Ali Fazal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ali Fazal
Ali Fazal graces the World Premiere of ‘Victoria and Abdul’.jpg
Fazal di majlis tayangan perdana Victoria & Abdul, September 2017
Kelahiran (1986-10-15) 15 Oktober 1986 (umur 34)[1]
Pusat pendidikanLa Martiniere College
The Doon School
St. Xavier's College
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini

Ali Fazal (lahir 15 Oktober 1986) ialah seorang pelakon dan model India. Beliau membuat penampilan skrin pertamanya nya dengan peranan kecil dalam filem Bahasa Inggeris The End of the Line sebelum muncul dalam mini siri Amerika, Bollywood Hero.

Fazal membuat penampilan Bollywood pertamanya dengan penampilan khas dalam 3 Idiots (2009) dan seterusnya muncul dalam filem Always Kabhi Kabhi (2011). Kejayaan pertamanya hadir dengan Fukrey (2013), dan memegang watak pembantu dalam Baat Ban Gayi (2013), Bobby Jasoos (2014) dan Sonali Cable (2014).

Beliau menjayakan peranan utama dalam filem seram Khamoshiyan (2015) diikuti oleh filem Amerika pertama Furious 7 (2015). Beliau muncul dalam Happy Bhag Jayegi bersama Diana Penty pada tahun 2016.

Fazal membintangi filem British-Amerika Victoria & Abdul, yang mengisahkan hubungan Queen Victoria (Judi Dench) dan kepercayaannya, hamba India, Abdul Karim (Fazal).[2] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Venice pada tahun 2017.[3] Kostum yang dipakai oleh pelakon utama dalam filem itu telah ditambah sebagai sebahagian daripada paparan rasmi di Osborne House.[4]

Pada tahun 2018, beliau memegang watak Guddu Pandit di Mirzapur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Srivastava, Pranati (15 October 2018). "Ali Fazal birthday: Some unknown facts about the Fukrey actor". Times Now News. Dicapai pada 1 December 2018.
  2. ^ "'Victoria And Abdul': A 130-year-old story for our times". The Daily Star Newspaper - Lebanon. 2017-09-05. Dicapai pada 2017-09-21.
  3. ^ "Ali Fazal's provocative British drama Victoria and Abdul goes to Venice Film Festival". hindustantimes.com/ (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-30. Dicapai pada 2017-09-21.
  4. ^ "Iconic Judi Dench film costumes to go on display at Queen Victoria's former home". The Daily Mirror. Dicapai pada 23 July 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]