Aliakbar Gulasan
Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan ASDK (Sabah); Ph.D | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah | |
ADUN Lantikan | |
Memegang jawatan 8 Oktober 2020 Berkhidmat dengan Yong Teck Lee Raime Unggi Suhaimi Nasir Jaffari Waliam Amisah Yassin | |
Pengerusi Lembaga Koko Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Julai 2020 – 30 September 2021 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | |
Didahului oleh | Anyi Ngau |
Digantikan oleh | Rahimah Majid |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1971-02-08) 8 Februari 1971 (umur 52) Keningau |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Rohayati Bilmahruf |
Ibu | Ruhujah binti Musturullah |
Bapa | Gulasan bin Mushall Khan |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Pensyarah |
Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan (Jawi: علي أکبر بن ݢولاسنcode: ms is deprecated ) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Bajau/Pakistan dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Koko Malaysia.[1]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Aliakbar dilahirkan di Kampung Kota Ayangan Keningau dan seterusnya menetap di Tenom, Sabah. Beliau anak keempat daripada lapan beradik. Ayah beliau, Gulasan bin Mushall Khan, awalnya bekerja sebagai pemandu kereta penumpang menggunakan kereta Land Rover (Tenom-Keningau). Ayahnya juga mempunyai tanah getah dan koko. Selepas itu, ayahnya juga menjadi pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom. Emak beliau, Ruhujah binti Musturullah pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa[2].
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Anthony Tenom bermula 1978 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga 5 (1983-1987). Kemudian beliau meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau (1988-1999).
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Geografi. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga lulus Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar pada 1995 dan kemudian meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Geografi Bandar pada 2009[2].
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Selepas berjaya menamatkan pengajian di UKM pada 1995, beliau diterima berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak November 1996. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ejak 1 Julai 2020[2].
Politik[sunting | sunting sumber]
Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[3].
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Universiti Malaysia Sabah (31 Julai 2020). "Tahniah daripada UMS". Facebook. Dicapai pada 8 Oktober 2020.
- ^ a b c Utusan Borneo (15 Ogos 2020). "Dr Aliakbar Gulasan, membesar bersama koko". PressReader.
- ^ Nur Fazlizai Ali (November 7, 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||