Ali Fiji
Jump to navigation
Jump to search
Ali Fiji | |
---|---|
Kelahiran | Ali bin Syed Mohammad 2 Februari 1933 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 14 November 1996 (umur 63) |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1956 - 1995 |
Majikan | Malay Film Productions |
Pasangan | Jan Hussain |
Anak | 4 |
Ali Syed Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ali Fiji (2 Februari 1933 - 14 November 1996) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
- Pancha Delima (1957) sebagai Kerikil Tajam
- Sumpah Orang Minyak (1956)
- Taufan (1957)
- Nujum Pak Belalang (1959) sebagai Jambul
- Musang Berjanggut sebagai (1959) Pejahat Tandu
- Pendekar Bujang Lapok (1959) sebagai Samseng Ali
- Ali Baba Bujang Lapok (1960) sebagai Bin Fiji
- Antara Dua Darjat (1960)
- Singapura Dilanggar Todak (1961) sebagai konco Jelatang
- Seniman Bujang Lapok (1961) sebagai Ali
- Dayang Senandong (1960) sebagai Pengawai Istana Raja Shamsir
- Ibu Mertuaku (1966) sebagai Bayen
- Gerak Kilat (1966)
- A Go Go 67 (1967)
- Kabus Tengahari (90-an)
- Beyond Rangoon (1995)
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 14 November 1996 di kediamannya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh ketika hendak membasuh tangan sebelum makan.[1] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Solat Jumaat.[2] Allahyarham meninggalkan seorang balu serta 4 orang anak. Anak ke-2 beliau, Nurjannah Ali merupakan pengulas sukan di Astro Arena.