Ali Qushji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ala al-Dīn Ali ibn Muhammed
Fail:Ali Kuşçu Portre.jpg
Kelahiran1403
Meninggal dunia16 Disember 1474
Nama lainAli Qushji

Ala al-Dīn Ali ibn Muhammad (1403 – 16 Disember 1474), yang dikenali sebagai Ali Qushji (bahasa Turki Othmaniah/bahasa Parsi:علی قوشچی, kuşçu - falconer dalam bahasa Turki;[1] Latin: Ali Kushgii) ialah seorang ahli falak, ahli matematik dan ahli fizik yang berasal dari Samarkand, yang menetap di dalam Empayar Othmaniah suatu ketika sebelum 1472.[2] Sebagai murid Ulugh Beg, beliau paling dikenali dengan perkembangan fizik astronomi yang bebas daripada falsafah tabii, dan dengan penerbitan bukti empirik bagi putaran bumi di dalam karyanya, Tentang Kebergantungan Astronomi terhadap Falsafah. Di samping sumbanganya kepada karya Ulugh Beg yang terkenal Zij-i-Sultani dan kepada penubuhan Sahn-ı Seman Medrese, salah satu pusat pertama bagi pengkajian pelbagai disiplin ilmu tradisional Islam di dalam Empayar Othmaniah, Ali Qushji juga penulis beberapa karya saintifik dan buku teks mengenai astronomi.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan karya-karya[sunting | sunting sumber]

Ali Qushji dilahirkan pada tahun 1403 di kota Samarkand, Uzbekistan. Nama penuh beliau ialah Ala al-Dīn Ali ibn Muhammed al-Qushji. Nisbah Qushji datang daripada istilah bahasa Turki kuşçu—"falconer"[1]—disebabkan hakikat bahawa ayah Ali yakni Muhammad adalah falconer diraja Ulugh Beg.[3] Sebahagian sumber menganggap beliau sebagai orang Turki[4][5] atau orang Parsi.[6]

Balai Cerap Ulugh Beg - Mercu tanda karier Ali Qushji

Beliau menghadiri pengajian Qazi zadeh Rumi, Ghiyāth al-Dīn Jamshīd Kāshānī dan Muin al-Dīn Kashi. Beliau berpindah ke Kerman, Iran, tempat beliau melakukan sebahagian kajian tentang ribut di Laut Oman. Beliau menyiapkan Hall-e Eshkal-i Ghammar (Penjelasan tentang Tempoh-tempoh Bulan) dan Sharh-e Tajrid di Kirman. Beliau berpindah ke Herat dan mengajar Molla Cami mengenai astronomi (1423). Setelah bertugas di Herat untuk seketika, dia kembali ke Samarkand. Di situ beliau mempersembahkan karyanya tentang bulan kepada Ulugh Beg, yang mendapatinya sungguh mempesonakan sehinggakan baginda membaca keseluruhan karya itu ketika berdiri. Ulugh Beg menugaskannya di Balai Cerap Ulugh Beg yang dipanggil Balai Cerap Samarkand pada masa itu. Qushji bekerja di situ sehinggalah Ulugh Beg dibunuh.[7]

Selepas kematian Ulugh Beg, Ali Qushji pergi ke Herat, Tashkent, dan akhirnya Tabriz, di situ, sekitar tahun 1470, Uzun Hasan yang menjadi pemerintah Ak Koyunlu telah mengirim beliau sebagai wakil ke Sultan Uthmaniyyah Mehmed II. Pada ketika itu Husayn Bayqarah menjadi orang yang berkuasa di Herat namun Qushji memilih Istanbul berbanding Herat disebabkan sikap Sultan Muhammad terhadap ahli sains dan cendekiawan.

Era Istanbul[sunting | sunting sumber]

Ketika dia datang ke Istanbul, cucunya Qutb al-Dīn Muhammad mempunyai seorang anak lelaki bernama Mirim Chalabi yang kemudiannya menjadi seorang ahli matematik dan ahli falak yang hebat.[8] Ali Qushji mengarang "risalah dar hay’at" dalam bahasa Parsi untuk Mehmed II di Istanbul pada tahun 1470.[9] Beliau juga menulis "Sharh e resalye Fathiyeh",[10] "resalye Mohammadiye" di Istanbul yang ditulis dalam bahasa Arab tentang topik matematik. Kemudian beliau menyiapkan "Sharh e tejrid" tentang "Tejrid al-kalam" karya Nasir al-Din al-Tusi. Karya itu dipanggil "Sharh e Jadid" dalam kelompok saintifik.

Sumbangan terhadap ilmu falak[sunting | sunting sumber]

Fail:Ali Kuscu 03.JPG
A paper from one of Ali Qushji's scientific works.

Qushji memperbaiki model planet Nasir al-Din al-Tusi dan mempersembahkan model planet alternatif bagi planet Utarid.[11] Beliau juga merupakan salah seorang ahli falak yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengkaji Ulugh Beg yang bekerja di balai cerap Samarqand dan menyumbang pada Zij-i-Sultani yang dikarang di situ. Di samping sumbangannya pada Zij, Ali Qushji menulis sembilan buah karya mengenai ilmu falak, dua daripadanya dalam bahasa Parsi dan tujuh buah dalam bahasa Arab.[3] Terjemahan Latin bagi dua karya Qushji, Tract on Arithmetic dan Tract on Astronomy, diterbitkan oleh John Greaves pada tahun 1650.

Tentang Kebergantungan Ilmu Falak terhadap Falsafah[sunting | sunting sumber]

His travel to the Ottoman Empire.

Karya astronomi terpenting Qushji ialah Tentang Kebergantungan Ilmu Falak terhadap Falsafah. Dengan pengaruh ulama akidah Islam yang menentang campurtangan Aristotelianisme dalam ilmu falak, Qushji menolak fizik Aristotle dan memisahkan falsafah tabii sepenuhnya daripada ilmu falak Islam, lalu membuatkan ilmu falak menjadi semata-mata sains empirik dan matematik. Ini membolehkan beliau mencari alternatif bagi tanggapan Aristotle mengenai bumi pegun, dengan sebaliknya beliau mencari idea bumi bergerak. Beliau menemui bukti empirik bagi putaran bumi menerusi cerapan terhadap komet dan menyimpulkan berdasarkan bukti empirik berbanding falsafah spekulasi, bahawa teori bumi bergerak berkemungkinan benar sebagaimana teori bumi pegun. [12][13][14]

Pendahulu beliau, al-Tusi, sebelum ini menyedari bahawa "monoformiti jasad yang jatuh, dan keseragaman pergerakan cakerawala," kedua-duanya bergerak "dalam satu jalan," meskipun beliau masih bergantung pada fizik Aristotle untuk memberikan "prinsip tertentu yang hanya mampu diberi oleh ahli falsafah tabi'i kepada ahli falak." "Qushji membawa konsep ini lebih jauh dan mencadangkan bahawa "ahli falak tidak perlu pada fizik Aristotle dan hakikatnya patut membina prinsip fiziknya sendiri yang bebas daripada ahli falsafah tabi'i." Di samping menolak konsep Aristotle tentang bumi pegun,[15] Qushji menyarankan bahawa ahli falak tidak perlu mengikuti tanggapan Aristotle tentang jasad samawi yang bergerak dalam gerakan pusingan seragam.[16]

Karya Qushji merupakan langkah penting daripada fizik Aristotle dan kepada fizik astronomi yang bebas.[17] Ini dianggap menjadi "peredaran konsepsi"[16][17] yang tiada duluan dalam astronomi Eropah sebelum Peredaran Copernicus pada kurun ke-16.[18] Pandangan Qushji mengenai pergerakan bumi serupa dengan pandangan terkemudian Nicolaus Copernicus mengenai persoalan ini, meskipun tidak dapat dipastikan samada Qushji mempunyai sebarang pengaruh terhadap Copernicus. Bagaimana pun, berkemungkinan mereka berdua mungkin mencapai kesimpulan yang serupa disebabkan penggunaan karya terdahulu Nasir al-Din al-Tusi sebagai dasar. Ini lebih kepada satu kemungkinan dengan mengambil kira "kebetulan yang luar biasa" antara satu petikan di dalam De revolutionibus (I.8) dan satu di dalam Tadhkira al-Ṭūsī (II.1[6]) yang Copernicus mengikuti bantahan al-Ṭūsī terhadap "pembuktian" Ptolemy tentang kepegunan bumi".[19]

Karya[sunting | sunting sumber]

Astronomi[20][21][sunting | sunting sumber]

  • Sharh e Zîj e Ulugh Beg (dalam bahasa Parsi)
  • Resale fi Halle Eshkale Moadeleye Ghamar lil-Masir (Faide fi Eshkâli Utared)
  • Resale fi Asli'l-HâricYumkin fi's-Sufliyyeyn
  • Sharh 'ale't-Tuhfeti'sh-Shâhiyye fi al-Heyat
  • Resale dar elm-i Heyat (In Persian)
  • el-Fathiyye fî elm al-Heyat (dalam bahasa Arab)
  • Resale fi Hall-e Eshkal-i Ghammar (dalam bahasa Parsi)
  • Berkenaan Kebergantungan Ilmu Falak terhadap Falsafah

Matematik[22][sunting | sunting sumber]

  • Resaletu'l-Muhammediyye fi-Hesab (dalam bahasa Parsi)
  • Resale dar elm-e Hesab: Suleymaniye

Ilmu Kalam dan Fiqh[sunting | sunting sumber]

  • Sharh e Jadid ale't-Tejrîd
  • Hashiye ale't-Telvîh
  • Unkud-üz-Zevahir fi Nazm-al-Javaher

Mekanik[23][sunting | sunting sumber]

  • Tazkire fi Âlâti'r-Ruhâniyye

Bahasa[24][sunting | sunting sumber]

  • Sharh Risâleti'l-Vadiyye
  • El-Ifsâh
  • El-Unkûdu'z-Zevâhir fî Nazmi'l-Javâher
  • Sharh e'Sh-Shâfiye
  • Resale fî Beyâni Vadi'l-Mufredât
  • Fâ'ide li-Tahkîki Lâmi't-Ta'rîf
  • Resale mâ Ene Kultu
  • Resale fî'l-Hamd
  • Resale fî Ilmi'l-Me'ânî
  • Resale fî Bahsi'l-Mufred
  • Resale fî'l-Fenni's-Sânî min Ilmihal-Beyân
  • Tafsir e-Bakara ve Âli Imrân
  • Risâle fî'l-İstişâre
  • Mahbub-al-Hamail fi kashf-al-mesail
  • Tajrid-al-Kalam

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Vlahakis, George (2006), Imperialism and science: social impact and interaction, ABC-CLIO, m/s. 75, ISBN 978-1-85109-673-2
  2. ^ Imber, Colin (1997), Ebu's-suůd: the Islamic legal tradition, Edinburgh University Press, m/s. 9, ISBN 978-0-7486-0767-9
  3. ^ a b c Ágoston, Gábor; Masters, Bruce Alan (2009), Encyclopedia of the Ottoman Empire, Infobase Publishing, m/s. 35, ISBN 978-0-8160-6259-1
  4. ^ Siddiqi, Amir Hasan (1970), Cultural centres of Islam, Jamiyat-ul-Falah Publications, m/s. 90, Among them, a Turk from Central Asia, Ali Kuscu, was one of the finest mathematicians and astronomers of his epoch
  5. ^ "During the fifteenth century this method of representing decimal fractions came to be known outside the Islamic world as the Turkish method, after a Turkish colleague of al-Kashi, known as Ali Qushji, who provided an explanation." Joseph, George Gheverghese (2010) The crest of the peacock: non-European roots of mathematics Princeton University Press, p. 469. ISBN 0-691-13526-6, ISBN 978-0-691-13526-7
  6. ^ G. A. Russell, The 'Arabick' Interest of the Natural Philosophers in Seventeenth-century England, BRILL, 1994, ISBN 90-04-09888-7, p. 162;
    "Greaves quotes from Risala dar 'ilm al-Hay’a of 'Ali b. Muh. 'Ala al-Din Qushji. This Persian author was the son of an official of Ulugh Beg, and also a student of Qadi Zadeh".
  7. ^ Osmanlı imparatorluğunun doruğu 16. yüzyıl teknolojisi, Editor Prof. Dr. Kazım Çeçen, Istanbul 1999, Omaş ofset A.Ş.
  8. ^ G. Akovalı, Z. A. Mansūrov, The role of government and research institutes in the planning of research and development in some Central Asian and Caucasian republics, IOS Press, 2000,ISBN 1-58603-022-1, ISBN 978-1-58603-022-3, p.230,[1]
  9. ^ Mahārājā Mānasiṃha Pustaka Prakāśa, David Edwin Pingree, ”A descriptive catalogue of the Sanskrit astronomical manuscripts preserved at the Maharaja Man Singh II Museum in Jaipur, India", American Philosophical Society, 2003, p.138;
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 17 Ogos 2015.
  11. ^ George Saliba, "Arabic planetary theories after the eleventh century AD", in Rushdī Rāshid and Régis Morelon (1996), Encyclopedia of the History of Arabic Science, pp. 58–127 [123–124], Routledge, ISBN 0-415-12410-7.
  12. ^ (Ragep 2001a)
  13. ^ F. Jamil Ragep (2001), "Freeing Astronomy from Philosophy: An Aspect of Islamic Influence on Science", Osiris, 2nd Series, Vol. 16, Science in Theistic Contexts: Cognitive Dimensions, pp. 49–64, 66–71.
  14. ^ Edith Dudley Sylla (2003), "Creation and nature", dalam Arthur Stephen McGrade (penyunting), The Cambridge Companion to Medieval Philosophy, Cambridge: Cambridge University Press, m/s. 178–179, ISBN 978-0-521-00063-5
  15. ^ Ragep, F. Jamil (2004), "Copernicus and his Islamic Predecessors: Some Historical Remarks", Filozofski vestnik, XXV (2): 125–142 [138–9]
  16. ^ a b Emilie Savage-Smith (November 2008), "Islamic Influence on Copernicus" (PDF), Journal for the History of Astronomy, 39 (4): 538–541 [541], Bibcode:2008JHA....39..538S, dicapai pada 25 Mac 2010
  17. ^ a b Ragep, F. Jamil (2004), "Copernicus and his Islamic Predecessors: Some Historical Remarks", Filozofski vestnik, XXV (2): 125–142 [139]
  18. ^ F. Jamil Ragep (2004), "Copernicus and His Islamic Predecessors: Some Historical Remarks", Filozofski vestnik, XXV (2): 125–142 [139], Clearly there is more to the Copernican revolution than some clever astronomical models that arose in the context of a criticism of Ptolemy. There also needed to be a new conceptualization of astronomy that could allow for an astronomically-based physics. But there is hardly anything like this in the European tradition before Copernicus. The fact that we can find a long, vigorous discussion in Islam of this issue intricately-tied to the question of the Earth’s movement should indicate that such a conceptual foundation was there for the borrowing.
  19. ^ Ragep, F. Jamil (2004), "Copernicus and his Islamic Predecessors: Some Historical Remarks", Filozofski vestnik, XXV (2): 125–142 [137–9]
  20. ^ Osmanlı Astronomi Literatürü Tarihi (Ed. Ekmeleddin İhsanoğlu), İstanbul 1997, I, 27–38
  21. ^ http://213.176.111.7:8080/iranology/Persian/Farhikhtegan_F/details.aspx?id=1336
  22. ^ Seyyid Ali Paşa, Mir’âtu’l-Âlem (Haz. Yavuz Unat), Kültür Bakanlığı, Ankara 2001.
  23. ^ Sevim Tekeli, 16’ıncı Asırda Osmanlılarda Saat ve Takiyyuddîn’in "Mekanik Saat Konstrüksüyonuna Dair En Parlak Yıldızlar" Adlı Eseri, Ankara 1966.
  24. ^ Musa Yıldız, Bir Dilci Olarak Ali Kuşçu ve Risâle fî’l-İsti‘âre’si, Kültür Bakanlığı Yayınları, Ankara 2002, s. 10–14.

Yavuz Unat, Ali Kuşçu, Kaynak Yayınları, 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic astronomy Templat:Scholars of Khorasan