Pergi ke kandungan

Ali Din (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ali Din (drama TV))
Ali Din
GenreDrama
Cinta
Fantasi
Keluarga
Ditulis olehAzlina Pa Wan
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Takkan Ku Miliki" oleh Zubira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifGavin Singh
PenerbitHans Isaac
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Tall Order Productions
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal23 Jun 2008 – 24 Julai 2008
Kronologi
Diikuti olehAkukah Tanggang

Ali Din adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2008 arahan Raja Ahmad Alaudin dibintangi Fazren Rafi, Ummi Nazeera, Hans Isaac dan Vanida Imran. Siri ini mula ditayangkan di Slot Lagenda, TV3 serta TV9 bermula 23 Jun 2008.

Drama ini diadaptasikan dari cerita dongeng Aladin.

Ali Din mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun bersama ibunya sesudah kematian bapanya, seorang kelasi kapal. Ibunya yang bekerja sebagai pembancuh minuman di pejabat sering menasihati anaknya mengenai nikmat hidup dan kesyukuran.

Untuk mendapatkan keselesaan hidup, Ali Din sanggup melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah beberapa pekerjaan sampingan. Namun tanpa pengetahuannya, dia merupakan satu-satunya pewaris Sheikh Mahfuz, seorang jutawan yang sangat terkenal.

Semasa bekerja di sebuah hotel, dia bertemu dengan Puteri iaitu cucu tunggal kepada seorang jutawan berlian bernama Habib Musthafa. Puteri juga merupakan pewaris hotel tempatnya bekerja. Puteri pula dibesarkan oleh datuknya sesudah kematian ibunya di dalam kemalangan helikopter.

Kekayaan datuknya menyebabkan kehidupan Puteri terancam. Akibatnya dia tidak dibenarkan bergaul bebas seperti remaja lain. Sedangkan dia sangat mahukan kebebasan dalam hidupnya. Namun sejarah hidup Puteri yang pernah diculik beberapa kali ketika dia masih kecil menyebabkan keluargaya terpaksa menyekat kebebasan Puteri.

Akibatnya Puteri hanya membesar di dalam istana dan berkawan dengan orang gajinya saja hinggalah dia meningkat dewasa. Dalam masa yang sama, seorang kerabat Puteri turut menyimpan hasrat kepadanya. Namun Puteri enggan melayannya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]