Aliran Chiyoda (Tokyo Metro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aliran Chiyoda Tokyo Metro
اليرن چييودا توکيو ميترو
Logo bagi aliran Chiyoda
Kereta api Tokyo Metro siri 16000, siri 06 dan siri 6000
Kereta api Tokyo Metro siri 16000, siri 06 dan siri 6000
Umum
Nama lainAliran 9 Aliran Chiyoda
9号線千代田線
9-gōsen Chiyoda-sen
Nama asal東京メトロ千代田線
Tōkyō Metoro Chiyoda-sen
JenisAlihan laju berlandasan berat
StatusBeroperasi
LokasiTokyo, Jepun
TerminalYoyogi-uehara
Kita-ayase
Stesen20
Penumpang harian1,131,379 (TF2010)[1]
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/en/
Operasi
Dibuka20 Disember 1969[2]
Pemilik Tokyo Metro
Pengendali Tokyo Metro
DepotAyase, Yoyogi
Stok kereta apiSiri 6000, siri 05, siri 16000
Teknikal
Panjang aliran24.0 km (14.9 mi)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/h (50 mph)
Peta laluan
TokyoMetroChiyoda.png
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Aliran Chiyoda Tokyo Metro (東京メトロ千代田線, Tōkyō Metoro Chiyoda-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia diuruskan dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran kereta api ini beroperasi dari stesen Yoyogi-uehara sehingga ke stesen Kita-ayase. Aliran Chiyoda juga dikenali sebagai Aliran 9 Aliran Chiyoda (9号線千代田線 (9ごうせんちよだせん), 9-gōsen Chiyoda-sen).

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Kereta api ini beroperasi pada aliran kereta api yang lain di kedua-dua hujungnya. Lebih separuh daripadanya adalah kereta api ke timur laut melangkaui Ayase ke Aliran Jōban milik Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR Timur) untuk Toride. Selebihnya beroperasi ke arah barat daya melangkaui stesen Yoyogi-uehara ke Aliran Odawara untuk Hon-atsugi dan Aliran Tama untuk Karakida, dimana kedua-dua aliran itu merupakan milik syarikat swasta, Kereta Api Odakyu.

Panjang aliran ini adalah 24 kilometer (15 mi), dimana ia menjangkau dari barat daya Tokyo hingga ke kawasan timur laut dan merentasi beberapa buah daerah atau wad seperti Adachi, Arakawa, Bunkyō, Chiyoda, Minato dan Shibuya.

Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Chiyoda merupakan aliran kereta api alihan laju kedua tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 181% ketika waktu puncak di antara stesen Machiya dan Nishi-nippori.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Chiyoda ditunjukkan dengan warna hijau () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "C" ().

Stesen[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya terdapat 20 buah stesen bagi aliran Tōzai dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo. Semua kereta api tempatan akan berhenti di setiap stesen. Perkhidmatan kereta api ekspres terhad Romancecar Odakyu berhenti di stesen yang bertanda "●" dan tidak berhenti di stesen yang bertanda "|" manakala perkhidmatan ekspres terhad Bay Resort tidak berhenti di stesen bertanda "▲" (ia meninggalkan aliran Chiyoda di Kasumigaseki). Bagi perkhidmatan ekspres terhad lain, ia berhenti di Yoyogi-uehara (bertanda "※") untuk menukar pemandu dan konduktor tetapi penumpang tidak boleh menaiki atau turun di stesen ini.

Nombor Stesen Jarak (km) Kereta api ekspres terhad Pertukaran Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan
C-01 Yoyogi-uehara 代々木上原[* 1] - 0.0 Aliran Odawara Aliran Odawara (Odakyū) (OH-05) (melalui perkhidmatan untuk Hon-atsugi dan melalui Aliran Tama untuk Karakida; kereta api ekspres terhad melalui Kereta Api Hakone Tozan untuk Hakone-yumoto) Shibuya
C-02 Yoyogi-kōen [Taman Yoyogi] 代々木公園 1.0 1.0
C-03 Meiji-jingūmae (Harajuku) [Kuil Meiji Jingū] 明治神宮前 1.2 2.2
C-04 Omotesandō 表参道 0.9 3.1 Minato
C-05 Nogizaka 乃木坂 1.4 4.5  
C-06 Akasaka 赤坂 1.1 5.6  
C-07 Kokkai-gijidōmae [Bangunan Diet Kebangsaan] 国会議事堂前 0.8 6.4
Chiyoda
C-08 Kasumigaseki 霞ケ関 0.8 7.2
C-09 Hibiya 日比谷 0.8 8.0
C-10 Nijūbashimae 二重橋前 0.7 8.7  
C-11 Ōtemachi 大手町 0.7 9.4
  • Subway TokyoTozai.png Aliran Tōzai (T-09)
  • Subway TokyoMarunouchi.png Aliran Marunouchi (M-18)
  • Subway TokyoHanzomon.png Aliran Hanzōmon (Z-08)
  • Subway TokyoMita.png Aliran Mita (Toei) (I-09)
C-12 Shin-ochanomizu 新御茶ノ水 1.3 10.7
C-13 Yushima 湯島 1.2 11.9   Bunkyō
C-14 Nezu 根津 1.2 13.1  
C-15 Sendagi 千駄木 1.0 14.1  
C-16 Nishi-nippori 西日暮里 0.9 15.0
  •      Aliran Yamanote (JR Timur)
  •      Aliran Keihin–Tōhoku (JR Timur)
  •      Nippori–Toneri Liner (Toei) (02)
Arakawa
C-17 Machiya 町屋 1.7 16.7
C-18 Kita-senju 北千住[* 2] 2.6 19.3
Adachi
C-19 Ayase 綾瀬[* 2] 2.6 21.9  
  •      Aliran Jōban (JR Timur) (melalui perkhidmatan untuk Toride)
  • Aliran Chiyoda Aliran Chiyoda (untuk Kita-ayase)
  1. ^ Yoyogi-uehara berkongsi dengan Kereta Api Elektrik Odakyu dan Tokyo Metro dimana Kereta Api Elektrik Odakyu menguruskan stesen ini.
  2. ^ a b Kita-senju dan Ayase berkongsi dengan syarikat JR Timur dan Tokyo Metro dimana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.

Aliran cabang[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua stesen berikut terletak di Adachi, Tokyo.

Nombor Stesen Jarak (km) Pertukaran Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan
C-19 Ayase 綾瀬 - 21.9
  • Aliran Chiyoda Aliran Chiyoda (untuk Yoyogi-uehara)
  •      Aliran Jōban
Adachi
C-20 Kita-ayase 北綾瀬 2.1 24.0  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tokyo Metro station ridership in 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai 28 Mei 2012. 
  2. ^ "Sejarah Tokyo Metro". Diarkibkan daripada asal pada 7 Januari 2016. Dicapai 23 Januari 2016. 
  3. ^ "Commute". Metropolis. 12 Jun 2009. m/s. 7. Muatan 100% bermaksud semua penumpang mempunyai tempat duduk, berupaya untuk memaut pada susur tangan atau pada pintu kereta api 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]