Pergi ke kandungan

Ali Masjid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ali Masjid ( Pashto dan Urdu: علی مسجد ) ialah titik paling sempit di Lalulan Khyber, Daerah Khyber di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Tempat ini terletak sekitar 10 batu (16 km) timur dari bandar Landi Kotal (Barat Peshawar) dan mempunyai ketinggian 3,174 kaki (967 m). Sebelum ini, kelebaran Laluan Khyber yang terletak di berhampiran Masjid Ali terlalu sempit untuk dua ekor unta yang bermuatan penuh melewati satu sama lain, tetapi Laluan Khyber telah dilebarkan setelah itu.[1]

Asal nama

[sunting | sunting sumber]

Nama tempat ini dipilih bagi mengenang Saidina Ali, sepupu Nabi Muhammad. Sebuah masjid dan keramat telah dibina di sini atas sebab yang sama, kerana Saidina Ali telah melawat tempat ini mengikut tradisi tempatan. Terdapat juga sebuah batu besar yang mempunyai kesan tangan yang dipercayai milik Ali.[ <span title="This claim needs references to reliable sources. (November 2011)">petikan diperlukan</span> ]

  1. ^ "Ali Masjid". Lonely Planet. BBC. Dicapai pada 1 November 2011.