Pergi ke kandungan

Ali Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ali Rahman
Kelahiran
Mohd Ali bin Abd Rahman

1926 (1926)
Meninggal dunia17 Mac 2008(2008-03-17) (umur 81–82)
Kampung Pasir, Changkat Jering, Taiping, Perak
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1951–1993
Terkenal keranaSumpah Orang Minyak
Sitora Harimau Jadian
Ragam P. Ramlee

Ali Rahman (1926 – 17 Mac 2008) merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon filem hitam-putih Melayu.[1][2]

Ali Rahman memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).

Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya filem Aladdin dan Rayuan Sukma.

Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor.

Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah filem Sitora Harimau Jadian, Ragam P. Ramlee dan Dajal Suchi.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Rayuan Sukma Filem pertama
Derita
1952 Aladdin Aladdin
Hati Iblis
1954 Jasa
1955 Abu Hassan Penchuri Tengku Mahkota Kerajaan Iraq
1958 Sumpah Orang Minyak Ali
1961 Singapura Dilanggar Todak Miras
1964 Sitora Harimau Jadian Dr. Abu Bakar
Ragam P. Ramlee Teruna Bahagian dalam segmen Damaq
Hujan Darah
1965 Dajal Suchi Ghazali
1969 Keranda Jingga Alang
1970 Tuah Badan Ahli-ahli Perniagaan
Dr. Rushdi Osman Siraj
Di-Belakang Tabir Doktor Rashid
1971 Asmara Kirana
Putus Sudah Kaseh Sayang Doktor Idham
1975 Permintaan Terakhir Doktor
Rahsia Hatiku
1979 Ceritaku Ceritamu
1981 Langit Tidak Selalu Cerah Kadir
1982 Anak Sulung Tujuh Keturunan Long Makmur
1993 Perempuan, Isteri & .....? Tok Empat Filem terakhir, pelakon undangan

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 2001, beliau telah menerima Anugerah Pelakon Veteran Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-15 (FFM 15), yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada majlis yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.[4]

Pada akhir hayatnya Ali Rahman mengidap penyakit kencing manis dan sering masuk ke hospital. Ali Rahman meninggal pada 17 March 2008 pada 11.15 pm. Pengkebumiannya dihadiri oleh Jins Shamsudin.

  1. "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
  2. Ali Rahman
    Actor
  3. Khatijah
    Lagu Melayu klasik. Vol. 1
  4. "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]