Alif & Sofia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Reference

Alif & Sofia
GenreAnimation, Education, Musical, Comedy, Vlog
Format1080i
PenciptaLukman Nul Hakim Othman
Dibangunkan oleh
Blindspot Studios
PengarahLukman Nul Hakim Othman
Izzudin Asyraf (Art Director)
Zulkifly Amirudin (Animation Director)
Fairuzzaman Junos (Technical Director)
PenggubahKing Farhan
Negara asalMalaysia
BahasaMalay
Indonesian
Bilangan episod104
PenyuntingFairuzzaman Junos
Syarikat penerbitan
Blindspot Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
TV9
Siaran asalMay 10, 2019
StatusSeason 2 ends
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Blindspot Studios

Alif & Sofia is a short animated series Malaysia published by Blindspot Studios and Primeworks Studios, and supported by Malaysia Digital Economy Corporation.[1] This series is a pair of brothers named Alif & Sofia, studying various science topics such as

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Alif & Sofia merupakan sepasang adik beradik yang sentiasa sukakan ilmu dan pengetahuan baharu, gemarkan pengembaraan. Pelbagai ilmu baru yang dipelajari oleh adik beradik ini seperti topik sains, matematik, seni, kesihatan, keagamaan, nilai moral, persahabatan samada melalui pembacaan dan pengalaman sendiri, dan terutamanya hasil didikan oleh ibu bapa dan guru mereka.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Alif merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang periang, penuh sifat ingin tahu, gemar bermain bola dan blok, lasak serta berimaginasi pengembaraan. Alif kerap menyatakan "Alif tahu, Alif tahu" apabila dia mengetahui dan faham sesuatu topik baharu yang dipelajarinya. Adakalanya Alif sukar fokus kepada sesuatu perkara kerana sentiasa tertarik dengan pelbagai perkara disekelilingnya.

Sofia merupakan seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun. Sofia merupakan kakak kandung Alif. Walaupun baru berumur 7 tahun, Sofia menunjukkan sifat yang matang & berketerampilan, ceria dan dalam masa yang sama tegas. Dia gemar membaca buku, menonton video, rakaman vlog, mewarna, fesyen dan bersiar-siar. Sofia akan sentiasa menyebut "Ohsem" (Awesome) setiap kali dia merasakan sesuatu yang menarik atau hebat.

Baby Ba merupakan seekor anak kambing biri-biri yang menjadi kesayangan Alif. Persamaan sifat antara Baby Ba dan Alif, yang suka bermain-main menjadikan mereka akrab. Nama Baby Ba diberikan oleh Alif. Ia akan muncul sekali sekala secara rawak di sepanjang siri animasi ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Alif & Sofia merupakan keluaran sulung Blindspot Studios, syarikat produksi animasi yang ditubuhkan oleh Lukman Nul Hakim Othman pada tahun 2013. Versi awal Alif & Sofia telah diterbitkan pada tahun 2016 dan dimuat naik ke platform YouTube. Pelbagai reaksi positif diperolehi hasil daripada animasi versi awal tersebut. Pada 8 Ogos 2018, persetujuan bersama telah dicapai oleh Primeworks Studios (syarikat produksi di bawah Media Prima Berhad) dan Blindspot Studios untuk menghasilkan siri animasi Alif & Sofia untuk tempoh 2 tahun, melalui platform saluran rasmi di YouTube. Pada 25 Mei 2019, Primeworks Studios bersama Blindspot Studio dengan rasminya melancarkan animasi Alif & Sofia di Central iCity Mall, Selangor.

Senarai Episod Musim 1
Episod Tajuk Kategori Tarikh Tayangan
001 Vlog Sofia #1 Vlog 10 Mei 2019
002 Ramadan Tiba Lagu 10 Mei 2019
003 Puasa Cerita 17 Mei 2019
004 25 Rasul Lagu 23 Mei 2019
005 Suasana Hari Raya Lagu 30 Mei 2019
006 Gelagat Raya Cerita 6 Jun 2019
007 Bernafas Cerita 14 Jun 2019
008 Twinkle Syahadah Lagu 21 Jun 2019
009 Vlog Panggilan Mama Vlog 28 Jun 2019
010 Rukun Islam Lagu 5 Julai 2019
011 Rukun Haji Cerita 12 Julai 2019
012 Nabi Ibrahim Seorang Hero Cerita 19 Julai 2019
013 Jimat Air Cerita 26 Julai 2019
014 Doa Dhuha Lagu 2 Ogos 2019
015 Raya Haji Cerita 9 Ogos 2019
016 Kaki Alif Kenapa? Cerita 16 Ogos 2019
017 Tetap Bersama Vlog 23 Ogos 2019
018 Tala'al Badru 'Alayna Lagu 30 Ogos 2019
019 Senyum Itu Sedekah Lagu 6 September 2019
020 Solat Awal Waktu Cerita 13 September 2019
021 Bersyukur Vlog 20 September 2019
022 Kenali Huruf Alif Lagu 27 September 2019
023 Bersihkan Bilik Vlog 4 Oktober 2019
024 Kuasa Tangan Cerita 11 Oktober 2019
025 Menjaga Bumi Cerita 18 Oktober 2019
026 Cakap Yang Baik Vlog 25 Oktober 2019
027 Doa Masuk Tandas Lagu 1 November 2019
028 Menabung Cerita 8 November 2019
029 Kenali Keluarga Nabi Cerita 15 November 2019
030 Selawat Ke Atas Nabi Lagu 22 November 2019
031 Derma Mainan Vlog 29 November 2019
032 Huruf Ba Lagu 6 Disember 2019
033 Zoo Negara Vlog 13 Disember 2019
034 Jaga Mata Cerita 20 Disember 2019
035 Datang Awal Ke Sekolah Cerita 27 Disember 2019
036 Kenali Fonik A & B Lagu 3 Januari 2020
037 Bekerjasama Cerita 10 Januari 2020
038 Kemaskan Meja Vlog 17 Januari 2020
039 20 Sifat Allah Lagu 24 Januari 2020
040 Membalut Hadiah Vlog 31 Januari 2020
041 Dengar Nasihat Cikgu Cerita 7 Februari 2020
042 Kenali Huruf Ta Lagu 14 Februari 2020
043 Terima Kasih, Kawan! Cerita 21 Februari 2020
044 Fungsi Hidung Cerita 28 Februari 2020
045 Dapat Haiwan Peliharaan Vlog 6 Mac 2020
046 Israk Mikraj Cerita 13 Mac 2020
047 Kawan Autisme Alif Cerita 27 Mac 2020
048 Beri Bantuan Cerita 3 April 2020
049 Doa Sebelum Makan Lagu 10 April 2020
050 Apa Itu Puasa Vlog 17 April 2020
051 Makanan Sihat Cerita 24 April 2020
052 Buatmu Cikgu Lagu 1 May 2020


Senarai Episod Musim 2
Episod Tajuk Kategori Tarikh Tayangan
053 Doa Untuk Ibu Bapa Lagu 8 Mei 2020
054 Persiapan Hari Raya Vlog 15 Mei 2020
055 Balik Kampung Lagu 22 Mei 2020
056 Hari Raya Cerita 29 Mei 2020
057 Kita Lari Lagu 5 Jun 2020
058 Doa Penerang Hati Lagu 12 Jun 2020
059 Jom Membaca Vlog 18 Jun 2020
060 Gosok Gigi Lagu 25 Jun 2020
061 Saya Sayang Allah Lagu 2 Julai 2020
062 Bantu Papa Mama Cerita 9 Julai 2020
063 Fikir Yang Baik Cerita 16 Julai 2020
064 Pengorbanan Siti Hajar Cerita 23 Julai 2020
065 Bangun Pagi Lagu 30 Julai 2020
066 Buat Latihan Vlog 6 Ogos 2020
067 Huruf Tha ث Lagu 13 Ogos 2020
068 Cakap Jujur Vlog 20 Ogos 2020
069 Rindu Atuk Nenek Vlog 27 Ogos 2020
070 Kena Mandi? Cerita 3 September 2020
071 Solla 'Alaikallah Lagu 10 September 2020
072 Apa Itu 3R? Vlog 17 September 2020
073 Sayangi Kawan Cerita 25 September 2020
074 Seronoknya Beraktiviti Vlog 2 Oktober 2020
075 Boleh Guna Tak? Cerita 9 Oktober 2020
076 Nabi Muhammad Seorang Hero Cerita 16 Oktober 2020
077 Lampu Isyarat Lagu 23 Oktober 2020
078 Doa Keluar Tandas Lagu 30 Oktober 2020
079 Berjiran Cerita 6 November 2020
080 Sayang Semuanya Lagu 13 November 2020
081 Alif Kena Ganti Cerita 20 November 2020
082 Eksperimen Sains Vlog 27 November 2020
083 Dengar dengan Baik Cerita 4 Disember 2020
084 Katak Oh Katak Cerita 11 Disember 2020
085 Berkebun Vlog 18 Disember 2020
086 Salam Lagu 25 Disember 2020
087 Hari Pertama Sekolah Cerita 1 Januari 2021
088 Biskut Sofia Vlog 8 Januari 2021
089 Mana Jari Lagu 15 Januari 2021
090 Orang Tak Dikenali Cerita 22 Januari 2021
091 Kenali Anggota Badan Lagu 29 Januari 2021
092 Berkhemah Vlog 5 Februari 2021
093 Hari Jadi Alif Vlog 12 Februari 2021
094 Nak Jadi Apa? Cerita 19 Februari 2021
095 Memancing Cerita 26 Februari 2021
096 Doa Selepas Makan Lagu 5 Mac 2021
097 Hikmah Israk Mikraj Cerita 12 Mac 2021
098 Bintang Oh Bintang Lagu 19 Mac 2021
099 Dunia Sufi Cerita 26 Mac 2021
100 Rukun Iman Lagu 2 April 2021
101 Puasa Pertama Alif Cerita 9 April 2021
102 Bayar Zakat Fitrah Cerita 16 April 2021
103 Ikut Giliran Cerita 23 April 2021
104 Nabi Nuh Seorang Hero Cerita 30 April 2021
105 Raya Bersama Vlog 7 Mei 2021

Tayangan Televisyen[sunting | sunting sumber]

Bananana!

Bananana! ialah sebuah slot rancangan kanak-kanak di TV3, ntv7, TV9 dan dahulunya di 8TV. Pada dahulunya slot ini dikenali sebagai TV3 Kids, Kids@fgw dan Adik Di 9. Mulai 2020, siri animasi Alif & Sofia ditayangkan di TV3, melalui slot Bananana!. Ia telah membantu meluaskan dan meningkatkan penerimaan penonton terutamanya golongan kanak-kanak.

DidikTV@ntv7

Pada 27 Januari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan telah menambah slot rancangan TV Pendidikan dalam program DidikTV@ntv7. Slot itu memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021. Pada 17 Februari 2021, saluran ntv7 telah dijenamakan kepada DidikTV KPM, dan akan bersiaran setiap hari pada jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Ia menjanjikan rancangan pendidikan bermutu dan interaktif mengikut peredaran masa bagi semua lapisan masyarakat, khususnya murid-murid yang menduduki peperiksaan kebangsaan UPSR, PT3, dan SPM. Siri animasi Alif & Sofia turut dimuatkan di dalam slot tayangan DidikTV sebagai wadah didik hibur santai kepada para penonton.

Stesen Televisyen Slot Hari Masa
TV3 Bananana Sabtu 10.30 pagi - 11.00 pagi
ntv7 DidikTV KPM Setiap Hari 7.30 malam - 8.00 malam

Tayangan animasi Alif & Sofia di stesen televisyen ditangguhkan bagi memberi laluan kepada tayangan di platform Disney+ Hotstar.

Tayangan Strim[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mei 2021, pihak The Walt Disney Company telah mengadakan pengumuman bagi liputan media melibatkan media tempatan dan antarabangsa. Disney+ Hotstar akan menemui penonton mulai 1 Jun 2021, yang akan memuatkan rancangan menarik dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai lagi. Antara studio tempatan terlibat pula ialah Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan Blindspot Studios. Siri animasi Alif & Sofia akan mula ditayangkan bermula 9 Julai 2021. Para peminat dan penonton boleh menonton animasi Alif & Sofia dengan melanggan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar berdasarkan pakej yang ditawarkan.

Penerbitan Bercetak[sunting | sunting sumber]

Harta intelek ini turut dikembangkan melalui penerbitan bercetak yang sesuai sebagai bahan bacaan anak-anak.

Ayo, Shalat!
Buku Ayo, Shalat! untuk Laki-laki dan Ayo, Shalat! untuk Perempuan diterbitkan dan dipasarkan di bazar buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2019 di Indonesia. Buku ini dilengkapi dengan pembelajaran interaktif panduan solat melalui aplikasi Realiti Terimbuh (Augmented Reality). Ia mendapat sambutan hangat dari pengunjung Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2019, dengan 20,000 unit buku laris dalam masa 3 hari. Buku ini dipasarkan lagi di Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2020 yang berlangsung di Convention Exhibition (ICE) di Tangerang, Jakarta bersempena Majlis Pelancaran Alif & Sofia versi Indonesia. Maskot Alif & Sofia turut hadir pada majlis pelancaran ini bagi memeriahkan program pelancaran dan aktiviti mewarna kanak-kanak. [2][3]

Jom, Solat!
Buku Jom, Solat! untuk Lelaki, dan Jom, Solat! untuk Perempuan merupakan penerbitan buku seterusnya menggunakan Bahasa Melayu. Buku ini dipasarkan melalui platform e-dagang dan aplikasi Shopee.


Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia
Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia mula dipasarkan pada Oktober 2020 melalui platform e-dagang dan aplikasi Shopee. Ia hadir dengan 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Siri ini mengandungi 4 buah kisah Rasul, di adun dengan bahasa yang mudah difahami dan amat sesuai sebagai bahan bacaan kanak-kanak [4]. Suatu sesi temubual dan promosi telah diadakan dalam slot Borak Kopitiam pada tarikhh 31 Oktober 2020 dan boleh ditonton melalui pautan video ini.

Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia My Prophet Series with Alif & Sofia
Bil Tajuk Bahasa Melayu Tajuk Bahasa Inggeris Rasul
1 Nabi Nuh a.s. Kapal Yang Besar Prophet Nuh a.s. And The Great Ship Nabi Nuh a.s.
2 Nabi Yunus a.s Ditelan Ikan Nun Prophet Yunus a.s. And The Whale Nabi Yunus a.s.
3 Nabi Sulaiman a.s. Dengan Ratu Balqis Prophet Sulaiman a.s. And Queen Balqis Nabi Sulaiman a.s.
4 Nabi Muhammad SAW Lahir Pada Tahun Gajah Prophet Muhammad s.a.w. And The Year of Elephant Nabi Muhammad SAW
5 Nabi Salih a.s Dengan Unta Prophet Salih a.s And She-Camel Nabi Salih a.s
6 Nabi Ibrahim a.s Dengan Tentera Nyamuk Prophet Ibrahim a.s And The Army of Mosquitoes Nabi Ibrahim a.s
7 Nabi Ismail a.s Yang Pasrah Prophet Ismail a.s And The Great Sacrifice Nabi Ismail a.s
8 Nabi Musa a.s Membelah Laut Prophet Musa a.s And The Red Sea Nabi Musa a.s

Projek Usahasama[sunting | sunting sumber]

Alif & Sofia telah menjalinkan usahasama dengan jenamaTudung Si Comel, sebuah perusahaan tudung sekolah kanak-kanak yang menghasilkan tudung berkualiti tinggi. Jalinan usahasama ini telah membuahkan hasil produk Tudung Sekolah Awning Scuba dengan label Alif & Sofia. Ibu bapa dan pembeli boleh mendapatkan tudung ini melalui ejen jualan yang dilantik. Pada 26 Disember 2020, suatu sesi temubual dan promosi telah dijalankan dalam slot Borak Kopitiam TV3.

Tudung Alif & Sofia
Tudung Sekolah Awning Scuba Alif & Sofia

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Alif & Sofia terpilih sebagai National Best Preshool Program , mewakili Malaysia pada Asian Academy Creative Awards 2020. [5] [6] Animasi ini juga turut tersenarai sebagai Finalis Kategori Watak Animasi dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2021)

Bil Tahun Nama Anugerah Kategori
1 2020 Asian Academy Creative Awards National Best Preshool Program
2 2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Finalis Kategori Watak Animasi


Penglibatan Luar[sunting | sunting sumber]

Simulasi Haji Cilik 2019
Alif & Sofia terlibat dalam program Simulasi Haji Cilik 2019 yang dilangsungkan pada 1 Ogos 2019 bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), dengan penglibatan 3,000 orang pelajar yang hadir dari tadika yang bernaung di bawah Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM). Maskot Alif & Sofia hadir bagi memeriahkan majlis simulasi mengerjakan ibadah haji bagi kanak-kanak ini.

Peserta Simulasi Haji Cilik 2019 bergambar bersama maskot Alif & Sofia


Sambutan Hari Kebangsaan 2019
Alif & Sofia berpeluang terlibat dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2019 pada 31 Ogos 2019 bertempat di Dataran Putrajaya. Kontijen animasi diketuai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini turut disertai oleh pelbagai lagi wakil animasi tempatan. Liputan media yang meluas membantu jenama Alif & Sofia lebih dikenali oleh rakyat Malaysia.

Fail:Krew perbarisan AlifSofia.jpg
Maskot dan Krew Alif & Sofia bergambar sebelum memulakan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2020.


Majlis Graduasi Cilik Selangor 2019
Maskot Alif & Sofia membuat penampilan istimewa di Majlis Graduasi Cilik Selangor yang berlangsung pada 19 November 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Watak maskot Alif & Sofia hadir bagi meraikan graduasi anak-anak yang telah menamatkan pendidikan peringkat prasekolah mereka.


Hari Kesedaran Autisme Sedunia, 2 April
Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan sebuah inisiatif di peringkat antarabangsa dan diraikan pada 2 April setiap tahun. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggalakkan setiap negara anggotanya mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Gangguan Spektrum Autisme. Produksi animasi Alif & Sofia turut mengambil bahagian dalam kempen pendedahan autisme, dengan kerjasama GENIUS Kurnia. GENIUS Kurnia merupakan pusat intervensi awal kepada keluarga dan kanak-kanak yang mengalami autisme. Ia memperkenalkan watak kanak-kanak autisme bernama Sufi, yang juga merupakan sahabat Alif.

Animasi berkaitan Autisme
Tahun Tajuk
2020 Kawan Autisme Alif
2021 Dunia Sufi


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "#Showbiz: 'Ejen Ali The Movie', 'Alif & Sofia' earn accolades at 2020 Asian Academy Creative Awards". 2020-10-19. Unknown parameter |first-access-date= ignored (bantuan)
  2. ^ Istiqomah, Irwina (7 Mac 2020). "Orang Tua Kini Bisa Ajari Anak Salat Bersama Alif & Sofia". GenPI.com. Dicapai pada 2020-12-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Radzi, Riadz (9 Mac 2020). "Alif & sofia makin laris". Harian Metro. Dicapai pada 2020-12-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Omar, Aref (30 Oktober 2020). "#Showbiz: Alif & Sofia launches 'My Prophet Series' of books". New Straits Times. Dicapai pada 2020-11-29. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "NATIONAL WINNERS 2020" (PDF). Dicapai pada 2020-11-29. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Mohamad, Zaid (17 Oktober 2020). "Ejen Ali, Alif & Sofia wakil Malaysia". Berita Harian. Dicapai pada 2020-11-29. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)