Ali Mamak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman (1 Oktober 1951 – 27 Mac 2014) merupakan penyanyi dan pelawak veteran Malaysia. Beliau pernah menghasilkan beberapa album lagu berunsur komedi. Sitkom Santan Berlada pada tahun 1980-an bertanggungjawab meletakkan nama Ali Mamak sebagai salah seorang pelawak dalam persada seni hiburan tanah air. Pelawak ini dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.


Ali Mamak
Kelahiran
Jantan Osman

(1951-10-01)1 Oktober 1951
Meninggal dunia27 Mac 2014(2014-03-27) (umur 62)
Sebab kematianpenyakit leukemia
Nama lainAli Mamak
PekerjaanPenyanyi, pelawak
Tahun aktif1980-an
PasanganRohani Wahab
Anak-anak3

Lagu nyanyiannya sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.[1] Lagu Joget Dimana Lah Jodoh disadur dari lagu Apa Dah Jadi yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri SM Salim. Lirik humor itu dikatakan konon mempersendakan golongan manusia bermata juling, lelaki lembut dan pekak. Pelawak Abon juga menyelitkan dialog-dialognya dalam bait-bait lirik itu bagi menambahkan lagi kelucuan. Stesen radio seperti KLfm sering menyiarkan lagu humor ini.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2014, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi akibat komplikasi paru-paru. Menurut rakan baiknya, pelakon dan pelawak Abon, jenazahnya dikebumikan di Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.[2] Beliau menderita penyakit leukemia sejak beberapa lama dan meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ali Mamak meninggal dunia kerana leukemia". Utusan Malaysia. 27 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-30. Dicapai pada 2014-05-26.
  2. ^ "Ali Mamak meninggal dunia". Kosmo. 27 Mac 2014.