Alita: Battle Angel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alita: Battle Angel
PengarahRobert Rodriguez
Lakon layar
BerdasarkanGunnm oleh
Yukito Kishiro
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiBill Pope[1]
Disunting olehStephen E. Rivkin
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox[2]
Tarikh tayangan
Masa tayangan
122 minit[4]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$150–237 juta[5][6]
Pecah panggung$31.6 juta[7]

Alita: Battle Angel (BM: Alita: Dewi Perang jika mengikut sari kata rasmi di pawagam) adalah sebuah filem aksi punk siber berdasarkan siri manga oleh Yukito Kishiro berjudul Gunnm, juga dikenali sebagai Battle Angel Alita. Ia diarahkan oleh Robert Rodriguez, ditulis oleh James Cameron dan Laeta Kalogridis, dan diterbitkan oleh James Cameron dan Jon Landau. Rosa Salazar memainkan watak Alita, seorang siborg (robot manusia), bersama watak-watak lain dilakonkan oleh Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.

Pada asalnya ia diumumkan pada tahun 2003, tetapi penghasilan dan tayangan filem berkali-kali ditangguh kerana Cameron harus mengusahakan Avatar dan filem-filem susulannya. Selepas bertahun-tahun tersekat dalam lohong perkembangan, Robert Rodriguez diumum akan menjadi pengarah filem itu pada April 2016, manakala Rosa Salazar dipilih sebagai pelakon utama pada bulan seterusnya. Pengambilan gambar utama berlangsung di Austin, Texas, pada Oktober 2016, hingga ke Februari 2017.

Alita: Battle Angel ditayang perdana di Odeon Dataran Leicester pada 31 Januari 2019, dan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 14 Februari 2019 oleh 20th Century Fox dengan tayangan dalam Real D 3D, Dolby Cinema dan IMAX 3D. Filem ini mendapat kritikan yang berbeza-beza, ada yang memuji kesan visual yang hebat, gelagat aksi dan lakonan Rosa Salazar, sehingga ada yang menyanjung ia antara adaptasi-adaptasi manga yang terhebat, manakala ada yang mengkritik lakon layarnya yang mengelirukan dan tanda-tanda yang filem susulan akan dihasilkan.[8]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2563, sebuah perang yang dikenali sebagai "The Fall"[9]— telah membinasakan Bumi. Semasa Dr. Dyson Ido, seorang saintis sedang memeriksa sebuah pusat pelupusan sampah raya Iron City, dia terjumpa sebuah kepala siborg perempuan yang masih elok dengan teras (otak) yang masih berfungsi. Dr. Ido pun berhasrat untuk membina semula siborg tersebut, namun ia tidak ingat siapa dirinya dahulu. Maka Dr. Ido menamakannya "Alita"—sempena nama anak perempuan beliau yang terbunuh dalam suatu amukan suatu siborg gila dahulu— serta n menjadi penjaganya. Alita mula berkawan dengan seorang remaja lelaki bernama Hugo, yang ingin hidup di Zalem, sebuah kota langit untuk golongan atasan yang terapung di atas pusat pembuangan tadi. Hugo perkenalkan Alita kepada Motorball, sebuah sukan perlumbaan di mana siborg-siborg bersaing sehingga maut.

Alita dapat tahu yang Dr. Ido ialah seorang Pahlawan-Pemburu—atau "Hunter-Warrior" (pemburu upahan)—semasa dia mengekori bapanya pada suatu malam dan bertemu tiga pembunuh siborg yang diketuai Grewishka. Apabila Ido tercedera, Alita mengikut gerak hatinya dan menyerang ketiga-tiga siborg tadi, juga membunuh dua daripada mereka dan mencederakan Grewishka dengan parah sebelum ia sempat melarikan diri ke bawah tanah. Walaupun Alita temu kembali kesedaran dalam seni pertahankan diri kuno bernama "Panzer Kunst", Ido tidak membenarkan dia untuk jadi seorang Pahlawan-Pemburu. Keesokan harinya, Alita terjumpa dan bawa pulang sebuah jasad Berserker (sejenis tubuh untuk siborg-siborg) dari sebuah kapal URM (Republik Bersatu Marikh) yang karam di luar bandar. Ido menolak kemahuan dia untuk dicantumkan dengan jasad tersebut, kerana takut apa yang akan berlaku jika dia serasi dengan jasad itu tadi; kerana kapal itu milik pihak musuh dalam perang dahulu yang telah menghancurkan kota-kota langit yang lain, dan ini membongkarkan bahawa Alita dahulu berasal dari pihak musuh.

Geram dengan Ido, Alita pergi daftar dirinya sebagai seorang Pahlawan-Pemburu. Suatu malam, dia dan Hugo masuk ke Kansas Bar untuk minta bantuan daripada anggota Pahlawan-Pemburu yang lain dalam usahanya untuk memberkas Grewishka, namun Alita diperkecilkan oleh seorang Pahlawan-Pemburu berpedang bernama Zapan dan lalu dia membelasahnya. Akhirnya mereka menolak seruannya kerana Grewishka bukan di senarai penjenayah dan tiada ganjaran jika menangkap dia. Tiba-tiba, Grewishka dengan jasad yang lebih perkasa masuk ke bar dan cabar Alita untuk lawan semula, dan mendedahkan bahawa dia telah diutus oleh bosnya, Nova, untuk hapuskan Alita. Walaupun mempunyai keberanian dan kemahiran, jasad Alita dikerat-kerat jari-jari Grewishka yang dilengkapi bilah dan menyebabkan Alita kudung kaki dan selengan, tinggal lengan kirinya. Grewishka menghinanya, lalu Alita menusuk satu-satunya lengan yang dia ada tepat pada mata Grewishka dan membutakan dia. Akhirnya Ido, Hugo, dan seorang Pahlawan-Pemburu sampai dan mengusir Grewishka. Ido alihkan Alita ke dalam jasad Berserker tadi, yang sejurus sahaja disambung serasi dengan sistem Alita.

Kerana cinta kepada Hugo, Alita sertai ujian saringan Motorball untuk hantar Hugo ke Zalem. Ido mula perasan bahawa peserta-peserta yang lain ialah Pahlawan-Pemburu dan siborg-siborg dikehendaki, diupah oleh Vector, penganjur dan ketua sayembara Motorball, untuk bunuh Alita. Ido beritahu Alita tentang itu dan apabila perlumbaan berlangsung Alita berjaya menewaskan ramai peserta dengan kehandalannya. Sementara itu, Hugo sedang diburu Zapan selepas menganiaya Hugo atas tuduhan membunuh seorang siborg. Hugo menelefon Alita untuk bantuan dan supaya bertemu di depan gereja lama, kemudian Alita menyimpang dari perlumbaan untuk selamatkan dia. Alita akhirnya jumpa Hugo di perkarangan gereja tetapi bertentang muka dengan Zapan yang mendedahkan bahawa Hugo telah menyerang ramai siborg dan mencuri anggota badan mereka untuk dijual kepada Vector untuk digunakan dalam sayembara Motorballnya. Sesedar yang Alita sebenarnya jatuh cinta terhadap Hugo, Zapan menikam perut Hugo dan berkata kepada Alita bahawa Peraturan Etika Pahlawan-Pemburu menyatakan yang dia kena membunuh Hugo atau biarkan Zapan sahaja lakukan ia. Chiren, bekas isteri Ido, dapat menyelamatkan Hugo dengan menyambungkan saraf kepala dia dengan jantung Alita. Zapan perasan muslihat dia dan cuba untuk hentikan Alita daripada beredar dari tempat tersebut, lalu Alita potong wajahnya dengan pedang Zapan sendiri.

Ido alihkan kepala Hugo ke sebuah jasad siborg sebelum memaklumkan Alita yang apa Hugo buat adalah kerana berita palsu yang dia dapat bayar dirinya untuk naik ke Zalem. Ido yakin bahawa ini hanyalah tipu daya Vector, dan bahawa warga Iron City takkan sekali-kali dapat jejak Zalem. Alita berputus untuk menghadap Vector, yang mindanya dikawal Nova, seorang ilmuwan Zalem yang berkuasa. Menerusi Vector sebagai boneka, Nova tunjuk kepada Alita yang Chiren telah dikaut organ-organnya lalu menyuruh Grewishka untuk bunuh Alita. Alita pun bertarung dengan Grewishka lagi sekali kemudian menikam Vector, mengatakan bahawa Nova silap kerana memandang rendah terhadapnya.

Ido memberitahu Alita yang Hugo telah larikan diri dan sedang memanjat sebatang saluran kilang ke Zalem. Alita merayu kepada Hugo untuk pulang bersamanya, tetapi tiba-tiba, sebentuk gegelung berbilah diturunkan oleh Nova, turun saluran tersebut dan merobek-robek dan memerlantingkan Hugo ke udara. Alita lantas menerpa dan berjaya menangkap tangan yang masih tercantum dengan Hugo, dan menggunakan pedangnya untuk bergantung pada saluran tadi. Sendi siku Hugo sudahpun mula putus dan dia jatuh ke bumi, rebah tanpa dapat sampaikan kata-kata terakhirnya.

Beberapa bulan kemudian, Alita kini ialah olahragawati ternama sayembara Motorball. Sambil para penonton bersorak namanya, Alita menghunus pedangnya dan menghalakan ia ke Zalem sementara Nova memerhatinya dari atas.

Senarai watak dan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Rosa Salazar sebagai Alita, seorang siborg, dibongkarkan berumur 300 tahun dan yang terakhir daripada bangsanya.
  • Christoph Waltz sebagai Dr. Dyson Ido, seorang saintis dikenali ramai, Pahlawan-Pemburu dan penjaga Alita.
  • Jennifer Connelly sebagai Chiren, bekas isteri Ido yang diusir bersama juga anak perempuan mereka dari kayangan palsu Zalem dan mahu kembali ke sana.[10]
  • Mahershala Ali dan Edward Norton (tidak disenaraikan) sebagai Vector[11] dan Nova[12]: Vector ialah seorang usahawan yang mengajurkan perlawanan sayembara Motorball manakala Nova ialah seorang ilmuwan Zalem yang mempunyai kuasa untuk alih kesedarannya ke dalam sesiapapun, kadangkala hingga mengawal Vector dan Grewishka.
  • Ed Skrein as Zapan, a cyborg bounty hunter tasked with tracking down and killing Alita.
  • Jackie Earle Haley sebagai Grewishka, seorang siborg gergasi yang berkerja sebagai pembunuh upahan peribadi Nova, berdasarkan Grewcica daripada Battle Angel OVA.[13][14]
  • Keean Johnson sebagai Hugo, buah hati Alita yang mengajarnya cara main permainan ala-ala gladiator yang bernama Motorball.
  • Lana Condor sebagai Koyomi, seorang remaja yatim dan jurugambar berkerja bebas.
  • Jorge Lendeborg Jr. sebagai Tanji, salah seorang rakan Hugo.
  • Michelle Rodriguez sebagai Gelda, seorang pahlawan siborg dari Marikh yang latih Alita dahulu.[15]
  • Eiza González sebagai Nyssiana, seorang pembunuh upahan siborg dengan ganjaran atas bunuhannya.
  • Idara Victor sebagai Jururawat Gerhad, pembantu Ido.
  • Marko Zaror sebagai Ajakutty, seorang pemain Motorball.
  • Elle LaMont sebagai Screwhead, seorang Pahlawan-Pemburu wanita.
  • Leonard Wu sebagai Kinuba, seorang pemain Motorball.
  • Jeff Fahey sebagai McTeague, seorang Pahlawan-Pemburu yang mempunyai sekawan anjing siborg.
  • Rick Yune sebagai Master Clive Lee,seorang Pahlawan-Pemburu dengan lebih daripada 200 bunuhan.
  • Casper Van Dien sebagai Amok[16]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pengusahan[sunting | sunting sumber]

Filem diterbitkan oleh James Cameron (kiri) dan Jon Landau (kanan)

Battle Angel Alita, sebuah siri manga siberpunk Jepun ditulis oleh Yukito Kishiro, asalnya dibawa ke pandangan James Cameron oleh pembuat filem Guillermo del Toro, dan Cameron terus terpikat dengan konsepnya.[17][18][19][20][21]

Nama domain "battleangelalita.com" didaftar kepada James Cameron oleh 20th Century Fox sekitar Jun 2000.[22] Fox juga mendaftar nama domain "battleangelmovie.com".[23] Pada April 2003, Moviehole melaporkan yang Cameron telah mengesahkan yang beliau akan mengarah sebuah filem Battle Angel.[24] Cameron mengesahkan yang skrip filem tersebut sedang dihasilkan dalam temu duga rancangan Tokudane! di Fuji TV pada 4 Mei 2003.[25] Ia pada asalnya dirancang akan menjadi penerbitan beliau yang seterusnya selepas siri TV Dark Angel,[26] yang dipengaruhi Battle Angel Alita.[27] Ia kemudian dirancang akan menjadi filem seterusnya selepas Aliens of the Deep pada Januari 2005.[28]

Pada Jun 2005, The Hollywood Reporter menyatakan bahawa filem tersebut tertangguh sementara Cameron menghasilkan sebuah filem bernama Project 880,[29] yang kemudian dinamakan semula kepada Avatar.[30] Entertainment Weekly mengadakan temu duga bersama beliau pada Februari 2006 di mana Cameron kata perjanjiannya dengan 20th Century Fox adalah untuk menghasilkan kedua-dua filem.[31] Rencana tersebut juga menyatakan bahawa Battle Angel dirancang akan ditayang pada September 2009.[31] Pada Jun 2006, Cameron memberi komen yang Battle Angel adalah yang kedua daripada dua trilogi filem yang beliau sedang usahakan, yang pertama ialah Avatar.[32]

Pada Mei 2008, Cameron menunjukkan bahawa beliau akan menghasilkan filem berjudul The Dive, sebuah biografi tentang dua orang penyelam bebas Francisco Ferreras dan Audrey Mestre,[33] dan menangguhkan filem Alita lagi. Julai berikut, di San Diego Comic-Con International, beliau mengulangi bahawa beliau masih beriltizam untuk teruskan filem ini.[34] Pada Disember 2009, Cameron mengulas dalam temu duga bersama MTV News yang skrip untuk Battle Angel telah pun selesai.[35]

Pada Februari 2010, penerbit Jon Landau mengulas dalam temu duga bahawa beliau sedang cuba untuk meyakinkan Cameron untuk tukar judul filem tersebut kepada Alita: Battle Angel.[17] Landau juga mendedahkan yang penulis skrip lakon layar Laeta Kalogridis telah berusaha untuk tulis filem ini.[17] Pada Ogos 2010, Cameron menyatakan yang filem ini masih dalam pandangannya ("still on [his] radar"), tetapi tidak tahu bila dia akan hasilkannya.[30] Tetapi, Oktober itu, beliau mengesahkan bahawa filem-filem seterusnya ialah dua susulan filem Avatar dan bukan Battle Angel.[36] Dia masih berkata yang beliau tidak mahu tinggalkan filem tersebut, menyatakan beliau terlalu sayang project ini untuk diberikan kepada penerbit lain,[18] tetapi mengulang semula pada Jun 2011 yang ia tidak akan dihasilkan sehinggalah filem-filem susulan avatar telah siap,[37] dan berkata "Battle Angel tidak akan berlaku untuk beberapa tahun".[38] Menurut Cameron, alasannya untuk menghasilkan Avatar dulu ialah kerana beliau yakin filem itu dapat membangkitkan kesedaran awam tentangperlindungan persekitaran.[39]

Robert Rodriguez, pengarah filem

Semasa temu duga bersama Alfonso Cuarón pada Julai 2013, Cameron meentukan 2017 sebagai tarikh filem tersebut akan dimulakan.[40] Pada Oktober 2015, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Robert Rodriguez sedang dalam perbincangan untuk mengarah filem itu, yang kini berjudul Alita: Battle Angel, dan Cameron akan jadi penerbit disamping Jon Landau.[41] Rodriguez dimasukkan oleh Cameron untuk meringkaskan 186 muka surat lakon layar Cameron dan 600 muka surat penuh nota untuk dijadikan skrip penggambaran. Berpuas hati dengan tugas Rodriguez dalam skrip penggambaran, Cameron menawarkan tugas pengarah kepadanya.[42]

Pada April 2016, The Hollywood Reporter melaporkan 20th Century Fox belum memberi lampu hijau kepada filem tersebut, kerana mereka sedang cuba untuk kurangkan kos perbelanjaan kepada sekitar $175–$200 juta.[43] Rencana tersebut juga mengumumkan yang Rodriguez telah ditandatangani sebagai pengarah.[43] Pada hujung Mei 2016, Fox menjadualkan filem tersebut untuk ditayang pada 20 Julai 2018.[44]

Prapenerbitan[sunting | sunting sumber]

Di bawah James Cameron sebagai bakal pengarah, filem tersebut awalnya akan dihasil dengan campuran aksi-nyata dan imej janaan komputer yang Cameron guna dalam Avatar.[35] Lebih tepat lagi, Cameron mahu jadikan watak utama, Alita, seluruhnya dikemas gabung dengan CGI.[28] Cameron telah menyatakan beliau akan menggunakan teknolog daripada Avatar untuk hasilkan filem ini, sepertiFusion Camera System, facial performance capture, dan Simulcam.[45] Pada Mei 2006, Variety laporkan yang Cameron telah menghabiskan sepuluh bulan untuk membangunkan teknologi untuk menghasilkan filem ini.[46]

Pada Oktober 2008, Mark Goerner, seorang pelukis digital yang bekerja untuk filem ini selama setahun setengah, mengulas bahawa tugas-tugas prapenerbitan sudah hampir siap semuanya.[47]

Dalam sebuah temu duga pad Februari 2019, Cameron bongkarkan yang beliau tempatkan kota terapung Zalem di Panama. Beliau menjelaskan bahawa kota itu bukanlah benar-benar terapung, tetapu tergantung dari sebuah lif angkasa, yang hanya dapat berfungsi di kawasan khatulistiwa. Oleh kerana penempatan baru ini, Iron City direka dengan unsur-unsur Sepanyol dan reka bentuk Amerika Latin.[48]

Uji bakat[sunting | sunting sumber]

Daripada sebuah rencana pada April 2016 dalam The Hollywood Reporter melaporkan yang Maika Monroe, Rosa Salazar dan Zendaya adalah antara pelakon-pelakon akhir yang dalam pertimbangan untuk diberi watak Alita dalam filem, dengan keputusan diberi dalam seminggu.[43] Rencana itu juga berkata bahawa bekas pelakon bersama Zendaya, Bella Thorne juga uji bakat untuk watak tersebut.[43] Dekat penghujung bulan Mei 2016, Collider melaporkan bahawa Rosa Salazar telah terpilih.[49]

Pada Ogos 2016, Christoph Waltz dikhabarkan dalam perundingan untuk memain watak Dr. Dyson Ido,[50] padanan watak Daisuke Ido daripada manga asal.[51] Pada 14 September 2016, Jackie Earle Haley dikatakan telah terpilih sebagai salah satu watak penjahat siborg.[52] Pada 21 September 2016, Variety melaporkan Ed Skrein dalam perbincangan untuk watak;[53] The Hollywood Reporter kemudian mengesahkan yang beliau akan memegang watak hitam Zapan.[54]

Pada 30 September 2016, Keean Johnson dikhabarkan terpilih untuk mainkan peranan Hugo, buah hati Alita, yang kemudiannya menjadi sebab dia teruskan permainan ala-ala gladiator Motorball.[55] Studio juga pertimbangkan Avan Jogia, Douglas Booth, Jack Lowden, dan untuk watak tersebut, tetapi memilih Keean Johnson kerana mereka sedang mencari pelakon yang lebih "samar etniknya".[55] Pada 3 October 2016, Mahershala Ali dilaporkan memegang watak Vector, seorang usahawan yang menganjur sayembara lawan Motorball.[11] Dalam sebuah temu duga berikutan penerimaan Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik beliau di Anugerah Akademi ke-89, Ali mendedahkan yang beliau akan mainkan dua peranan dalam filem, tetapi beliau tidak memberi penjelasan tentang peranan kedua itu.[56]

Pada 5 October 2016, ia dikhabarkan yang Eiza González telah menyertai filem tersebut.[57] González ialah salah seorang daripada watak utama siri televisyen Rodriguez From Dusk till Dawn: The Series. Jorge Lendeborg Jr. diumumkan peranan pada 7 October 2016. Beliau akan memainkan rakan Hugo.[58] Lana Condor diumumkan menyertai mereka pada 11 October 2016, sebagai remaja yatim bernama Koyomi.[59] Pada 18 October 2016, Leonard Wu diberi peranan sebagai Kinuba.[60] Marko Zaror sebagai siborg Ajakutty pada Disember 2016.[61] Pada 7 Februari 2017, Jennifer Connelly menyertai dengan watak hitam yang tidak diketahui.[62] Michelle Rodriguez diumumkan lewat penerimaannya pada 22 Februari 2017, selepas filem sudah selesai penggambaran.[63]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran bermula di Austin, Texas pada 17 October 2016, dan tamat pada 9 Februari 2017.[52][64] Pada penghujung January 2017, sebuah panggilan uji bakat diumum untuk mana-mana pelakon tambahan rocker, punk, atau emo untuk penggambaran di Austin pada malam 3, 6, dan 7 Februari 2017.[65][66]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Disember 2018, Dua Lipa diumumkan akan mempunyai lagu sorotan dalam runut bunyi filem berjudul "Swan Song".[67] Lagu dan video muzik rasmi dilancarkan pada 24 Januari 2019.[68] Vidoe muzik rasmi diarah oleh Floria Sigismondi. Tom Holkenborg menggubah skor untuk filem tersebut dan juga "Swan Song" sebagai penulis sampingan. Runut bunyi dilancarkan pada 15 Februari 2019 di Milan Records[69].

Pascapenerbitan[sunting | sunting sumber]

Kesan visual disediakan oleh Weta Digital, DNEG danFramestore dan diurus oleh Joe Letteri, Eric Saindon, Nick Epstein, Raymond Chen dan Nigel Denton-Howes.[70]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Treler pertama dilancarkan pada 8 Disember 2017, dengan rancangan untuk lancarkan filem pada Julai 2018.[42] Reja filem tersebut menerima pelbagai jenis balas, dengan majoriti memberi komen terhadap rupa wirawati filem, Alita. Andrew Liptak dari The Verge mengatakan "[Alita] kelihatan seperti patung anime hidup, atau watak Disney yang lain macam bezanya. Ia mungkin sengaja, untuk mengingatkan penonton pada setiap saat yang Alita bukanlah manusia. Tetapi selepas bertahun-tahun penganimasi CGI cuba untuk mereka manusia yang kelihatan hampir nyata, ia masih menakjubkan betapa hampirnya seorang watak kelihatan sungguh nyata sungguhpun ia masih lagi amat jauh."[71] Adam Chitwood dari Collider terpikat dan berasa optimis, dengan mengata, "Benda ini kelihatan menakjubkan, dan sekarang jelas kenapa Cameron mahu hasilkan filem ini dahulu. Memutuskan untuk membuat watak janaan komputer kelihatan nyata sementara berinteraksi dengan watak manusia sebenar amat bercita-cita tinggi, dan saya boleh kata dengan yakin ini langsung tidak serupa dengan apa Robert Rodriguez pernah lakukan sebelum ini. Saya tidak tahu jika ia akan jadi bagus, tetap ia pasti akan sekurang-sekurangnya jadi menarik."[72]

Treler kedua ditayangkan di SDCC 2018 dan kemudian sampai ke internet pada 23 Julai 2018, dengan rancangan untuk lancarkan filem pada Disember 2018. Treler mengandungi sebuah lagu kitar semula Linkin Park berjudul "New Divide", dinyanyi oleh penggubah J2 bersama biduanita Avery.[73] Treler ketiga dilancarkan pada Novermber 2018, hampir setahun selepas treler pertama dilancarkan.[74]

Sebuah novel rasmi dilancarkan pada 20 November 2018, ditulis oleh pengarang fiksyen sains, Pat Cadigan. Dijudul Iron City, kisah novel tersebut menceritakan prequel tentang penduduk Iron City sebelum peristiwa yang berlaku dalam filem. Sebuah adaptasi dalam bentuk buku audio juga dilancarkan pada tarikh sama, dibacakan oleh Brian Nishii.

Pada Februari 2019, Twentieth Century Fox bekerjasama dengan Iam8bit untuk hasilkan "Passport to Iron City", sebuah reka semula filem tersebut untuk peminat-peminat terokai. "Passport to Iron City" ada di Bandaraya New York, Los Angeles, dan Austin.[75]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem tayangan oleh 20th Century Fox di Amerika Syarikat pada 14 Februari 2019,[76] dalam format standard, 3D dan IMAX.[77] Ia pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada 20 Julai 2018,[44] tetapi pada Februari 2018, filem tersebut ditangguh ke 21 Disember,[78] kemudian ditangguh semula di hujung bulan September ke Februari.

Filem ditayang di Jepun dan China pada 22 Februari 2019, selepas cuti Tahun Baru Cina.[79][80] Filem ditayang di Hong Kong, Malaysia dan Taiwan pada 5 Februari[81], Filipina pada 6 Februari[82], dan India pada 8 Februari.[83]

Filem tersebut ditayang perdana pada 31 Januari 2019 diPawagam Dataran Leicester di London.[84] Pada 28 Januari 2019, Cameron mengumumkan bahawa filem tersebut akan mengadakan pratonton satu hari percuma di Amerika Syarikat pada Khamis, 31 Januari 2019.[85]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Pawagam[sunting | sunting sumber]

Setakat Februari 14, 2019, Alita: Battle Angel telah memperoleh sebanyak $8.7 juta di Amerika Syarikat dan Canada, dan $35.6 juta dari tempat lain, dengan jumlah sedunia sebanyak $44.3 juta, dibandingkan dengan kos perbelanjaan sebanyak $170 million.

Di Amerika Syarikat dan Canada, filem tersebut pada awalnya dijangka mencecah $18-22 juta pada hujung minggu pembukaannya, dan sekitar $25 juta dari 3,790 pawagam sepanjang empat hari pertama. [6] [3] Selepas membuat $8.7 juta pada hari pertama (termasuk $2.4 juta dari pratonton malam Rabu), unjuran lima hari meningkat kepada $36-40 juta. [86] [87]

Alita ditayang seminggu lebih awal di 11 pasaran antarabangsa, dan memperoleh US$32 juta, termasuk sepuluh negara Asia dan juga United Kingdom. Ia dibuka pada nombor kedua si Korea Selatan dengan US$10.9 juta, pertama di Taiwan dengan US$4.2 juta (di mana ia merupakan pembukaan Fox keempat terbesar), US$4.2 juta di United Kingdom (dengan 42% daripada tayangan 3D), dan US$2.9 juta di Malaysia (di mana ia merupakan pembukaan Fox kedua terbesar). Filem tersebut mendahului The Maze Runner (2014) dan Ready Player One (2018) dalam pasaran-pasaran ini dengan 23% dan 5%, mengikut turutan.[88]

Balasan pengkritik[sunting | sunting sumber]

Daripada pengumpul ulasan Rotten Tomatoes, Alita: Battle Angel mendapat kadar kelulusan 59% berdasarkan 207 ulasan, dengan purata pengkadaran sebanyak 6/10. Sepersetujuan kritis laman web tersebut berkata, "Jalan cerita Alita: Battle Angel tidak setanding dengan kesan visualnya, tetapi peminat aksi sains fiksyen masa lampau mungkin akan lebih menyukai filem ini."[89] Daripada Metacritic, filem ini mendapat skor purata sebanyak 53 daripada 100, berdasarkan 45 pengkritik, menunjukkan "ulasan yang bercampur atau pertengahan".[90] Penonton yang mengudi di CinemaScore memberi gred purata "A-" dari skala A+ ke F, manakala yang daripada PostTrak memberinya 4.5 daripada 5 bintang.[87]

Michael Nordine daripada IndieWire memberikan filem ini gred "B+", dengan ulasan, "Alita: Battle Angel ialah filem terbaik [Rodriguez] sejak beliau merealisasikan novel grafik Frank Miller ke skrin layar, sebuah epik sains fiksyen yang buat sesuatu yang jarang ditemui dalam zaman adaptasi dan kitar semula ini: mencapai potensi sebenarnya sambil membuat kita mahukan ia lagi."[91] Daripada Variety, Guy Lodge memuji cubaan Rodriguez tetapi memanggil filem ini mengelirukan dan menulis: "Cerita berasal manga siberpunk ini mempamerkan gambaran yang indah dan menawan, dibeban dengan sebuah cerita yang digabung dan resah, yang tiap kali ia cuba bergerak ia litar pintas."[92]

Tuntutan mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 2019, Epic Stone Group, sebuah syarikat multimedia dari Florida, mendakwa Twentieth Century Fox atas melanggar nama "Battle Angel" yang ditanda dagang. Tuntutan tersebut mengaku bahawa Epic Stone Group telah mendaftarkan "Battle Angel" dengan tanda dagang pada tahun 2009 untuk permainan komputer, patung figura, dan pelbagai barang niaga, dan telah mendaftarkan pada April 2018 untuk menggunakan nama tersebut pada DVD, e-buku, filem, dan rancangan televisyen.[93][94]

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Cameron dan Rodriguez telah memberi petunjuk bahawa filem ini mungkin akan mengeluarkan filem susulan.[95] Pada 6 Februari 2019, mereka mengumumkan rancangan untuk menghasilkan Alita: Battle Angel 2 di masa depan. Pengambilan Edward Norton dalam watak tanpa bersuara sebagai Nova dalam filem pertama dirancang untuk memberi laluan kepada filem susulan.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Camera Operator Winter 2017".
  2. ^ a b c "Film releases". Variety Insight. Dicapai pada April 30, 2017.
  3. ^ a b Jeremy Fuster (January 31, 2019). "'Alita: Battle Angel' on Track to Become Fox's Final Release – and a $200 Million Flop". TheWrap. Dicapai pada February 5, 2019.
  4. ^ "Alita: Battle Angel Home Page". FoxMovies. Dicapai pada January 13, 2019.
  5. ^ Joseph Jammer Medina (October 8, 2018). "Alita: Battle Angel – Robert Rodriguez's Biggest Film Has A Budget Around $150 Million". LRM Online. Dicapai pada October 9, 2018.
  6. ^ a b D'Alessandro, Anthony (February 12, 2019). "'Alita' & 'Happy Death Day 2U' In A Knife Fight At The Presidents Day Weekend B.O." Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 12, 2019.
  7. ^ "Alita: Battle Angel (2019)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada February 12, 2019.
  8. ^ Christopher Campbell (February 1, 2019). "Alita: Battle Angel Early Reviews: Mind-Blowing Effects Meet A Mind-Numbing Script". Rotten Tomatoes. Dicapai pada February 2, 2019.
  9. ^ Kejatuhan jika mengikut sarikata pawagam bahasa Malaysia
  10. ^ O'Hara, Helen. "Alita: Battle Angel Trailer Breakdown". Empire.
  11. ^ a b Mueller, Matthew (October 3, 2016). "'Luke Cage' Villain Mahershala Ali in Talks to Join James Cameron's 'Alita: Battle Angel' (Exclusive)". The Hollywood Reporter.
  12. ^ a b Armitage, Hugh (February 6, 2019). "Alita: Battle Angel plans for the sequel in the Future". Digital Spy. Dicapai pada February 6, 2019. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ Keys, Rob (November 13, 2018). "James Cameron's Avatar Was Originally Written to be Rated R". Screen Rant.
  14. ^ Ben Travis, Nick De Semlyen (November 27, 2018). "Alita: Battle Angel – Meet Cyborgs Zapan and Grewishka In Exclusive Images". Empire.
  15. ^ Giroux, Jack (February 22, 2017). "Michelle Rodriguez Joins Robert Rodriguez's 'Alita: Battle Angel'". Slashfilm.
  16. ^ DrGrantAICN. "Dr. Grant discusses STARSHIP TROOPERS, ALITA: BATTLE ANGEL, and more with Casper Van Dien!!".
  17. ^ a b c Carroll, Larry (February 18, 2010). "'Avatar' Producer Says 'Battle Angel Alita' Has A New Name, Will Follow 'Avatar 2'". MTV News. Dicapai pada May 3, 2016.
  18. ^ a b Daniels, Hunter (January 31, 2011). "BATTLE ANGEL Update from James Cameron". Collider. Dicapai pada May 3, 2016.
  19. ^ Carroll, Larry (March 1, 2010). "James Cameron Wants 3-D 'Battle Angel Alita' Motorball Scenes, Will Focus On Early Chapters Of Series". MTV News. Dicapai pada May 3, 2016.
  20. ^ "Cameron Still Aims to Direct Battle Angel After Avatar 2/3". Anime News Network. February 1, 2011. Dicapai pada May 3, 2016.
  21. ^ Barder, Ollie. "The Latest 'Alita: Battle Angel' Trailer Finally Shows Off The Brutal Sport Of Motorball". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  22. ^ "James Caeron interested in Alita". Anime News Network. June 27, 2000. Dicapai pada April 28, 2016.
  23. ^ "Battle Angel Alita Domains". Anime News Network. January 8, 2001. Dicapai pada April 28, 2016.
  24. ^ "Cameron's Alita confirmed?". Anime News Network. April 17, 2003. Dicapai pada April 28, 2016.
  25. ^ "Cameron's Alita in pre-production". Anime News Network. May 7, 2003. Dicapai pada May 3, 2016.
  26. ^ "Live-Action "Alita: Battle Angel" Finally Shows Its Hand". Crunchyroll. December 8, 2017.
  27. ^ "James Cameron Hasn't Forgotten About 'Battle Angel'". Screen Rant. August 20, 2010.
  28. ^ a b "Cameron Talks About Battle Angel". Anime News Network. November 22, 2004. Dicapai pada May 3, 2016.
  29. ^ "James Cameron to Delay Battle Angel?". Anime News Network. June 16, 2005. Dicapai pada May 3, 2016.
  30. ^ a b "James Cameron: Battle Angel Alita 'Still On My Radar'". Anime News Network. August 20, 2010. Dicapai pada May 3, 2016.
  31. ^ a b "News on Cameron's Battle Angel". Anime News Network. February 19, 2006. Dicapai pada May 3, 2016.
  32. ^ Carroll, Larry (June 29, 2006). "'Titanic' Mastermind James Cameron's King-Size Comeback: Two Sci-Fi Trilogies". MTV News. Dicapai pada May 3, 2016.
  33. ^ "Cameron Not Planning on Battle Angel after Avatar Film". Anime News Network. May 16, 2008. Dicapai pada May 3, 2016.
  34. ^ "Cameron: Still Looking at Battle Angel 'Very Seriously' (Updated)". Anime News Network. July 25, 2009. Dicapai pada May 3, 2016.
  35. ^ a b Marshall, Rick (December 14, 2009). "'Avatar' Director Offers Update On 'Battle Angel Alita' Adaptation". MTV News. Dicapai pada May 3, 2016.
  36. ^ "Cameron's Next Films to Be Avatar 2/3, Not Battle Angel". Anime News Network. October 27, 2010. Dicapai pada May 3, 2016.
  37. ^ "Cameron: Battle Angel Still Planned After Avatar 2/3". Anime News Network. June 10, 2011. Dicapai pada May 3, 2016.
  38. ^ "EXCLUSIVE: James Cameron is still going to do BATTLE ANGEL ALITA, but not for a while!!!". Ain't It Cool News. May 8, 2012. Dicapai pada May 3, 2016.
  39. ^ Schwartz, Terri (April 17, 2012). "James Cameron: 'Avatar' Will Do 'More Good' Than 'Battle Angel'". MTV News. Dicapai pada May 3, 2016.
  40. ^ "Cameron: Will Start Developing Battle Angel Alita in 2017". Anime News Network. July 9, 2013. Dicapai pada May 3, 2016.
  41. ^ Kit, Borys (October 14, 2015). "James Cameron, Robert Rodriguez Teaming Up for 'Battle Angel Alita' Movie". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 3, 2016.
  42. ^ a b Nobil, Taryn (December 8, 2017). "James Cameron and Robert Rodriguez's Alita: Battle Angel Gets Creepy First Trailer". Variety. Dicapai pada December 9, 2017.
  43. ^ a b c d Kit, Borys (April 26, 2016). "Zendaya Among Finalists for James Cameron's 'Battle Angel' Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 3, 2016.
  44. ^ a b Chitwood, Adam (May 28, 2016). "Fox Dates 'Alita: Battle Angel'; Shifts 'The Predator' and Two Marvel Movies". Collider. Dicapai pada May 28, 2016.
  45. ^ "James Cameron Lists Needed Tech for Battle Angel Film". Anime News Network. August 5, 2009. Dicapai pada May 3, 2016.
  46. ^ Hendrix, Grady (May 28, 2006). "Manga's the rights fit for majors". Variety. Dicapai pada May 3, 2016.
  47. ^ "CG Artist Interviewed on Prelim. Battle Angel Designs". Anime News Network. October 25, 2008. Dicapai pada May 3, 2016.
  48. ^ "James Cameron's sci-fi cyborg dystopia grapples with female coming of age". EFE. February 4, 2019. Dicapai pada February 9, 2019.
  49. ^ Foutch, Haleigh (May 26, 2016). "Exclusive: Rosa Salazar to Lead 'Battle Angel Alita'". Collider. Dicapai pada May 26, 2016.
  50. ^ Kit, Borys (August 24, 2016). "Christoph Waltz in Talks to Star in James Cameron's 'Alita: Battle Angel' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 24, 2016.
  51. ^ "Christoph Waltz in Talks to Star in James Cameron's Alita: Battle Angel". Anime News Network. August 24, 2016. Dicapai pada August 24, 2016.
  52. ^ a b Kit, Borys (September 14, 2016). "James Cameron's 'Alita: Battle Angel' Casts Jackie Earle Haley (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 14, 2016.
  53. ^ McNary, Dave (September 21, 2016). "Ed Skrein in Talks to Join James Cameron's 'Alita: Battle Angel'". Variety. Dicapai pada September 21, 2016.
  54. ^ Kit, Borys (September 21, 2016). "'Deadpool' Bad Guy Ed Skrein Joins James Cameron's 'Alita: Battle Angel' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 22, 2016.
  55. ^ a b Kit, Borys (September 30, 2016). "'Nashville' Actor Nabs Key Role in 'Alita: Battle Angel' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 1, 2016.
  56. ^ Fischer, Russ (February 27, 2017). "Oscar-Winner Mahershala Ali Plays Two Roles In 'Alita: Battle Angel'". Moviepilot. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2017. Dicapai pada February 27, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  57. ^ McNary, Dave (October 5, 2016). "James Cameron's 'Alita: Battle Angel' Adds Eiza Gonzalez". Variety. Dicapai pada October 6, 2016.
  58. ^ Galuppo, Mia (October 7, 2016). "'Alita: Battle Angel' Adds 'Spider-Man: Homecoming' Actor (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 11, 2016.
  59. ^ N'Duka, Amanda (October 11, 2016). "'X-Men' Actress Lana Condor Joins 'Alita: Battle Angel'; 'Pacific Rim' Sequel Adds Ivanna Sakhno". Deadline Hollywood.
  60. ^ McNary, Dave (October 19, 2016). "Leonard Wu Joins James Cameron's 'Alita: Battle Angel' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada October 22, 2016.
  61. ^ Martin, Peter (December 2016). "Marko Zaror Joins ALITA: BATTLE ANGEL". Screen Anarchy. Dicapai pada December 6, 2016.
  62. ^ Kit, Borys; Porreca, Brian (February 7, 2017). "Jennifer Connelly Joins James Cameron's 'Alita: Battle Angel' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada February 8, 2017.
  63. ^ Hibberd, James (February 22, 2017). "Michelle Rodriguez joins 'Alita: Battle Angel' movie". Entertainment Weekly. Dicapai pada February 23, 2017.
  64. ^ "Job Hotline - Crew & Industry Calls - Alita: Battle Angel". Texas Film Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2016. Dicapai pada October 11, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  65. ^ Cunningham, Chelsea (January 31, 2017). "Rocker, emo-types wanted for Sci-Fi movie filming in Austin". KVUE. Dicapai pada February 8, 2017.
  66. ^ Jechow, Andy (January 31, 2017). "Robert Rodriguez film seeking 'edgy' extras in Austin". KXAN-TV. Dicapai pada February 8, 2017.
  67. ^ "'Alita: Battle Angel' to Feature New Song by Dua Lipa". Variety. December 18, 2018. Dicapai pada December 19, 2018.
  68. ^ "Swan Song (From the Motion Picture "Alita: Battle Angel") - Single by Dua Lipa on iTunes". iTunes. January 24, 2019. Dicapai pada January 26, 2019.
  69. ^ "Alita Battle Angel (Original Motion Picture Soundtrack) - Album by Tom Holkenborg on iTunes". iTunes. February 15, 2019. Dicapai pada February 2, 2019.
  70. ^ "ALITA: BATTLE ANGEL - The Art of VFX". www.artofvfx.com. Dicapai pada January 5, 2019.
  71. ^ Liptak, Andrew (December 8, 2017). "The first trailer for Robert Rodriguez's Alita: Battle Angel falls squarely into the uncanny valley". The Verge. Dicapai pada December 9, 2017.
  72. ^ Chitwood, Adam (December 8, 2017). "First 'Alita: Battle Angel' Trailer Reveals Robert Rodriguez's Crazy Sci-Fi Adaptation". Collider. Dicapai pada December 9, 2017.
  73. ^ McNary, Dave (July 23, 2018). "'Alita: Battle Angel': Cyborgs Face Off in Latest Eye-Popping Trailer". variety. Dicapai pada July 23, 2018.
  74. ^ Eddy, Cheryl (November 16, 2018). "Alita: Battle Angel's New Trailer Digs Into the Heart of the Most Advanced Weapon Ever". Gizmodo UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  75. ^ Bertschy, Zac (February 5, 2019). "Passport to Iron City with Battle Angel Alita Mangaka Yukito Kishiro". Anime News Network. Dicapai pada February 5, 2019.
  76. ^ Couch, Aaron (September 28, 2018). "'Dark Phoenix' Pushed Back to June 2019, Untitled 'Deadpool' Opening In December". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 28, 2018.
  77. ^ Chitwood, Adam (September 27, 2016). "'The Predator', 'Maze Runner', Mystery Marvel Movie and More to Get IMAX Release". Collider. Dicapai pada September 27, 2016.
  78. ^ "Fox pushes back The Predator & Alita: Battle Angel release dates" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-13.
  79. ^ Valdez, Nick (October 16, 2018). "'Alita: Battle Angel' Reveals First Japanese Poster". ComicBook.com. Gamespot/CBS Interactive. Dicapai pada February 8, 2019.
  80. ^ "'Alita: Battle Angel' Secures Theatrical Release in China". Variety. January 11, 2019. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  81. ^ "Alita: Battle Angel". Cinema.com.my. Dicapai pada February 8, 2019.
  82. ^ Gil, Baby A. (January 11, 2019). "Dua Lipa gets into the movies with Alita". The Philippine Star. Dicapai pada February 8, 2019. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  83. ^ "'Alita: Battle Angel' to release in India before US". The Times of India. January 7, 2019. Dicapai pada February 8, 2019. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  84. ^ Lewis Knight (January 31, 2019). "Alita: Battle Angel world premiere sees Rosa Salazar, Dua Lipa hit red carpet". Daily Mirror. Dicapai pada February 1, 2019.
  85. ^ "Free, early 'Alita: Battle Angel' screenings announced by James Cameron". EW.com. Dicapai pada 2019-01-28.
  86. ^ "Box Office: 'Alita: Battle Angel' Wins Valentine's Day With $8.7M". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). February 14, 2019. Dicapai pada February 15, 2019.
  87. ^ a b D'Alessandro, Anthony (February 15, 2019). "'Alita: Battle Angel' Gets The Most Love At Valentine's Day B.O. With $8.7M & 'A-' CinemaScore – Update". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 15, 2019.
  88. ^ Tartaglione, Nancy (February 10, 2019). "'Alita: Battle Angel' Off To $32M Start; 'Aquaman' Dives Into Japan Where 'Bo Rhap' Crosses $100M – International Box Office". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 10, 2019.
  89. ^ "Alita: Battle Angel (2019)". Rotten Tomatoes. Fandango. Dicapai pada February 15, 2019.
  90. ^ "Alita Battle Angel". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada February 14, 2019.
  91. ^ Michael Nordine (January 31, 2019). "'Alita: Battle Angel' Review: Robert Rodriguez's Sci-Fi Epic Is His Best Film Since 'Sin City'". IndieWire. Dicapai pada February 1, 2019.
  92. ^ Guy Lodge (January 31, 2019). "Film Review: 'Alita: Battle Angel'". Variety. Dicapai pada February 1, 2019.
  93. ^ Cullins, Ashley (January 30, 2019). "Fox's 'Alita: Battle Angel' Hit With Trademark Lawsuit". The Hollywood Reporter. Dicapai pada February 4, 2019. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  94. ^ "Battle Angel - Trademark Details". Justia. Dicapai pada February 4, 2019.
  95. ^ Cotter, Padraig (April 28, 2018). "Battle Angel 2 Details". Screenrant. Dicapai pada February 8, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]