Ali Hamsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Ali Hamsa

AliHamsa.jpg
Ketua Setiausaha Negara ke-13
Dalam jawatan
24 Jun 2012 – 28 Ogos 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Mahathir Mohamad
Didahului olehMohd. Sidek Hassan
Digantikan olehIsmail Haji Bakar
Butiran peribadi
LahirAli bin Hamsa
(1955-08-29)29 Ogos 1955
Kluang, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia21 April 2022(2022-04-21) (umur 66)
Dublin, Ireland
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya
PasanganPuan Sri Datin Sri Dato' Rohani Abdullah
Alma materUniversiti Malaya (B. Econ.)
Oklahoma State University (PhD. Environmental Economics)
Laman web rasmiLaman web rasmi

Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa[1] (29 Ogos 1955 – 21 April 2022) merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara ke-13 berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012 sehingga 28 Ogos 2018. Pada 21 September 2014, Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak jati Johor yang diberi tugas penting di peringkat kerajaan pusat. Beliau dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat - dalam bidang Ekonomi Persekitaran .

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Awalnya beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian; Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.

Beliau juga pernah berada dalam Unit Perancang Ekonomi, JPM dari 1997 hingga 2009 dan pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

Tan Sri Ali pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd. dan mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Kemudian bertukar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009. Beliau menyandang tugas sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian ; Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement ; Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta UKAS, JPM pada 22 April 2009 - 2012.

Ketua Setiausaha Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Jun 2012, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun 2012. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu.[2]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ikon Membaca Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2014, Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, sekali gus menjadi penjawat awam pertama yang menerima anugerah itu. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Putrajaya:'Take A Break...Read@Putrajaya' di Putrajaya. Anugerah ini hasil inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia sejak 2009 bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda. Beliau suka membaca hal ehwal ekonomi dan kepimpinan ,kartun dan fiksyen

Anugerah itu pernah diterima oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. 'Library on wheels' turut dilancarkan iaitu perpustakaan mini yang disediakan dalam bas-bas awam di Putrajaya.[3]

Anugerah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia :
    • MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm) - SMN.svg Ahli Mangku Negara (2002)
    • Kesatria Mangku Negara.png Kesatria Mangku Negara (2005)[4]
    • MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm)- PMN.svg Panglima Mangku Negara – Tan Sri (2013)[5]
  •  Wilayah Persekutuan :
    • MY-FED Darjah Mahkota Wilayah - Grand Knight - SUMW.svg Seri Utama Mahkota Wilayah – Datuk Seri Utama (2014)[6]
  •  Johor :
    • Most Honourable Order of the Crown of Johor - ribbon bar.png Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor – Dato' (2013)[7]
  •  Kedah :
    • MY-KED Order of Loyalty to Sultan Abdul Halim Muazzam Shah - Knight Commander (DHMS).svg Darjah Yang Mulia Sri Setia Sultan 'Abdu'l Halim Mu'azzam Shah – Dato' Paduka (2015)
  •  Kelantan :
    • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) – Dato' (2012)[8]
  •  Melaka :
    • MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Cemerlang Seri Melaka – Datuk Wira (2011)
    • MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Gemilang Seri Melaka – Datuk Seri (2016)[9]
  •  Negeri Sembilan :
    • MY-NEG Order of Loyalty to Negeri Sembilan.svg Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan – Dato' (2011)
    • MY-NEG Order of Loyalty to Tuanku Muhriz - SSTM.svg Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang – Dato' Seri (2013)[10]
  •  Pahang :
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang – Dato' (2006)[11]
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Sri Sultan Ahmad Shah Pahang – Dato' Sri (2009)[12]
  •  Perlis :
    • MY-PERL Order of the Crown of Perlis - Knight Grand Commander - SPMP.svg Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis – Dato' Seri (2017)[13]
  •  Pulau Pinang :
    • MY-PEN Order of the Defender of State - Knight Grand Commander - DUPN.svg Darjah Utama Pangkuan Negeri – Dato' Seri Utama (2014)[14]
  •  Perak Darul Ridzuan :
    • MY-PERA Order of Cura Si Manja Kini - Grand Knight - SPCM (new).svg Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini – Dato' Seri (2014)[15]
  •  Sabah :
    • MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Seri Panglima Darjah Kinabalu – Datuk Seri Panglima (2012)[16]
  •  Sarawak :
    • MY-SAR Order of the Star of Sarawak - 2 ribbon PNBS -JBS-PBS-ABS-BBS.svg Panglima Negara Bintang Sarawak – Dato' Sri (2013)[17]
  •  Selangor :
    • MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Grand Commander - SPMS.svg Seri Paduka Mahkota Selangor – Dato' Seri (2013)[18]
  •  Terengganu :
    • MY-TER Order of Sultan Mizan Zainal Abidin - Dato Sri Setia - SSMZ.svg Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (SSMZ) – Dato' Seri (2012)[19]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Dublin, Ireland pada usia 66 tahun.[20] Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "YBHG. DATO' SRI DR. ALI BIN HAMSA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 2013-02-24.
  2. ^ Dr Ali Hamsa Dilantik Ketua Setiausaha Negara
  3. ^ KSN dipilih Ikon Membaca Kebangsaan
  4. ^ "The Yang di-Pertuan Agong's 62nd birthday honours list". The Star. 5 June 2005. Dicapai pada 15 September 2018.
  5. ^ "Ketua Setiausaha Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran". Bernama. Astro Awani. 1 June 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
  6. ^ "Some 320 individuals awarded in conjunction with Federal Territories Day". L. Suganya. The Star. 1 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
  7. ^ "Tengku Sulaiman Shah heads Johor honours list". Bernama. The Star. 24 November 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
  8. ^ "KSN ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kelantan". Bernama. Sinar Harian. 11 November 2012. Dicapai pada 15 September 2018.
  9. ^ "Idris leads Malacca awards list". The Star. 14 October 2016. Dicapai pada 15 September 2018.
  10. ^ "Tuanku Muhriz to give medals in conjunction with 65th birthday". The Star. 14 January 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
  11. ^ "Abdullah heads awards list". The Star. 24 October 2006. Dicapai pada 15 September 2018.
  12. ^ "Najib heads Pahang honours list". Bernama. Utusan Malaysia. 24 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 15 September 2018.
  13. ^ "282 people receive awards and medal at investiture of Raja of Perlis on his 74th birthday celebration". New Straits Times. 17 May 2017. Dicapai pada 20 November 2019.
  14. ^ "Chief Secretary to Government leads Penang honours list". The Star. 20 September 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
  15. ^ "Raja Nazrin: Take heed of roles to garner support". Ivan Loh. The Star. 20 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2014. Dicapai pada 15 September 2018.
  16. ^ "TYT wife heads honours list". Sandra Sokial. Borneo Post. 6 October 2012. Dicapai pada 6 September 2018.
  17. ^ "Masing and Uggah now Datuk Amar". The Star. 15 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
  18. ^ "Ali Hamsa heads list of 102 Selangor awards". Bernama. Malay Mail. 11 December 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
  19. ^ "Terengganu Sultan urges people to drop subsidy mentality". Bernama. Borneo Post. 1 October 2012. Dicapai pada 15 September 2018.
  20. ^ Rafidah Mat Ruzki. "Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2022.
  21. ^ MOHD. HUSNI MOHD. NOOR. "Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumikan". Kosmo. Dicapai pada 25 April 2022.