Alice (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alice
Alice pada tahun 2017
Dari kiri ke kanan: Karin, Sohee, Yeonjae, Yukyung dan Do-A.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Elris (2017–2022)
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2017 (2017)–sekarang
Syarikat rakaman
  • Hunus Entertainment (2017–2021)
  • IOK Company (2022–kini)
Ahli
  • EJ
  • Do-A
  • Chaejeong
  • Yeonjae
  • Yukyung
  • Sohee
  • Karin

Alice (Hangul엘리스, dahulunya dikenali sebagai Elris), adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2017. Kumpulan ini terdiri dari tujuh orang ahli: EJ, Do-A, Chaejeong, Yeonjae, Yukyung, Sohee dan Karin.[1] Kumpulan ini pada asalnya memulakan debut sebagai Elris pada 1 Jun 2017 dengan album mini pertama mereka We, First.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut[sunting | sunting sumber]

Sebelum kumpulan ini debut, Kim So-hee dan Min Ka-rin adalah peserta rancangan realiti Kpop Star 6.[3] Sohee adalah sebahagian daripada unit KWIN, yang berjaya ke episod akhir sebagai naib juara.

Selepas tamatnya "K-pop Star 6", pada 19 Mei 2017, Sohee mengeluarkan single digital solo pertamanya "Spotlight".

2017–2020: Debut dengan We, First, Color Crush dan Summer Dream, Pembentukan semula kepada tujuh orang ahli dan Jackpot[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2017, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka We, First yang mengandungi lima buah lagu termasuk single utama dengan nama yang sama.[4]

Album mini kedua mereka Color Crush dikeluarkan pada 13 September 2017 yang mengandungi lima buah lagu termasuk single utama "Pow Pow".[5]

Pada akhir tahun 2017, ahli Bella dan Hyeseong menyertai rancangan realiti MIXNINE. Kedua-dua mereka tidak berjaya ke barisan akhir pemenang wanita.

Pada 6 Jun 2018, Hunus Entertainment mengesahkan bahawa Elris akan comeback pada 28 Jun dengan album mini ketiga Summer Dream.[6] Pada 28 Jun, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka, yang mengandungi tiga buah lagu, termasuk single utama "Summer Dream".

Pada 18 Oktober 2018, Sohee memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan single digital "Hurry Up".[7]

Kumpulan ini mengeluarkan single digital bertajuk "Miss U" pada 12 November 2019.[8]

Pada 12 Februari 2020, Hunus Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan ini telah menambah dua orang ahli baru iaitu, EJ dan Chaejeong.[1] Kumpulan ini comeback pada 26 Februari dengan album mini keempat mereka "Jackpot" dengan single utama nama yang sama.[9] Ini adalah keluaran pertama mereka sebagai kumpulan tujuh orang ahli berikutan penambahan dua orang ahli baharu dan comeback pertama mereka dalam hampir dua tahun sejak album mini ketiga mereka. Jackpot juga merupakan keluaran terakhir yang membawa nama ELRIS. Kumpulan ini berehat untuk sebahagian besar tahun 2020 dan sepanjang 2021.

2021–sekarang: Agensi baharu, penjenamaan semula, Dance On dan Show Down[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2021, diumumkan bahawa Elris akan dipindahkan ke IOK Company.[10]

Pada 11 April 2022, telah diumumkan bahawa kumpulan ini telah dijenamakan semula kepada Alice, Hyeseong dan Bella menukar nama pentas mereka masing-masing kepada Yeonjae dan Do-A. Chaejeong juga dilantik sebagai ketua baru.[11] Mereka akan membuat comeback pada 3 Mei dengan single digital "Power of Love".[12] Bagaimanapun, diumumkan bahawa keluaran single digital itu akan ditangguhkan hingga 4 Mei.[13]

Pada 27 Oktober 2022, kumpulan ini telah mengeluarkan album single pertama Dance On dengan single utama dengan nama yang sama.[14]

Pada 19 April 2023, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Show Down' dengan single utama dengan nama yang sama. Di samping itu, wakil dari agensi IOK Company menyatakan, “Ahli Do-A dan Yeonje akan menghentikan sementara aktiviti mereka kerana masalah kesihatan baru-baru ini dan kini sedang berehat dan memulihkan diri. Comeback ini akan menampilkan lima orang ahli.[15]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • EJ (Hangul: 이제이) lahir Kim Eun-ji (Hangul: 김은지) pada (1997-08-13) 13 Ogos 1997 (umur 26).
  • Do-A (Hangul: 도아) lahir Choi Yun-a (Hangul: 최윤아) pada (1999-02-02) 2 Februari 1999 (umur 25).
  • Chaejeong (Hangul: 채정) lahir Lee Chae-jeong (Hangul: 이채정) pada (1999-08-26) 26 Ogos 1999 (umur 24). — Ketua[16]
  • Yeonjae (Hangul: 연제) lahir Yang Hye-seon (Hangul: 양혜선) pada (1999-10-15) 15 Oktober 1999 (umur 24).
  • Yukyung (Hangul: 유경) lahir Lee Yu-kyung (Hangul: 이유경) pada (1999-11-05) 5 November 1999 (umur 24).
  • Sohee (Hangul: 소희) lahir Kim So-hee (Hangul: 김소희) pada (1999-12-31) 31 Disember 1999 (umur 24).
  • Karin (Hangul: 가린) lahir Min Ka-rin (Hangul: 민가린) pada (2002-01-05) 5 Januari 2002 (umur 22).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[17]
Elris
We, First
Daftar lagu
  1. "Searching for Elris" (Intro)
  2. "We, First" (우리 처음)
  3. "My Star" (나의 별)
  4. "Miracle"
  5. "You And I"(너와 나)
21
Color Crush
  • Dikeluarkan: 13 September 2017
  • Label: Hunus Entertainment, LOEN Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Heart Bank"
  2. "Pow Pow"
  3. "Roopretelcham" (열려라 그대)
  4. "Wonderland Girl"
  5. "Farewell" (짝이별)
  6. "Midnight, Moonlight"
15
Summer Dream
  • Dikeluarkan: 28 Jun 2018
  • Label: Hunus Entertainment, Kakao M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Summer Dream"
  2. "Will Be Mine" (찰랑찰랑)
  3. "Talk To Me" (말해) (Prod. Ravi)
  4. "Lovely" (챙겨주고 싶어)
  5. "Focus"
15
Jackpot
  • Dikeluarkan: 26 Februari 2020
  • Label: Hunus Entertainment, Kakao M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Intro"
  2. "Jackpot"
  3. "This is Me"
  4. "Like I Do" (해봐)
  5. "No Big Deal"
19

Album single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[17]
Alice
Dance On
  • Dikeluarkan: 27 Oktober 2022
  • Label: IOK Company, Kakao Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Lavish Light"
  2. "Dance On"
67
Show Down
  • Dikeluarkan: 19 April 2023
  • Label: IOK Company, Kakao Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Show Down"
  2. "Dizzy"
83

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Album
KOR
Down.

[24]
Elris
"We, First" (우리 처음) 2017 We, First
"Pow Pow" Color Crush
"Summer Dream" 2018 Summer Dream
"Miss U" (그립다) 2019 Single bukan-album
"Jackpot" 2020 Jackpot
Alice
"Power of Love" (내 안의 우주) 2022 Single bukan-album
"Dance On" 86 Dance On
"Show Down" 2023 105 Show Down

Penampilan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Jualan (DL) Album
KOR
[25]
"Cotton Candy" (솜사탕) 2019 I Hate You Juliet OST Part.2

Penampilan kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album
"White Love" (스키장에서) 2020 Immortal Songs: Singing the Legend (Kim Jong-guk x Turbo Part 1)

Konsert dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Penyertaan konsert[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tarikh Tempat Saluran
Elris
Beyond LIVE - 2020 K-Pop x K-Art Concert Super KPA 27 November 2020 Naver V Live
Alice
Begin Again - K-Pop Edition[26] 29 Mei 2022 Smart Araneta Coliseum -
Seen Festival in Kuala Lumpur 2023[27] 28 Januari 2023 Axiata Arena, Bukit Jalil -

Anugerah dan percalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang Dicalonkan Keputusan
2018 24th Korean Entertainment Arts Awards Best Rookie Group (Female) Elris Menang

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b 엘리스, 새 멤버 이제이·채정 합류→26일 새 앨범 컴백 [공식] [Elris joined by new members Lee Jae-yi and Chae-jung → New album comeback on the 26th [Official]]. OSEN (dalam bahasa Korea). February 12, 2020.
  2. ^ 걸그룹 '엘리스' 데뷔 쇼케이스…멤버 소희 "하늘 이미지, 보여줄 모습 많다" [Girl group 'Elris' debut showcase... Member Sohee "The image of the sky, there are many sides to show"] (dalam bahasa Korea). Donga Ilbo. June 1, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2017. Dicapai pada September 16, 2017.
  3. ^ 'K팝스타6' 김소희, 걸그룹 'ELRIS'로 가요계 데뷔 ['K-Pop Star 6' Kim So-hee debuts in the music industry with the girl group 'ELRIS'] (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 14, 2017.
  4. ^ 엘리스, 데뷔곡 M/V 티저 2탄 공개 [Elris, debut song M/V teaser 2nd release] (dalam bahasa Korea). Ten Asia. May 31, 2017.
  5. ^ '컴백' 엘리스 "파격 변신, 톡톡 튀는 매력 발산할 것" ['Comeback' Elris "Unprecedented transformation, will emit a popping charm"] (dalam bahasa Korea). No Cut News. September 13, 2017.
  6. ^ 엘리스(ELRIS), 6월 미니 3집 'SUMMER DREAM' 발표…9개월 만에 '컴백' [ELRIS releases the 3rd mini album 'SUMMER DREAM' in June... 'Comeback' after 9 months]. Top Star News (dalam bahasa Korea). June 7, 2018.
  7. ^ "Kim So Hee announces she'll be debuting solo with the help of Bolbbalgan4". June 7, 2018.
  8. ^ 엘리스, 팬 향한 그리움 노래한다…12일 신곡 '그립다' 공개 [Elris sings of longing for fans... Released new song 'Miss U' on the 12th]. OSEN (dalam bahasa Korea). September 30, 2018.
  9. ^ 엘리스, 새 멤버 이제이·채정 영입…'JACKPOT'으로 컴백 [Elris recruits new members Lee Jae-yi and Chae-jung... Comeback with 'JACKPOT']. TV Report (dalam bahasa Korea). February 12, 2020.
  10. ^ Oh, Yoon-joo (December 1, 2021). 아이오케이컴퍼니, 7인조 걸그룹 엘리스 영입 "아낌없이 지원할 것 [IOK Company to recruit 7-member girl group Elris "We will support you generously"] (dalam bahasa Korea). My Daily. Dicapai pada December 1, 2021 – melalui Naver.
  11. ^ Kim, Myung-mi (April 12, 2022). 엘리스→앨리스, 4년9개월만 그룹명 교체 '새로운 변화'[공식] [Elris → Alice, group name change for the first time in 4 years and 9 months 'new change' [Official]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada April 12, 2022 – melalui Naver.
  12. ^ Kim, Myung-mi (April 13, 2022). "앨리스 '혜성→연제' 법적 개명..'벨라→도아' 활동명 변경해 새 출발 [공식]" [Alice's 'Hyeseong → Yeonje' legal name change... 'Bella → Do-A' activity name changed and a new start [Official]] (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada April 13, 2022 – melalui Naver.
  13. ^ Moon, Wan-shik (May 2, 2022). "앨리스, 이름까지 바꾼 2년 3개월만 컴백 4일로 연기..왜?" [Alice, who changed her name, postponed her comeback to 4 days after 2 years and 3 months... Why?] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada May 2, 2022 – melalui Daum.
  14. ^ 앨리스 (ALICE) [@IOK_ALICE] (October 4, 2022). "[#앨리스] 1st Single Album [Dance On] 📍 Promotion Scheduler 📍 2022. 10. 27 18:00 (KST) Release #ALICE #DANCE_ON t.co/eN9OQdJflj" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2023. Dicapai pada March 28, 2023 – melalui Twitter.
  15. ^ "ALICE Confirms Comeback on April 19: To Promote as a Five-Member Group". www.kpopofficial.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2023. Dicapai pada April 19, 2023.
  16. ^ "'5월 컴백' 앨리스 새 리더는 채정" (dalam bahasa Korea). Naver.
  17. ^ a b Peak chart positions on Circle (formerly Gaon) Album Chart:
    • "We, First". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). May 28 – June 3, 2017.
    • "Color Crush". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). September 24–30, 2017.
    • "Summer Dream". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). June 24–30, 2018.
    • "Jackpot". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). February 23–29, 2020.
    • "Dance On". Circle Chart. Dicapai pada November 3, 2022.
    • "Show Down". Circle Chart. Dicapai pada May 2, 2023.
  18. ^ "2017년 07월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada August 12, 2017.
  19. ^ "2018년 11월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada December 15, 2017.
  20. ^ "2018년 07월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada August 9, 2018.
  21. ^ "Circle Chart" 2020년 03월 Album Chart [March 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 16, 2020.
  22. ^ "Album Chart - 2022 Weeks 45". Circle Chart. Dicapai pada November 10, 2022.
  23. ^ "Album Chart - 2023 Weeks 46". Circle Chart. Dicapai pada May 2, 2023.
  24. ^ "Download Chart – 2022 Week 44". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 17, 2022.
  25. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada June 8, 2017.
  26. ^ SmartAranetaColiseum [@TheBigDome] (May 13, 2022). "It's our pleasure to announce, "Begin Again: KPOP Edition"ㅡa live concert w/ NCT DREAM, KEY, WEi, & ALICE. Official ticket selling starts on May 18, 2022 at 10am. #BeginAgain_KPOP #TheBigDome t.co/yVJVfFdsZc" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2023. Dicapai pada March 28, 2023 – melalui Twitter.
  27. ^ SEEN FESTIVAL MALAYSIA [@seenfestival_MY] (January 5, 2023). "#NCTDREAM , #WayV , #KARD and #ALICE will meet everyone at Kuala Lumpur 2023! 💚 📌 at Axiata Arena, Bukit Jalil 📅 Saturday, 28 January 2023 ⏰ 6:00pm onwards. for more information will be announced soon. 😍 #CMLIVE #CMO #SeenFestivalinKL t.co/L6BXt5GSGB" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 28, 2023 – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]