan oleh PDRM di penjara selama 22 hari dari 8 September 2014 dan dibebaskan pada 29 September 2014.

Pada 21 Oktober 2014, beliau menuju menuju ke Bangkok, Thailand dan terbang ke Stockholm untuk mencari perlindungan di Sweden. Ali telah diberikan suaka politik di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ali merupakan salah seorang daripada 10 orang anak Abd Jalil. Ali menjadi agresif kerana kembarnya Ahmad Abdul Jalil yang dikenakan denda RM20,000 kerana menghina Sultan Johor.

Tiga tuduhan menghasut[sunting | sunting sumber]

Ali menghadapi tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook , bertajuk "Kapitalis Bangsat".[3][4]

Pada 8 September 2014, beliau mengaku tidak bersalah menghina Sultan Johor di Mahkamah Sesyen Selayang. Dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan . Kemudian sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor. Waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos 2014 jam 11.42 malam. Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di No. 62, Jalan SM9, Sunway, Batu Caves. Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook pada Januari 2014.[5][6]

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi menetapkan 10 Oktober 2014 untuk tarikh bicara dan Ali dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Ali dihadapkan dengan 2 lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan institusi beraja di Malaysia. Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan. Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 Ogos 2014 dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Michelle Yesudas menakwa bahawa dua tuduhan yang dikenakan terhadap Ali Abd Jalil pada hari yang sama adalah satu bentuk gangguan, sungguhpun dakwaan dikenakan kerana menghina 2 raja yang berlainan negeri. Dia mendakwa bahawa telah memberikan kerjasama dan mahu Akta Hasutan 1948 dihapuskan.[7]

Suaka politik di Sweden[sunting | sunting sumber]

Ali Abd Jalil mendakwa diancam polis dan samseng sepanjang masa. Oleh itu beliau dalam proses mencari suaka di Sweden. Pelariannya telah dibantu oleh Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters in Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.[8]

Portal Rakyat Times milik peguam Haris Ibrahim melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober 2014 menuju ke Danok terus ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober 2014.[9][10] Seterusnya Amnesty International Sweden membantunya bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka. Kini Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa. Pada bulan Disember 2014, Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan pasport Ali.[11]

Sebelum ini Alvin Tan yang memaparkan gambar lucah dan mesej perkauman telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.[12]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Berikutan pengalamannya, Amnesty International menjaganya sebagai tahanan hati nurani (PoC), mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan beliau tidak mengalami hukuman lanjut atau pendakwaan terpilih. Kumpulan hak asasi manusia global telah mengaktifkan mekanisme tindak balas pantas di peringkat antarabangsa untuk menekan Putrajaya untuk menghentikan penjenayah percakapan dan pendapat bebas, berikutan siri pendakwaan di bawah Akta Hasutan.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ali Abd Jalil cuba dapatkan suaka politik di luar negara
  2. ^ "Ali: 'Aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-02. Dicapai pada 2015-06-07.
  3. ^ "Aktivis ditahan semula, kali ini kerana hina Sultan Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-26. Dicapai pada 2014-10-26.
  4. ^ "Activist Ali seeking asylum abroad, family supports decision". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-26. Dicapai pada 2014-10-26.
  5. ^ "GHAH: Ali Abdul Jalil abused in detention". 24 September 2014.
  6. ^ "Urgent Action Detained Student Activist at Risk of Torture" (PDF). 25 September 2014.
  7. ^ "Aktivis ditahan semula, kali ini kerana hina Sultan Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-26. Dicapai pada 2014-10-26.
  8. ^ "Ali Abd Jalil seeks political asylum in Sweden". english.astroawani.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-06-05.
  9. ^ "After Alvin Tan, Now Ali Abd Jalil Seeking for Asylum Overseas". 25 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-27. Dicapai pada 2017-10-27.
  10. ^ "Putrajaya treated me like 'rubbish', activist claims after fleeing to Sweden". 2014-10-25. Dicapai pada 2017-06-05.
  11. ^ "Putrajaya revokes passports of Alvin Tan, Ali Abd Jalil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-09. Dicapai pada 2015-06-07.
  12. ^ "Ali Abd Jalil says he's now a PR of Sweden". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-07. Dicapai pada 2017-06-05.
  13. ^ "Safe in Sweden, activist tells of threats by thugs, racist Malays". 25 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-08. Dicapai pada 2017-10-27.