Alir lintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Alir lintang ialah mekanisme pengangkutan sebuah bahan oleh bendalir yang disebabkan gerakan pukal bendalir tersebut. Istilah ini digunakan sedemikian rupa dalam bidang kimia, kejuruteraan dan sains bumi.

Satu contoh alir lintang ialah pengangkutan bahan cemar atau lodak yang hadir di dalam sungai oleh gerakan pukal air ke hilir sungai. Satu lagi bahan yang mengalami alir lintang ialah tenaga (entalpi).

Dalam bidang kaji cuaca dan oseanografi, alir lintang sering kali merujuk kepada pengangkutan sebahagian sifat atmosfera atau lautan seperti haba, kelembapan atau kemasinan. Alir lintang penting bagi pembentukan awan gunung dan pemendakan air dari awan dan kitaran hidrologi.

Perbezaan alir lintang dengan perolakan[sunting | sunting sumber]

Perkataan alir lintang kadang kala digunakan sebagai sinonim perolakan. Dari segi teknik, "perolakan" ialah pengangkutan keseluruhan daripada proses peresapan dan alir lintang. Pengangkutan alir lintang memerikan pergerakan sesuatu bahan melalui aliran pukal bendalir (seperti apa yang terjadi di dalam sebuah sungai atau paip minyak).[1][2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Suthan S. Suthersan, "Remediation engineering: design concepts", CRC Press, 1996. (Google books)
  2. Jacques Willy Delleur, "The handbook of groundwater engineering", CRC Press, 2006. (Google books)



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.