Aliran Hammersmith & City

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hammersmith & City
Warna dalam peta Merah jambu salmon
Tahun dibuka 1864
Jenis aliran Bawah permukaan
tanah
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
C stock
Stesen dalam
perkhidmatan
29
Panjang 25.5 km (15.9 batu)
Depoh Hammersmith
Bilangan penumpang 50 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Hammersmith & City merupakan aliran London Underground yang beroperasi pada tahap bawah permukaan tanah (subpermukaan). Aliran ini menghubungkan stesen Hammersmith di barat London dan stesen Barking di barat London. Sebenarnya sebahagian aliran ini asalnya merupakan landasan asal bagi aliran Metropolitan yang merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang tertua di dunia. Landasan di antara stesen Paddington dan stesen Farringdon yang dibuka pada 10 Januari 1894, merupakan landasan pertama dalam sistem pengangkutan London Underground.

Aliran ini mula dibuka pada 13 Jun 1864. Aliran ini mempunyai bilangan penumpang yang paling sedikit selepas aliran Waterloo & City dan aliran London Timur (pada masa ini merupakan perkhidmatan London Overground). Hal ini demikian kerana dari segi bilangan penumpang, aliran ini menduduki tangga ke-11 daripada dua belas aliran Underground.

Aliran ini menyediakan perkhidmatan kepada 29 buah stesen. Sepuluh buah stesen merupakan platform gali dan timbus, manakala stesen Paddington, Edgware Road, Farringdon, Barbican dan Whitechapel ialah stesen landasan tanah walaupun berada lebih rendah daripada aras jalan.

Dengan pembukaan aliran Circle pada bulan Disember 2009 dari stesen Liverpool Street ke stesen Hammersmith, aliran Hammersmith & City sekarang tidak mempunyai stesen yang hanya eksklusif untuknya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1988, sebenarnya perkhidmatan aliran Hammersmith & City ialah sebahagian asal cabang perkhidmatan aliran Metropolitan.[1] Pada waktu itu bagaimanapun, cabang ini tidak ditunjukkan dalam perkhidmatan aliran Metropolitan yang utama iaitu dari Baker Street ke Amersham dan Wembley.

Nama Hammersmith & City diambil dari Hammersmith and City Railway (H&CR) yang merupakan landasan kereta api bawah syarikat ini. Landasan itu yang sepanjang 5 km (3.1 bt), dibuka pada tahn 1864, dan dibina serta berada bawah pengurusan Metropolitan and Great Western Railways sehingga tahun 1868. Perkhidmatan ini dimulakan pada 30 Julai 1990.[2]

Peta[sunting | sunting sumber]

Peta aliran Hammersmith & City menurut koordinat geografi
Peta aliran Hammersmith & City menurut koordinat geografi

Peta aliran Hammersmith & City sebelum stesen baru Wood Lane dibuka dan sebelum stesen Shepherd's Bush (Hammersmith & City) dinamakan menjadi Shepherd's Bush Market.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Kereta api Hammersmith & City di stesen Wood Lane

dalam turutan dari barat ke timur

Stesen Imej Tahun dibuka Maklumat tambahan
Hammersmith Akses OKU 1 Disember 1868 Stesen asal dibuka pada 13 Jun 1864, pertukaran untuk aliran Circlepeta 1
Goldhawk Road 1 April 1914 peta 2
Shepherd's Bush Market 1 April 1914 Nama asalnya Shepherd's Bush pada 13 Jun 1864peta 3
Wood Lane Akses OKU 12 Oktober 2008 Pertukaran untuk ke aliran Circle di White City peta 4
Latimer Road 16 Disember 1868 peta 5
Ladbroke Grove 13 Jun 1864 Nama asalnya Notting Hill, sebelum ditukar kepada Notting Hill & Ladbroke Grove pada tahun 1880, selepas itu menjadi stesen Ladbroke Grove (North Kensington) pada 1 Jun 1919. Nama sekarang dikekalkan mulai tahun 1938.peta 6
Westbourne Park 1 Februari 1866 peta 7
Royal Oak 30 Oktober 1871 peta 8
Paddington National Rail (Airport interchange Kereta api ke Heathrow) 1 Disember 1913 peta 9
Edgware Road 1 October 1863 peta 10
Baker Street 10 Januari 1863 peta 11
Great Portland Street 10 January 1863 Nama asalnya ialah stesen Portland Roadpeta 12
Euston Square (National Rail Euston) 1863 Nama asalnya Gower Streetpeta 13
King's Cross St Pancras Akses OKU National Rail (Airport interchange Kereta api ke Gatwick dan Luton) 1863 peta 14
Farringdon National Rail (Airport interchange Kereta api ke Gatwick and Luton) 10 January 1863 peta 15
Barbican 1865 Nama asalnya ialah stesen Aldersgate Street, sebelum ditukar kepada Aldersgate pada tahun 1910, kemudiannya kepada Aldersgate and Barbican pada tahun 1923. Nama stesen sekarang digunakan dari tahun 1968.peta 16
Moorgate National Rail 1865 peta 17
Liverpool Street National Rail (Airport interchange Kereta api ke Stansted) 12 Julai 1875 Nama asalnya ialah stesen Bishopsgate, sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 1 November 1909peta 18
Aldgate East 6 Oktober 1884 peta 19
Whitechapel 6 Oktober 1884 peta 20
Stepney Green 1902 peta 21
Mile End 1902 peta 22
Bow Road 1902 peta 23
Bromley-by-Bow 1858 Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936.peta 24
West Ham Akses OKU National Rail 1 Februari 1901 peta 25
Plaistow 1858 Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 26
Upton Park 1877 Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 27
East Ham Akses OKU 1858 Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1988peta 28
Barking National Rail Akses OKU 1854 Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 29

Perubahan pada Disember 2009[sunting | sunting sumber]

Apabila perkhidmatan aliran Circle dipanjangkan dari Edgware Road ke Hammersmith, gangguan perkhidmatan dalam aliran Circle itu sendiri dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, aliran Hammersmith & City masih lagi dikekalkan. Kebaikan pelaksanaan langkah sebegini dapat dilihat dari segi kekerapan perkhidmatan kereta api dari Hammersmith ke Edgware Road. Waktu antara dua buah kereta api di landasan itu dikurangkan dari tujuh minit hingga empat minit sahaja.[3] Kekerapan perkhidmatan kereta api kini ialah sebanyak 12 kali sejam di stesen terbabit, berbanding sebelumnya iaitu hanya enam kali sejam.

Depoh[sunting | sunting sumber]

Depoh Hammersmithpeta 30 yang terletak berhampiran stesen Hammersmith, hanya mampu melakukan pembaikan ringan. Pembaikan-pembaikan lain dilakukan di depoh Neasden.[4]peta 31

Peta stesen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peta London Underground pada 1987 daripada "The London Tube Maps Archive". Dicapai pada 25 Februari 2011.
  2. ^ "C U L G Hammersmith & City Line". Dicapai pada 25 Februari 2011.
  3. ^ "Circle line victory". London Borough of Hammersmith & Fulham. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 2009-05-20.
  4. ^ "London Underground Key Facts". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-15. Dicapai pada 2008-05-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]