Aliran Hanzōmon (Tokyo Metro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aliran Hanzōmon Tokyo Metro
اليرن هنزومون توکيو ميترو
Logo bagi aliran Hanzōmon
Kereta api Tokyo Metro siri 08
Kereta api Tokyo Metro siri 08 di stesen Ichinowari
Umum
Nama lainAliran 11 Aliran Hanzōmon
11号線半蔵門線
11-gōsen Hanzōmon-sen
Nama asal東京メトロ半蔵門線
Tōkyō Metoro Hanzōmon-sen
JenisAlihan laju
StatusBeroperasi
LokasiTokyo
TerminalShibuya
Oshiage
Stesen14
Penumpang harian858,836 (TF2010)[1]
Nombor aliran11
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/en/
Operasi
Dibuka1 Ogos 1978[2]
PemilikLogo Tokyo Metro Tokyo Metro
PengendaliLogo Tokyo Metro Tokyo Metro
DepotSaginuma
Stok kereta api
  • Tokyo Metro siri 8000
  • Tokyo Metro siri 08
  • Tokyu siri 2000
  • Tokyu siri 5000
  • Tokyu siri 8500
  • Tokyu siri 8590
  • Tobu siri 30000
  • Tobu siri 50050
Teknikal
Panjang aliran16.8 km (10.4 mi)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/h (50 mph)
Peta laluan

Peta aliran Hanzōmon

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Aliran Hanzōmon Tokyo Metro (東京メトロ半蔵門線, Tōkyō Metoro Hanzōmon-sen) ialah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia dikendalikan dan dimiliki oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini bermula dari stesen Shibuya sehingga ke Oshiage. Aliran Hanzōmon juga dikenali sebagai Aliran 11 Aliran Hanzōmon (11号線半蔵門線 (11ごうせんはんぞうもんせん), 11-gōsen Hanzōmon-sen).

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Hanzōmon ditunjukkan dengan warna ungu () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Z" (Simbol aliran Hanzōmon).

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Aliran sepanjang 16.8 kilometer (10.4 mi) ini memberi khidmat di wad Shibuya, Minato, Chiyoda, Chūō, Kōtō dan Sumida. Aliran Hanzōmon bersambung dengan aliran Den-en-toshi Tokyu di stesen Shibuya yang menuju ke selatan dan aliran Skytree Tobu di stesen Oshiage yang menuju ke utara.

Aliran ini mempunyai pertukaran dengan aliran kereta api Tokyo Metro dan Toei yang lain kecuali aliran Hibiya (pertukaran masih boleh dibuat melalui aliran Skytree Tobu di stesen Kita-senju). Ia menghubungkan dengan aliran Ginza di lima stesen (empat stesen di antara Shibuya dan Nagatachō serta Mitsukoshimae).

Aliran Hanzōmon mendapat namanya daripada pintu barat Istana Maharaja (Hanzōmon). Dipercayai bahawa nama pintu barat itu diambil sempena nama samurai abad ke-16, Hattori Hanzō yang merupakan tokoh penting kepada pengasasan keshogunan yang membina istana itu.

Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Hanzōmon merupakan aliran kereta api alihan laju keenam tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 173% ketika waktu puncak di antara stesen Shibuya dan Omotesandō.[3]

Stesen[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya terdapat 14 buah stesen bagi aliran Hanzōmon dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo.

Nombor Stesen Jarak (km) Pertukaran Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan
Z-01 Shibuya 渋谷[* 1] - 0.0
Shibuya
Z-02 Omotesandō 表参道 1.3 1.3
Minato
Z-03 Aoyama-itchōme 青山一丁目 1.4 2.7
Z-04 Nagatachō 永田町 1.4 4.1
Chiyoda
Z-05 Hanzōmon 半蔵門 1.0 5.1  
Z-06 Kudanshita 九段下 1.6 6.7
Z-07 Jimbōchō 神保町 0.4 7.1
  • Subway TokyoMita.png Aliran Mita (Toei) (I-10)
  • Subway TokyoShinjuku.png Aliran Shinjuku (Toei) (S-06)
Z-08 Ōtemachi 大手町 1.7 8.8
  • Subway TokyoMarunouchi.png Aliran Marunouchi (M-18)
  • Subway TokyoChiyoda.png Aliran Chiyoda (C-11)
  • Subway TokyoTozai.png Aliran Tōzai (T-09)
  • Subway TokyoMita.png Aliran Mita (Toei) (I-09)
Z-09 Mitsukoshimae 三越前 0.7 9.5
Chūō
Z-10 Suitengūmae [Kuil Suitengū] 水天宮前 1.3 10.8  
Z-11 Kiyosumi-shirakawa 清澄白河 1.7 12.5 Subway TokyoOedo.png Aliran Ōedo (Toei) (E-14) Kōtō
Z-12 Sumiyoshi 住吉 1.9 14.4 Subway TokyoShinjuku.png Aliran Shinjuku (Toei) (S-13)
Z-13 Kinshichō 錦糸町 1.0 15.4
Sumida
Z-14 Oshiage 押上[* 3] 1.4 16.8
  1. ^ Shibuya berkongsi dengan Perbadanan Tokyu dan Tokyo Metro, di mana Perbadanan Tokyu menguruskan stesen ini.
  2. ^ Disebabkan jarak di antara aliran Ginza dan Hanzōmon/Den-en-toshi di Shibuya, pertukaran di antara dua aliran diumumkan di Omotesandō.
  3. ^ Oshiage berkongsi dengan Kereta Api Tobu dan Tokyo Metro di mana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jumlah penumpang di stesen Tokyo Metro pada 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai 28 Mei 2012. 
  2. ^ "History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 7 Januari 2016. Dicapai 23 Januari 2016.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ "Commute". Metropolis. 12 Jun 2009. m/s. 7. Muatan ditakrifkan dimana penumpang mempunyai tempat duduk, berupaya untuk memaut pada susur tangan atau pada pintu kereta api 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]