Aliasgar Basri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliasgar Basri
Picture of Datuk Aliasgar Basri in 2022
Datuk Aliasgar Basri
Aliasgar Basri di Tuaran, Sabah, 2017
Kelahiran
Ali Ashgar Basri

(1960-02-25) 25 Februari 1960 (umur 64)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikan
PekerjaanSetiausaha Eksekutif Warisan Pusat, Ketua Bahagian Warisan P170 Tuaran, Ahli Lembaga Pengarah Universiti UMS
Tahun aktif1979-kini
Terkenal keranaPolitik dan NGO.
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
PasanganDatin Hajjah Jumiah Ele (m. 1979)
Anak-anak5
Ibu bapa
Kepujian Datuk (PGDK)

Datuk Haji Aliasgar Bin Haji Basri (lahir 25 Februari 1960) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menetap di Tuaran Sabah Malaysia. Aliasgar adalah alumnus bagi Southern Illinois University.[1].

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Datuk Haji Aliasgar Bin Haji Basri (lahir 25 Februari 1960) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menetap di Tuaran, Sabah Malaysia. Ayah beliau Haji Basri bin Mohiddin dan Ibu bernama Siti Ramlah Kawi mempunyai 12 orang anak. Aliasgar merupakan anak kedua mereka. Beliau telah berkahwin dengan Datin Hajjah Jumiah bt Ele dan mempunyai 5 orang anak.

Kini beliau merupakan Setiausaha Eksekutif Warisan Malaysia, Ketua Bahagian Warisan P170 Tuaran dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Sabah ( UMS ).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Aliasgar memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Serusup, Tuaran pada tahun 1965. Kemudian beliau menyambung pengajian di SMK Tuaran pada tahun 1971 dan St John Secondary School, Tuaran pada tahun 1972-1976.

Pada tahun 1982, beliau menyambung pengajian di Southern Illinois University dan berjaya menghabiskan kursus Bachelor of Science di College of Bussiness and Administration ,pada 15 May 1985.[2][1]

Pada tahun 2001, beliau mula menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah dan berjaya menghabiskan kursus Masters of Business Administration pada 12 Sept 2004. [3] Beliau adalah di antara batch pertama 34 orang graduan yang menerima Masters of Business Administration daripada Universiti Malaysia Sabah. [3]

Politik Awal[sunting | sunting sumber]

PEMAU[sunting | sunting sumber]

Aliasgar aktif di dalam politik sejak zaman universiti lagi dimana beliau menganggotai pelbagai pergerakan pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Amerika Utara (PEMAU) yang merangkumi Amerika dan Kanada. Aliasgar merupakan Presiden bagi PEMAU pada tahun 1985..[4]

Kelab UMNO[sunting | sunting sumber]

Aliasgar juga adalah pengasas bagi Kelab UMNO untuk parti, UMNO di Amerika. Beliau juga merupakan exco bagi Kelab UMNO Carbondale di Amerika dari tahun 1983 sehingga 1986 semasa beliau masih belajar di Southern Illinois University.

Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 2020, WARISAN[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya mengejut 2020 Sabah state election, pada umur 60 tahun, Aliasgar Basri telah di letakkan oleh parti, Sabah Heritage Party or WARISAN untuk bertanding dalam pertembungan 3 penjuru di DUN N12 – Sulaman yang terletak di bawah Parlimen P170 Tuaran , tetapi tewas.[5]

Aliasgar fought a three cornered fight between incumbent Assemblyman for Sulaman Hajiji Noor leader of the PN (BERSATU) and later became the Chief Minister and Rekan Stan from Love Sabah Party (PCS) in the recent state election.[6]

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-8 1990, BERJAYA[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-8, ketika berumur 29 tahun, Aliasgar telah di letakkan oleh parti BERJAYA untuk bertanding dalam pertandingan 7 penjuru di kerusi Negeri N11 - Sulaman yang terletak di bawah kawasan Parlimen P137 Tuaran tetapi tewas.[7][8]


Karier Politik, Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Karier politik beliau sangat dipengaruhi dengan persekitaran kekeluargaan beliau yang sangat mementingkan perpaduan kaum yang diseimbangi dengan politik. Abang sulung beliau Zamani Hj. Basri dan adiknya Madaile Hj. Basri turut berkecimpung dalam arena politik sejak dahulu lagi. Beliau dan ahli keluarganya sangat dekat masyarakat secara amnya.

1991 UMNO Tuaran, AJK Penaja Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1991, Aliasgar menjadi salah seorang daripada 20 AJK Penaja bagi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan pada 1991. Beliau juga menjadi AJK Bahagian Tuaran serta di lantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tuaran.

1994 UPKR, Timbalan Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Aliasgar telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) yang berada di bawah Chief Minister’s Department ,Sabah.[9]

1996 UPKR, Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Aliasgar telah dilantik sebagai Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, UPKR yang berada di bawah Chief Minister’s Department,Sabah.[9][10][11]

1998 UMNO Tuaran, Ketua Pemuda Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pada pemilihan parti tahun 1998, Aliasgar memenangi pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tuaran. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2001.

1999 UMNO Sabah, Ketua Penerangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999, sebuah rombakan besar besaran telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Aliasgar telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Sabah.[12]

2000 UMNO Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Aliasgar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pemuda UMNO Malaysia.[13]

2001 UMNO Tuaran, Naib Ketua Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pada pemilihan parti 2001, Aliasgar bertanding untuk jawatan Naib Ketua Bahagian Tuaran tetapi tewas.

2004 UMNO Tuaran, Timbalan Ketua Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pada pemilihan parti 2004, Aliasgar bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran dan menang. [14]

2007 UMNO Tuaran, Timbalan Ketua Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pada pemilihan parti 2007, Aliasgar bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran dan menang lagi. Beliau menewaskan Dato' Rahman Dahlan untuk jawatan tersebut. [14]

2007 UMNO Sabah, Setiausaha Biro Latihan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007 Aliasgar telah dilantik sebagai Setiausaha Biro Latihan UMNO Sabah.

2007 UMNO Malaysia, Ahli Jawatan Kuasa Biro Latihan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Aliasgar telah dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Biro Latihan UMNO Malaysia. Pada masa ini beliau banyak terlibat mengadakan pelbagai kursus latihan di seluruh Malaysia.

2010 UMNO Tuaran, Timbalan Ketua Bahagian UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada pemilihan parti 2010, Aliasgar telah bertanding untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran. Aliasgar menewaskan Dato' Rahman Dahlan untuk jawatan tersebut.

2013 UMNO Tuaran, Timbalan Ketua Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun pada pemilihan parti 2013, Aliasgar memutuskan untuk tidak mempertahan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran dan 'memberi laluan' kepada Dato' Rahman Dahlan untuk memenangi jawatan itu tanpa bertanding.[15]

Karier Politik, Politik WARISAN[sunting | sunting sumber]

2020 WARISAN N12 Sulaman Tuaran, Calon Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2020 Sabah state election, Aliasgar Basri telah di letakkan oleh parti, Sabah Heritage Party atau WARISAN untuk bertanding di DUN N12 – Sulaman yang terletak di bawah Parlimen P170 Tuaran , tetapi tewas.[16]

2022 WARISAN P170 Tuaran, Ketua Bahagian[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan parti Warisan 2022, Datuk Aliasgar telah bertanding bagi kerusi Ketua Bahagian Warisan P170 Tuaran dan menang. Beliau menewaskan bekas penyandang Rakam Sijim dengan majoriti lebih dari separuh.

2023 WARISAN Malaysia, Setiausaha Kerja Pusat[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Feb 2023, Datuk Aliasgar Basri telah di lantik oleh Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Parti Warisan) sebagai Setiausaha Kerja Pusat bagi Parti Warisan.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Sabah ( UMS )[sunting | sunting sumber]

Aliasgar telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) pada 16 August 2023. [17]

Dengan cadangan daripada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Mohammad Yusof Apdal, beliau percaya pengalaman dan pengetahuan Aliasgar akan bermanfaat untuk membantu lembaga.

NGO[sunting | sunting sumber]

Program Pembangunan Kepimpinan Islam[sunting | sunting sumber]

Aliasgar merupakan salah seorang daripada 13 Fello untuk Program Fellowship Kepimpinan Islam (Islamic Leadership Fellows Program), yang telah di pilih oleh alma maternya Universiti Malaysia Sabah untuk mengikuti program tersebut.[11]

Majlis Belia Malaysia (MBM)[sunting | sunting sumber]

Aliasgar merupakan ahli aktif Majlis Belia Malaysia pada sekitar 1990an pada waktu beliau mula aktif di dalam senario politik nasional. Kini beliau adalah alumni bagi Alumni Majlis Belia Malaysia (Sabah) dan kini memegang jawatan Vice President II bagi alma maternya.[18]

United Sabah Bajau Organization (USBO)[sunting | sunting sumber]

Aliasgar merupakan ahli aktif untuk United Sabah Bajau Organisation (USBO) iaitu sebuah pertubuhan yg di tubuhkan oleh kumpulan etnik Bajau di Sabah. Sekarang beliau memegang jawatan Timbalan Presiden II untuk USBO. TS DSP Pandikar Amin Mulia menyampaikan watikah perlantikan kepada Aliasgar pada 20Apr 2017.[19]

Radio Sabah Alumni Association (RASA)[sunting | sunting sumber]

Aliasgar merupakan ahli aktif untuk Radio Sabah Alumni Association (RASA) kumpulan alumni untuk bekas personnel Radio Televisyen Malaysia. Sekarang beliau memegang jawatan Naib President untuk RASA.[20]

Pertubuhan Alumni UMS[sunting | sunting sumber]

Aliasgar merupakan ahli aktif untuk Pertubuhan Alumni UMS dan sekarang memegang jawatan Timbalan Presiden II untuk alma maternya, Universiti Malaysia Sabah.[21]


Penghargaan Dan Pingat[sunting | sunting sumber]

PGDK[sunting | sunting sumber]

Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk

Aliasgar telah di kurniakan darjah kebesaran Datuk Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah,Malaysia pada 2 Oktober 2010. [22][23]. Penerima darjah PGDK akan membawa gelaran Datuk.[24]

DSM[sunting | sunting sumber]

Darjah Seri Melaka (DSM).

Aliasgar telah di kurniakan darjah kebesaran Darjah Seri Melaka oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 10 Oktober 2005.[25]

ASDK[sunting | sunting sumber]

Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Aliasgar telah di kurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah,Malaysia pada 16 September 2000.[26]

ADK[sunting | sunting sumber]

Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Aliasgar telah di kurniakan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah,Malaysia pada 16 September 1994.[27]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Aliasgar Basri di Facebook

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Southern Illinois University, College Of Bussiness and Administration, Bachelor of Science Commencement (Txt format) page 34". Southern Illinois University at Carbondale. 15 Mei 1982. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  2. ^ "Southern Illinois University, College Of Bussiness and Adminitration, Bachelor Of Science, Commencement (Digital Format) page 456". Southern Illinois University at Carbondale. 12 Mei 1982. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ a b "UMS 6th Convocation Ceremony Books page 27". Universiti Malaysia Sabah. 12 September 2004. Dicapai pada 13 September 2004.
  4. ^ Prof Dr Sidek Baba (1 Januari 2007). Seteguh Tekad, page 172. Alaf21 Sdn Bhd. ISBN 9789831243022. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  5. ^ Pilihan Raya Umun Dun Sabah Ke-16(Pru Dun Sabah Ke-16) (Laporan). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  6. ^ "Hajiji Noor wins Sulaman seat". 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. 28 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Sabah 1990, page 6". Election Commission of Malaysia. 24 November 2015. Dicapai pada 28 Mei 2018.[pautan mati kekal]
  9. ^ a b "Leadership Style Preference of Political Appointed Staff of People's Development Leaders Unit (UPKR) in the Chief Minister's Department of Sabah, Malaysia". Universiti Malaysia Sabah. 25 Februari 2004. Dicapai pada 25 Februari 2004.
  10. ^ "Aliandu's sacking as People's Development Leader not right - Lajim". Election Commission of Malaysia. 7 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 8 Januari 2004.
  11. ^ a b >"Islamic Leadership In The Changing ASEAN: FOSTERING PEACE and DEVELOPMENT (Conference Proceedings) Page 183" (PDF). Universiti Malaya. 27 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 September 2018. Dicapai pada 28 April 2017.
  12. ^ Bernama (30 Mac 1999). "Majlis Pemuda Umno Dirombak" (PDF). Bernama. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  13. ^ "Hishammuddin, Aziz Get More Nominations". Utusan Malaysia Online. 11 Mac 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 12 Mac 2010.
  14. ^ a b "Hajiji kekal Ketua UMNO Bahagian Tuaran". Utusan Online. 13 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 14 Ogos 2008.
  15. ^ The Borneo Post (20 Oktober 2013). "Hajiji wins Tuaran Umno chief post unopposed". The Borneo Post. Dicapai pada 21 Oktober 2013.
  16. ^ Pilihan Raya Umun Dun Sabah Ke-16(Pru Dun Sabah Ke-16) (Laporan). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  17. ^ UMS (16 Ogos 2023). "LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI". Universiti Malaysia Sabah. Dicapai pada 16 Ogos 2023.
  18. ^ Dellroy (18 Januari 2018). "Musa puas hati sempena persiapan sempena lawatan PM". Utusan Borneo Sabah. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  19. ^ "USBO Susun Semula Kepimpinan, Pandikar sampaikan watikah perlantikan kepada AMT baru". The Borneo Post, Utusan Borneo (Sabah). 20 April 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  20. ^ "Jadikan Sebagai Muzium Penyiaran". The Borneo Post, Utusan Borneo (Sabah). 18 Oktober 2016. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
  21. ^ Marryan Razan (26 Mac 2016). "Pertubuhan Alumni UMS tetapkan visi bantu universiti" (PDF). New Sabah TImes. Dicapai pada 27 Mac 2016.
  22. ^ "Warta Khas Keluaran Kerajaan ,p2. THE ILLUSTRIOUS ORDER OF KINABALU (SECOND GRADE, PGDK)" (PDF). Sabah State Attorney-General's Chamber (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah). 2 Oktober 2010. Dicapai pada 3 Oktober 2010.
  23. ^ Sabah State Attorney-General's Chamber (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah) (2 Oktober 2010). "Sabah Yang Dipertua Negeri Ahmadshah Abdullah's birthday honours list 2010 (PGDK)". The Star. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
  24. ^ "Order State of Sabah, PRIORITIES IN MEDALS, STAR AND MEDALS". The Ceremonial and International Conference Secretariat, Prime Ministers Department. 20 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  25. ^ Melaka State Attorney-General's Chamber (10 Oktober 2005). "Malacca Governor's Birthday Honours List (DSM)". The Star. Dicapai pada 11 Oktober 2005.
  26. ^ "Warta Khas Keluaran Kerajaan ,p3. THE ILLUSTRIOUS ORDER OF KINABALU (THIRD GRADE, ASDK)" (PDF). Sabah State Attorney-General's Chamber (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah). 16 September 2000. Dicapai pada 17 September 2001.
  27. ^ "Senarai Penerima Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Negeri Sabah". Sabah State Attorney-General's Chamber (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah). 16 September 1994. Dicapai pada 16 September 2001.