Aliff Firdaus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliff Firdaus
GenreDrama
Cinta
Agama
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran38–39 minit
Syarikat penerbitan
Opera Klasik Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 Disember 2009 – 4 Jun 2010
Kronologi
MengikutiNur Kasih
Diikuti olehJanji Kekasih

Aliff Firdaus merupakan siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Rashid Sibir terbitan Opera Klasik. Dibintangi oleh Beego, Irma Hasmie, Fezrul Khan, Maria Farida dan Nasir Bilal Khan, siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 4 Disember 2009 sehingga 4 Jun 2010 menggantikan Nur Kasih.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aliff Firdaus (Beego) mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi (Nasir Bilal Khan) melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina (Fadhilah Mansor) pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah). Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira (Irma Hasmie), gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur. Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (19 Disember 2009). Drama Aliff Firdaus Lakonan Beego, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Kuza Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mei 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]