Aliran Hibiya (Tokyo Metro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aliran Hibiya Tokyo Metro
اليرن هيبييا توکيو ميترو
Logo bagi aliran Hibiya
Kereta api Tokyo Metro siri 03
Kereta api Tokyo Metro siri 03 di stesen Hibiya
Umum
Nama lainAliran 2 Aliran Hibiya
2号線日比谷線
2-gōsen Hibiya-sen
Nama asal東京メトロ日比谷線
Tōkyō Metoro Hibiya-sen
JenisAlihan laju
StatusBeroperasi
LokasiTokyo
TerminalNaka-meguro
Kita-senju
Stesen21
Penumpang harian1,073,900 (2010)[1]
Nombor aliran2
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/en/
Operasi
Dibuka28 Mac 1961[2]
PemilikLogo Tokyo Metro Tokyo Metro
PengendaliLogo Tokyo Metro Tokyo Metro
Depot
  • Senju
  • Takenotsuka
Stok kereta api
  • Tokyo Metro siri 03
  • Tobu siri 20000
Teknikal
Panjang aliran20.3 km (12.6 mi)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/h (50 mph)
Peta laluan

Peta aliran Hanzōmon

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Aliran Hibiya Tokyo Metro (東京メトロ日比谷線, Tōkyō Metoro Hibiya-sen) merupakan aliran kereta api alihan laju yang terletak di Tokyo, Jepun. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini dinamakan sempena nama daerah Hibiya, di mana aliran ini melalui daerah itu. Nama rasminya adalah Aliran 2 Aliran Hibiya (2号線日比谷線 (2ごうせんひびやせん), 2-gōsen Hibiya-sen).

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran ini ditunjukkan dengan warna kelabu () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "H" ().

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Aliran Hibiya beroperasi di antara stesen Naka-meguro di Meguro dan Kita-senju di Adachi. Laluan aliran ini sedikit sebanyak agak sama dengan aliran Ginza. Walau bagaimanapun, aliran Hibiya direka bentuk untuk berkhidmat kepada beberapa daerah penting yang tiada pada aliran Ginza seperti Ebisu, Roppongi, Tsukiji, Kayabachō dan Senju.

Aliran ini bersambung dengan aliran Skytree Tobu di stesen Kita-senju dan melalui perkhidmatan yang beroperasi di antara Naka-meguro dan Tōbu-Dōbutsu-Kōen pada aliran Skytree Tobu dan seterusnya ke Minami-kurihashi di aliran Nikkō Tōbu.[3] Sesetengah perkhidmatan pada waktu puncak tamat di stesen Takenotsuka, Kita-koshigaya atau Kita-kasukabe di aliran Skytree Tobu.[3]

Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, pada Jun 2009, aliran Hibiya ialah aliran alihan laju kelapan tersibuk di Tokyo, beroperasi dengan muatan 164% di antara stesen Minowa dan Iriya.[4]

Stesen[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya terdapat 21 buah stesen bagi aliran Hibiya dan kesemua stesen tersebut terletak di Tokyo.

Nombor Stesen Jarak (km) Pertukaran Lokasi
Romaji Kanji Antara stesen Keseluruhan
H-01 Naka-meguro[* 1] 中目黒 - 0.0 Aliran Toyoko (Tōkyū) (TY-03) Meguro
H-02 Ebisu 恵比寿 1.0 1.0
Shibuya
H-03 Hiroo 広尾 1.5 2.5   Minato
H-04 Roppongi 六本木 1.7 4.2 Aliran Ōedo (Toei) (E-23)
H-05 Kamiyachō 神谷町 1.5 5.7  
H-06 Kasumigaseki 霞ケ関 1.3 7.0 Chiyoda
H-07 Hibiya 日比谷 1.2 8.2
H-08 Ginza 銀座 0.4 8.6
Chūō
H-09 Higashi-ginza 東銀座 0.4 9.0 Subway TokyoAsakusa.png Aliran Asakusa (Toei) (A-11)
H-10 Tsukiji 築地 0.6 9.6  
H-11 Hatchōbori 八丁堀 1.0 10.6      Aliran Keiyō (JR Timur)
H-12 Kayabachō 茅場町 0.5 11.1 Subway TokyoTozai.png Aliran Tōzai (T-11)
H-13 Ningyōchō 人形町 0.9 12.0 Subway TokyoAsakusa.png Aliran Asakusa (Toei) (A-14)
H-14 Kodemmachō 小伝馬町 0.6 12.6  
H-15 Akihabara 秋葉原 0.9 13.5
Chiyoda
H-16 Naka-okachimachi 仲御徒町 1.0 14.5
Taitō
H-17 Ueno 上野 0.5 15.0
H-18 Iriya 入谷 1.2 16.2  
H-19 Minowa 三ノ輪 1.2 17.4 Aliran Toden Arakawa (Minowabashi)
H-20 Minami-senju 南千住 0.8 18.2
  •      Aliran Jōban (JR Timur)
  • Tsukuba Express mark.svg Tsukuba Express (04)
Arakawa
H-21 Kita-senju[* 2] 北千住 2.1 20.3
Adachi
  1. ^ Naka-meguro dikongsi oleh syarikat Tōkyū dan Tokyo Metro; Tōkyū menguruskan stesen tersebut.
  2. ^ Kita-Senju dikongsi oleh Keretapi Tobu dan Tokyo Metro; Keretapi Tobu menguruskan stesen tersebut.

Cadangan stesen baru[sunting | sunting sumber]

Satu stesen baru yang masih belum bernama dijadualkan akan dibina di antara stesen Kamiyachō dan Kasumigaseki yang akan dibuka sementara pada 2020 sempena Sukan Olimpik pada tahun itu dan ia akan dibuka sepenuhnya pada tahun fiskal 2022.[5] Terletak 800 meter (2,600 ka) di selatan Kasumigaseki dan 500 meter (1,600 ka) di utara Kamiyacho, stesen baru ini akan berada di sisi barat kawasan perumahan dan perniagaan Toranomon Hills yang telah dibuka pada 2014, di mana ia akan menyediakan sambungan dengan bas dan terminal bas alihan laju yang juga dirancang untuk dibuka pada sukan Olimpik 2020.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Jepun) "Tokyo Metro station ridership in 2010" (PDF). Train Media. Dicapai 28 Mei 2012. 
  2. ^ "History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 7 Januari 2016. Dicapai 23 Januari 2016.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ a b Tobu Timetable, 16 Mac 2013, halaman 177-188
  4. ^ Commute. Metropolis. 12 Jun 2009. m/s. 7. 
  5. ^ a b (Jepun) 日比谷線に新駅設置、東京メトロ. Tetsudo.com. Japan: Asahi Interactive, Inc. 15 October 2014. Dicapai 15 Oktober 2014.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]