Aliran Fukutoshin (Tokyo Metro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliran Fukutoshin Tokyo Metro
اليرن فوكوتوشين توکيو ميترو
Logo bagi aliran Fukutoshin
Kereta api Tokyo Metro siri 10000
Kereta api Tokyo Metro siri 10000
Umum
Nama lainAliran 13 Aliran Fukutoshin
13号線副都心線
13-gōsen Fukutoshin-sen
Nama asal東京メトロ副都心線
Tōkyō Metoro Fukutoshin-sen
StatusBeroperasi
LokasiTokyo
Wakō, (Saitama)
TerminalWakōshi
Shibuya
Stesen16
Penumpang harian330,096 (TF2010)[1]
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/global/en/index.html
Operasi
Dibuka
  • 7 Disember 1994 (sebagai Aliran Baru Yūrakuchō)[2]
  • 14 Jun 2008 (sebagai Aliran Fukutoshin)
Pemilik Tokyo Metro
Pengendali Tokyo Metro
DepotWakō
Stok kereta api
  • Tokyo Metro siri 7000, siri 10000
  • Tobu siri 50070, siri 9050, siri 9000
  • Seibu siri 6000
  • Tokyu siri 5050
  • Tokyu siri 5000
Teknikal
Panjang aliran20.2 km (12.6 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan


Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Aliran Fukutoshin Tokyo Metro (Jepun: 東京メトロ副都心線, Hepburn: Tōkyō Metoro Fukutoshin-sen) atau juga dikenali sebagai Aliran 13 Aliran Fukutoshin (Jepun: 13号線副都心線13ごうせんふくとしんせん, Hepburn: 13-gōsen Fukutoshin-sen) merupakan salah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di barat tengah Tokyo, Jepun. Aliran ini dikendalikan dan diuruskan oleh Tokyo Metro. Merupakan aliran terbaru dalam rangkaian kereta api bawah tanah Tokyo, ia dibuka secara berperingkat pada 1994 dan 2008.

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Fukutoshin ditunjukkan dengan warna perang () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "F" ().

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Aliran Fukutoshin ialah aliran kereta api bawah tanah terdalam di Tokyo dengan purata kedalaman 27 meter (89 ka).[3] Di stesen Shinjuku-sanchōme, aliran ini melewatdi di bawah aliran Marunouchi dan di atas Shinjuku pada kedalaman 15 meter (49 ka), dengan selang hanya 11 sentimeter (0.11 m) ke terowong aliran Shinjuku.[3] Seksyen terdalamnya adalah di bersebelahan stesen Higashi-shinjuku, di mana aliran Fukutoshin berada 35 meter di bawah stesen, di mana sebahagian sebabnya adalah sebagai ruang simpanan bawah tanah untuk sambungan masa hadapan yang mungkin bagi Shinkansen Jōetsu ke Shinjuku.[3]

Aliran ini juga adalah aliran Tokyo Metro kedua yang menyediakan perkhidmatan kereta api ekspres selepas aliran Tōzai. Walau bagaimanapun, tidak seperti aliran Tōzai (di mana perkhidmatan kereta api ekspres hanya ditawarkan di antara stesen Tōyōchō dan Nishi-funabashi), aliran Fukutoshin menyediakan perkhidmatan tersebut di sepanjang laluannya, iaitu yang pertama seumpamanya bagi Tokyo Metro. Kereta api ekspres melepasi kereta api tempatan di Higashi-shinjuku, di mana landasan tambahan dipasang bagi tujuan itu. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen bagi aliran ini.

Kereta api aliran Fukutoshin beroperasi ke stesen Kawagoeshi di aliran Tojo Tobu dan stesen Hannō di aliran Ikebukuro Seibu. Dari 16 Mac 2013, aliran Tōyoko Tokyu berpindah untuk berkongsi di terminal Shibuya, yang membenarkan perkhidmatan pada aliran Minatomirai ke stesen Motomachi-chūkagai di Yokohama.[4][5]

Sejak pembukaan di antara stesen Ikebukuro dan stesen Shibuya pada 14 Jun 2008, aliran Fukutoshin beroperasi sebagai aliran kereta api bawah tanah kendalian seorang di antara stesen Kotake-Mukaihara dan Shibuya, di mana pintu tabir platform tinggi dipasang pada platform stesen untuk membantu para pemandu kereta api.[6] Operasi kendalian seorang ini kemudan dipanjangkan dari stesen Kotake-Mukaihara sehingga ke stesen Wakōshi pada 28 Mac 2015[7], menjadikan aliran Fukutoshin sebagai aliran ketiga yang beroperasi di bawah kendalian seorang sepenuhnya selepas aliran Marunouchi dan aliran Namboku.

Seperti kebanyakkan aliran Tokyo Metro yang lain, gerabak pertama bagi kereta api aliran Fukutoshin dikhaskan untuk wanita sahaja, sebelum dan ketika waktu puncak pagi. Pada waktu itu, hanya wanita, kanak-kanak sekolah rendah atau mereka yang lebih muda serta penumpang kelainan upaya (dan penjaganya) boleh menggunakan gerabak tersebut.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya terdapat 16 buah stesen bagi aliran Fukutoshin dan stesen-stesen tersebut terletak di Bandaraya Tokyo. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen. Kereta api ekspres dan kereta api ekspres komuter berhenti di stesen yang bertanda "●" dan melewati stesen bertanda "|". Perkhdimatan kereta api ekspres yang bertanda "▲" hanya berhenti pada waktu hujung minggu dan cuti.

Nombor Stesen Jarak (km) Kereta api Pertukaran Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan Ekspres komuter Ekspres
F-01 Wakōshi 和光市[* 1] - 0.0
Wakō Saitama
F-02 Chikatetsu-narimasu 地下鉄成増 2.2 2.2
  • Tokyo Metro: Aliran Yūrakuchō (Y-02)[* 2]
  • Tobu: Aliran Tojo (Narimasu: TJ-10)
Itabashi Tokyo
F-03 Chikatetsu-Akatsuka 地下鉄赤塚 1.4 3.6
Nerima
F-04 Heiwadai 平和台 1.8 5.4 Tokyo Metro: Aliran Yūrakuchō (Y-04)[* 2]
F-05 Hikawadai 氷川台 1.4 6.8 Tokyo Metro: Aliran Yūrakuchō (Y-05)[* 2]
F-06 Kotake-mukaihara 小竹向原[* 3] 1.5 8.3
F-07 Senkawa 千川 1.1 9.4 Tokyo Metro: Aliran Yūrakuchō (Y-07) Toshima
F-08 Kanamechō 要町 1.0 10.4 Tokyo Metro: Aliran Yūrakuchō (Y-08)
F-09 Ikebukuro 池袋 0.9 11.3
F-10 Zōshigaya 雑司が谷 1.8 13.1 Aliran Toden Arakawa (Kishibojinmae)
F-11 Nishi-waseda 西早稲田 1.5 14.6   Shinjuku
F-12 Higashi-shinjuku 東新宿 0.9 15.5 Toei: Aliran Ōedo (E-02)
F-13 Shinjuku-sanchōme 新宿三丁目 1.1 16.6
F-14 Kitasandō 北参道 1.4 18.0   Shibuya
F-15 Meiji-jingūmae [Kuil Meiji Jingu] 明治神宮前 1.2 19.2
F-16 Shibuya 渋谷[* 4] 1.0 20.2
  1. ^ Wakōshi berkongsi di antara Tobu dan Tokyo Metro di mana Tobu menguruskan stesen ini.
  2. ^ a b c d e f Berkongsi landasan yang sama
  3. ^ Kotake-mukaihara berkongsi di antara Kereta Api Seibu dan Tokyo Metro di mana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.
  4. ^ Shibuya berkongsi di antara Perbadanan Tokyu dan Tokyo Metro di mana Perbadanan Tokyu menguruskan stesen ini.

Stok kereta api[sunting | sunting sumber]

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tokyo Metro station ridership in 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai pada 28 Mei 2012.
  2. ^ "Sejarah Tokyo Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016.
  3. ^ a b c "東京メトロ・副都心線 14日開業" (dalam bahasa Jepun). 13 Jun 2008. Dicapai pada 14 Februari 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  4. ^ 東武東上線がより便利に! 自由が丘、横浜、元町・中華街方面とつながります! (pdf). Tobu News (dalam bahasa Jepun). Kereta Api Tobu. 24 Julai 2012. Dicapai pada 24 Julai 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  5. ^ "Rail linkup to ease metro commute". The Japan Times. Jepun: The Japan Times Limited. 24 Januari 2013. Dicapai pada 24 Januari 2013.
  6. ^ "副都心線開業!". Tokyo Metro (dalam bahasa Jepun). Tokyo Metro. 14 Mei 2008. Dicapai pada 14 Februari 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  7. ^ [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]