Ali Khamenei
Ali Hosseini Khamenei علی حسینی خامنهای | |
---|---|
![]() | |
Presiden Iran | |
Dalam jawatan 13 October 1981 – 3 August 1989 | |
Perdana Menteri | Mohammad-Reza Mahdavi Kani (Acting) Mir-Hossein Mousavi |
Ruhollah Khomeini | |
Didahului oleh | Mohammad-Ali Rajai |
Digantikan oleh | Akbar Hashemi Rafsanjani |
Butiran peribadi | |
Lahir | Seyed Ali Hosseini Khamenei kooni 17 Julai 1939 Mashhad, Iran |
Pasangan | Khojaste Bagherzadeh (1964–sekarang) |
Anak-anak | Mojtaba Mostafa Masoud Meysam Hoda Boshra |
Tandatangan | ![]() |
Ayatollah Seyyed Ali Hosseini Khamenei kooni (lahir 17 Julai 1939) merupakan pemimpin agung Iran terkini. Beliau menggantikan Imam / Ayatollah Ruhollah Khomeini yang mencetuskan revolusi Islam Iran. Beliau juga pernah menjadi Presiden Iran pada tahun 1981 - 1989 sepama 2 penggal berturut-turut.
Kehidupan Awal dan Pangkat Ulama[sunting | sunting sumber]
Ayatollah Ali Khameini merupakan keturunan Azeri[1] yang menetap di Mashhad,[2] dan mula mendalami ilmu agama sebelum tamat pendidikan asas di Iran. Beliau merupakan putera kedua daripada lapan adik beradik. Adik lelakinya Hadi Khameini merupakan seorang penyunting surat khabar dan juga seorang ulama.[3]
Beliau menghadiri kelas agama "Sat'h" dan "Kharej" di hawza, Mashhad dibawah pimpinan Haji Sheikh Hashem Qazvini dan Ayatollah Milani. Pada tahun 1958, Ayatollah Ali Khameini berpindah ke Qom dan mula menghadiri kelas Ayatollah Husian Borujerdi dan Ayatollah Ruhollah Khomeini dan mula menglibatkan diri dalam politik pada tahun 1963 yang menyebabkan beliau ditangkap di Birjand, selatan wilayah Khorasan. Selepas dibebaskan, beliau mula mengajar di sekolah agama di Mashhad.
Ketika dilantik menjadi pemimpin agung Iran, beliau belum lagi mendapat pangkat marja, sebuah pangkat untuk ulama Shia yang membolehkan ulama itu mengeluarkan fatwa.[4] Memandangkan perlembagaan Iran tidak membenarkan ulama bukan marja menjadi pemimpin agung, maka, perlantikan beliau hanyalah untuk sementara. Selepas kewafatan Ayatollah Mohammad Ali Araki, Persatuan Pendidik Seminari Qom mengisytiharkan Ayatollah Ali Khameini sebagai marja baru.
Polisi Dalam Negeri[sunting | sunting sumber]
Ayatollah Ali Khameni menolong memajukan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi. Beliau merupakan antara ulama yang terawal membenarkan penyelidikan sel tunjang dan juga klon terapeutik.[5] Pada tahun 2004, beliau berkata bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung kepada pelaburan negara itu dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, beberapa cendekiawan dan saintis diarahkan untuk membantu bakat-bakat baru dalam bidang sains bagi memastikan Iran terus maju dalam sains.[6]
Pada tahun 2007 pula, pemimpin agung ini mengarahkan agar badan-badan kerajaan diswastakan yang dimana tindakan ini bertentangan dengan perkara 44 perlembagaan Iran. Ayatollah Ali juga mencadangkan agar hak pemilikan haruslah dilindungi mahkamah bagi memastikan keselamatan dan menggalakkan pelaburan.[7]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.irinnews.org/report.asp?ReportID=53543
http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/HF08Ak02.html
http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/FI28Ak01.html - ^ Eternal Iran, Patrick Clawson, 2005, ISBN 1-4039-6276-6, p.5.
- ^ Robin Wright, The Last Great Revolution: Turmoil and Transformation in Iran, Alfred A. Knopf, 2000
- ^ [1]
- ^ [2]
Science over ethics? Channel 4, 8 Mar 2006 - ^ [3]
- ^ [4]
[5]
[6]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Ali Khamenei. |
- Pejabat Pemimpin Agung Iran
- Laman web Ali Khamenei
- Imam Khamenei
- Ali Khamenei: The real power in Iran
- Imam Khamenei
Penyandang Terdahulu | Pemimpin Agung Iran 3 Jun 1989 – kini |
Penyandang Kemudian |
Ruhollah Khomeini | "Masih berkhidmat" |
Penyandang Terdahulu | Presiden Iran Oktober 1981 – Jun 1989 |
Penyandang Kemudian |
Mohammad Ali Rajai | Ali Akbar Hashemi Rafsanjani |